panggilan 'bos' untuk bos adalah kurang sopan!

Sepanjang saya keje dengan 5 orang bos ni, belum pernah panggil dorang bos... huhuhu... selalu panggil Tuan/Hajah/Dato' dan skang Encik sajork...

jom baca artikel ni yang ku cilok dari myMetro...


BEIJING: Panggilan bos kepada ketua sebenarnya tidak menunjukkan rasa hormat kepada individu berkenaan sebaliknya ia amalan kurang sopan yang bertentangan dengan budaya Melayu.

Penasihat Persatuan Pendidik Bahasa Melayu Malaysia (PPBMM) Prof Emeritus Abdullah Hassan berkata, menggunakan panggilan bos terhadap ketua semakin meluas dan membimbangkan kini.


“Panggilan bos adalah perkataan main-main yang sebenarnya tiada langsung erti hormat seperti yang digunakan dalam lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee untuk bergurau dengan ketuanya,” katanya kepada Bernama.


Beliau terpanggil untuk menyuarakan perkara itu kerana penggunaannya kini semakin meluas dan digunakan pelbagai golongan termasuk penjawat awam kepada ketua jabatan, wakil rakyat, malah kepada menteri sejak akhir-akhir ini.


Menurutnya, lebih manis atau berbudi bahasa sekiranya panggilan itu ditukarkan dengan menggunakan panggilan Tuan untuk ketua lelaki atau Puan untuk wanita.


Presiden PPBMM Prof Madya Hashim Othman turut menyokong perkara itu dengan meminta masyarakat Malaysia tidak menggunakan panggilan bos kepada ketua atau orang atasan bagi membuktikan rasa hormat dan ikhlas kepada individu berkenaan.


Katanya, perkataan bos lebih sesuai digunakan sekiranya seseorang ingin memperkenalkan ketua mereka atau seseorang yang dihormati kepada orang lain.

6 comments:

♥cikmOt♥ said...

sepanjang wa keje, wa panggil capt jek kat bos wa walaupun dia adalah dato capt...hahaha...

deelira@deeliraz said...

zue panggil "puan" :)

Unknown said...

sya ada panggil Bos,Puan,Encik(selalunya di ofiz).Tapi bila keja luar kena jumpa orang-prang besar sya panggil Tuan Haji, Dato',Dato' Seri,Datin...dll

Cmna nk wat,bila semua orang dah biasa dipanggil "bos"??

Hot Mummy said...

nasib bos akak pangkat Prof.

kidtoys said...

wohh sib baik bos aku suh aku panggil dier....en azmi...tak yah bos2 nih....wahhhh

eima said...

aku panggey bos² aku dulu sampai skrg ...
DR. ngan Tn. Hj je ... tak de lagi pangkat dato' ngan tansri bagai nih