ABP tanpa Dato' Siti

dari mana la designer ni amik idea buat tudung saji jadi topi? heran sungguh.. ke aku yang tak fashionable eh? kekekeke. gambo kredit to gugel

SUBANG 24 Nov. - Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mengesahkan menarik diri daripada menjadi calon Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABP 2010) yang berlangsung pada 3 April depan.

Pengesahan itu dibuat oleh penyanyi berkenaan selepas berakhir sidang akhbar pertama ABP 2010 di sini hari ini.

Menurut Siti Nurhaliza, beliau sudah menyatakan hasrat itu kepada Ahli Jawatankuasa ABP 2010 dalam perjumpaan yang diadakan baru-baru ini dan mereka bersetuju menerima penarikan diri beliau.
"Beberapa minggu lalu saya berjumpa dengan penganjur untuk memaklumkannya.

"Alhamdulillah setelah berbincang, mereka setuju untuk tidak mencalonkan nama saya dalam sebarang kategori dalam anugerah itu," katanya yang turut hadir selaku tetamu khas bagi merasmikan laman web ABP 2010 pada majlis itu.

Bagaimanapun, beliau menafikan tujuannya berundur adalah untuk melihat kredibiliti artis lain yang boleh menggantikan tempatnya selaku penyanyi popular di Malaysia.

Sebaliknya kata Siti, sepanjang 15 tahun bergelar anak seni, pelbagai pengiktirafan sudah diterimanya.
"Cukuplah dengan kejayaan itu dan saya bersyukur atas penghargaan yang diberikan selama ini. Kini tiba masanya saya hadir pada majlis itu sebagai penonton yang sentiasa memberi sokongan dalam memartabatkan industri hiburan tempatan," ujarnya yang pernah mengungguli kategori Penyanyi Wanita Popular selama 14 tahun berturut-turut.

Sementara itu, pada majlis sama turut diumumkan lokasi, tema dan senarai awal calon yang bakal bersaing merebut trofi bagi 16 kategori dipertandingkan.

Acara yang bakal berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands itu bertemakan moden dan klasik.


p/s : sokong keputusan tok ti.. bagi peluang kat orang lain sama. macam ada can ja YUNA menang! kekekeke..

5 comments:

ratna said...

baik la dia mengundur diri.. bg peluang kat org lain pulak.

Diamilikku said...

kelakar kan topi dia tu..betullah..sebijik mcm tudung saji..hehehehhe

TeacherAzimah said...

mrs k tak blk bt kurau ke ujung thn ni?...raya hj dah blk kot erk?

AziniMZ said...

hai2.. rasa nya tudung saji tu org edit.. gambar original dia pakai serkup je.. kalau tk silap la..

♥EeiNz♥ said...

heehhe...x la kay. pic ct tu ade org edit tu ltk tudung saji tu.. hehehe