Suami Isteri di Alam Akhirat

.

Saya dapat emel ni. dan saya nak share sama² dgn u all... just untuk info utk semua...

.

Masih Suami Isterikah di Alam Akhirat??

.

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda ' Tiada si bujang di dalam syurga' (Muslim).
Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.
.

2. Wanita yg meninggal dunia setelah diceraikan & tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

.
3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelaki yang masuk syurga.
.
4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

.
5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

.
6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda... wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.

8 comments:

✿ Zetty84 ✿ said...

weh...cam manyak jerk isteri masuk syurga nih..!!! kikiki...
insyaallah............. ;p

Haslinda said...

harap2 dpt no 4 kan..amin...

ratna said...

info yg bagus..

Dee said...

good info..

~aSHa~ said...

sy pung harap2 dpt no. 4....amin..marilah kita sama2 berdoa semoga kita dpt pg ke arah no.4 tu kan

Anie said...

he..he....selalu borak dgn borak dgn hubby menda nih...
sesama mengharap no 4 tu

aja@osaranomise said...

Gembira mendapat info nih..
saya pun harapkan No 4.
marilah kita sama2 dgn suami kita menuju ke arah Syurga..

Hanisumayyah said...

tertanya2 camanalak nasib iteri yg suaminya kawin 4...isteri yg mana ikut masuk syurga ek?