cerita makan di hari sabtu

cuti semalam dihabiskan dengan acara makan.makan sahaja. bermula dengan kenduri my ex officer di putrajaya. kenduri kawin anak beliau! tema adalah hitam merah. merahnya makngah!


then, dalam kui 4 camtu, kami tiba di rumah seorang kawan blogger di gombak sana... beliau buat acara makan jugak. kami dijamu nasi ayam gitu...

cerita di rumah blogger ini akan disambung next episode... muahahahha...

kemudian acara makan.makan diteruskan ke rumah MIL. kat gombak jugak... tapi sebab perut dah penuh time tu, tak rasa la ayam masak kurma mak metua ai buat... huuhhuuhu...

bergegas kami pulang semula ke Nilai coz malam tu ada Majlis Jamuan Raya taman perumahan... nak bawak hadif ke acara makan.makan ni, si kecik tu tido pulak... so, mak pak nya lenggang kangkung je la bawa diri.. 

ni la kakak-kakak pengasuh kesayangan hadif.. belah kiri mummy mimie, belah kanan si ucu...

saya start makan lite-lite dulu.. makan kek dan kuih sajok.. tu pun perut memang dah full!! then bila perut dah lega skit baru makan rendang sama lemang! 

best tau jamuan ni.. meriah! macam2 acara dorang selitkan skali... congrax to j/kuasa penganjur...

hari ni pagi-pagi lagi saya dah masak nasi untuk lunch.. masak udang sambal sama kangkung belacan.. muahahaha... brunch gitu.. save tak payah masak untuk sarapan! muaahhahaha...


p/s : ayah hadif tanya hari ni nak pegi mana2 ke? eh..eh, semalam die yang beriya ajak pegi ikea.. hari ni buat-buat lupa pulak!! 

No comments: