Cuti-cuti Taiping Kampung Halamanku


As Salam..
Selamat hari Jumaat semua...

hari ni lepas balik keje terus zasss pulang ke kampung.
lagi pun nak hantar makteh dan maksu hadif.
dah 2 minggu dorang kat sini temankan saya.
hubby pon dah balik, so bolehla anta dorang.
my mom pon dah bising² suh depa balik.. huhuhu...

saya amik cuti Isnin ni. so dapat la cuti 4 hari.
hari selasa kan cuti Awal Muharram.
'Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432H semua...'

dalam kepala ni dah susun agenda ape nak buat kat kampung.
tengok kat belog kawan² yang bercuti kat Taiping,
terasa kerdil pulak diri ini. haih... 
dalam hati dok cakap : 
'aik, aku taktau pon tempat ni'
'aku tak pernah sampai pon padahal dekat jer ngan umah'
hahahha.. teruk betul. kampung sendiri pon tak explore semua lagi.

so, meh saya listkan tempat² menarik yang saya nak terjah!

1) Bukit Merah Laketown Waterpark
tempat ni dah selalu sangat pergi.. 
sejak Laketown ni bukak lagi, ayah selalu bawak datang sini. 
last datang sini sebelum kawin rasanya... 
so, dis time nak bawah Hadif lah!
kalau tak masuk mandi pon, aktiviti outdoor pon banyak.
ada outdoor games, Ecopark, naik bot pegi Pulau Orang Utan, etc


2) Zoo Taiping & Night Safari

baru jer pegi bulan 3 hari tu. 
leh tengok entry Zoo Taiping kat SINI.
so, tak payah pergi dah kot!
nanti bawak hadif pegi Zoo Negara pulak!


3) Mee Banjir Udang Kuala Sepetang

Sila percaya saya belum sampai lagi! sadisss!
padahal dah glamer seantero negara. hahahaha..
my family semua dah pergi, saya jer kena tinggal. sedih...
hubby pon dah singgah sini last week masa outstesen hari tu.
so, pasti dan mesti terjah dis time.
tapi mak cakap mee nya takde la setaappp sangat pong! huhuhu..


4) Taman Tasik Taiping

hohohoho.. tempat ni pergi banyak kali pon tak jemu!
redup dan sejuk mata memandang.
balik kampung hari tu dah bawak hadif naik bot pusing tasik.
so, tengok la camne kali ni...

uolls yang belum sampai Taiping tu,
meh la datang sini. banyak tempat menarikks tau.
tak terlist kalau nak tulis kat sini. banyakkkk sangat.
saya pon tak abis terjah lagi... huhuhu..


12 comments:

eima said...

wahhh menarik gak ek taiping ...
tatau plak aku ...ingat kan zoo je yg besh ...

nad said...

selamat pulang ke desa!!
taiping da best! hehe

SyaNa said...

laki aku pn org tepeng
byk2 tempat ko sebut atas tu lake town jek aku xpernah gi lagi

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

@eima
ceg sungguh la hang ni.. wei, aku dah tiap2 taon leh turun langkawi, hang plak kena mai sini..

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

@Nad @ MamaZakwan
maceh..

Unknown said...

hahaha igtkan warung mak teh tu mak teh hadif punya..ekeke

LyNn HaMzAh said...

Taiping memang best...kalau ada peluang Lynn memang nak berkunjung ke Taiping lagi...

syariza09 said...

jgn lupa bw blk buah tgn

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

@LyNn HaMzAh
datang la.. most welcome

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

@syariza09
buah tapak tangan okey? mihaaaa

Elin said...

hai k..saya pun kat tepeng..br smpi mlm td. Same la, amik cuti ari isnin. Saya pun sama mcm k, warung makteh, mee udang tu jer belum terjah lagi..jommmm...heheheh. tepeng kat mana? Lin dekat dengan kem tahanan ISA tu...

Ayu Zarina said...

wah...macam2 ader rupanya kat taiping...harus terjah satu hari nanti