lepas LBS, Ombak Rindu pulak....

wahh.. lepas kejayaan Lagenda Budak Setan, satu lagi filem adaptasi dari novel Ombak Rindu akan shoot pulak! wah..wah... eh, saya ingat lagi tau jalan cite ni even dah lama baca... zaman skolah menengah dulu nih.. meleleh jugak la air mata baca citer ni.. sedih + besh!! tadi kat MPH pun try tanya buku ni, orang kedai cakap dah habis.. yang tinggal sambungan die je... huhuhuhu... laku sungguh! belum jadi filem lagi ni... antara bakal pelakon dalam filem ni ialah Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani & Umi Aida...

dis time lisa jadi watak pompuan gedix pulak! zaman die tengah mencanak naik kan? rezeki la tu... eh, kalau die tak make up, nampak cam biase je la...lebih kurang kite jer... tapi still cute jugak! gambo i cilok dari FB die.. i kan minat lisa! *wink wink


Sinopsis :
OMBAK RINDU IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

11 comments:

Umie said...

umie dah baca novel ni memang best..kay..tadi umik nampak hubby kay makan durian...hahahha

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

umik ~ best kan cite die... erm, si keri tu memang HANTU derian... pantang

eima said...

novel pertama aku baca ...
pas tu yg aku gile baca novel ...
sampai yg bersiri pun aku baca ...
ape impian² tuh ... tah lupe dah ...


yg sambungan tuh pe jd ek ..aku cam penah baca ..K k refresh balik..kot aku leh ingat ...

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

@eima
manja, aku tak penah baca la sambungan die lagi.. huuhu..

eima said...

pi beli ....
hahaha

Shinnaz Ahmad Rasid said...

best weh cite nie! like!

Unknown said...

cite ni mmg sgt meletup :) siap ulang bace berkali2 :)

Min Aina Ila Aina said...

Saya dah khatam lama dah, sambungan dia ada 2..Cinta Tiada Akhirnya dan Setia Menanti.

bunga_rose said...

yup!!! cite ni beshh gilak!! jatuh cinta pada cite, sanggup tangguh makan, mandi sumer jnji dapat habiskan bace novel ni.. hikhik..

ZiE FAUZi said...

wahhh..ini novel favourite zaman anak dara ni..

Suziey Ahmad said...

OMG...pasti tgk nnti..kt pn ingt lagi cite ni..baca time skolah...mmmg femesss..eee xsbrnya:D