Sultan Brunei ada 7000 kereta mewah!!

perghh... gigil dengar Sultan Brunei ada 7000 kereta mewah! bukan kereta kecik cam kancil, viva tu eh.. ni kete mewah! no wonder la, Sultan Brunei memang antara yang terkaya di dunia... fuhh!! memang kaya gila...

ni saya copypaste dari jejaktrend.com



Lokasi penempatan 7 ribu kereta mewah sultan Brunei.

Pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah memiliki koleksi ke reta paling mewah dan terbesar di dunia, lapor GTSpirit.com. Baginda memiliki 7 ribu buah kereta berprestasi tinggi dengan anggaran harga keseluruhan me ncecah AS$5 bilion (RM15.9 bilion). Antara kereta mewah milik Sultan Hassanal Bolkiah termasuk sebuah kereta Porsche 959, Porsche Carrera GT, Lamborghini Diablo Jota, Lamborghini Murcielago LP640, Bugatti EB110, dua buah Bugatti Veyron (edisi biasa dan Pur Sang) , Maybach 62, Jaguar XJR-15 dan enam Dauer 962s.

Baginda turut memiliki enam buah kereta Ferrari FX, model asal Bentley Continental R, satu-satunya Porsche Carma di dunia, satu-satunya kereta sport Koenigsegg Agera CC GT, dua kereta konsep Ferrari Mythos yang beroperasi sepenuhnya, dua kereta Sedan Ferrari 456 GT, satu-satunya kereta Mercedes-Benz CLK-GTR pemanduan kanan di dunia, lima kereta lumba McLaren F1 termasuk dua model LM hitam dan tiga kereta Cizeta-Moroder V16T.

Sultan Brunei juga merupakan pemilik 10 daripada 77 model Aston Martin One-77 yang pernah dikeluarkan, satu-satunya Aston Martin Convertible DB4 GT Zagato, dan satu-satunya kereta Cicero BDB Maestro.

Menurut akhbar Daily Mirror, setakat 30 Jun 2010, beliau memiliki 604 buah Rolls Royce, 574 Mercedes-Benze, 452 Ferrari, 382 Bentley, 209 BMW, 179 Jaguar, 134 Koenigsegg, 21 Lamborghini, 11 Aston Martin dan sebuah SSC. Koleksi penuh kereta itu disimpan dan diselenggarakan di lima buah hangar pesawat yang lokasinya dirahsiakan.

*********************

korang mesti samar-samar bayangan camne rupa bentuk kete-kete mewah tu kan! ni saya dah google contoh kereta mewah tersebut! memang mengancam jiwa raga! harga pon mesti lawa jugak! huh!


p/s : keje sampai pencen pon belum tentu boleh beli... hohohoho... baik la saya beli umah, leh buat pelaburan masa depan!

14 comments:

r|nA @ ja|j|na said...

salam kenal..

umangaih, sampai 7k kereta dia ade..sapelah yg nak pakai tu ek? hagak2 sedekah2 ler kat kite ni kan, hehehe..

eima said...

dasat tol la...
tp aku ade baca hari tuh .. kat mana tah paper kot ...
sumber asli minyak kat brunei dah semakin berkurangan .. tatau bleh bertahan sampai bila ... mungkin jangka masa 10 tahun lagi ....

klu tak pndai rolling ..mayb akan jd antara negara termiskin bila semua sumber asli dah habis tersedut ....

oYa said...

fuiyoooooooooo...dasat2..sedekoh etek ke ambe ni mruoha g rejeki

Tutup Blog said...

mak ai... kaya nyer dier...=)

mintak satu ley???

Ena said...

buat apa la banyak2 kan!.. bukan sempat nak naik semua sekali.. ker test drive sekali jekk pastu beli kete lain pulak.. hoho..

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

@az rina a.k.a jaijina
tu la. dpt gak pahala buat amal jariah sedekah kat kite.. hahaha

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

@eima
bagus ar ko ni manje.. patut jadi pakar ekonomi la.. tukar keje la wei

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

@Ena
hobi kot!

adianiez AIDA said...

hmmmm... mcm la satu masa tu bleh drive 2-3 kta sekaligus.... mcm la tiap hari sultan kuar jalan2... hmmmm..... mcm la sultan yg drive kta tu hi hi hi... agaknyer dia da tak tahu nak spend on what, beli la kta.... issh! mcm beli coklat kat jusco jer bunyi nyer...

BIONIC WOMEN said...

Pernah baca dalam intenet, ada yd kereta tu dibuat khas utk dia..siap enjin ciptaan khas..ada tempa kat enjin tu..made for Brunei king..huhu..ganas kan? x semua tu beli rasanya..mesti ada yg bagi hadiah bodek..kuikuikui..saper xnak berbaik ngan org paling kaya kat asia ni

mummysyafie said...

sapa ada no tepon sultan brunei? ingat nak sms kat dier la..nak pinjam sebijik keta. banyak sangat wat per erkk?

ibu_Arifa said...

banyaknyer kereta dia...dah tak tau nak buat apa lah tu duit banyak sangat gitu..

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

@mummysyafie
huhuhu... hobi kumpul kereta

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

@BIONIC WOMEN
ha, tu la! rasanya ada yang dapat free tu..