saya pasrah!!
81,000 anak luar nikah di Malaysia
p/s ~ Spain menang!!! cayalah... babai abe ronaldo...
IPOH 29 Jun - Angka yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bahawa terdapat 81,000 anak luar nikah berdaftar ketika ini merupakan perkembangan yang membimbangkan.
Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Dr. Mohd. Tap Salleh berkata, antara punca yang menyumbang kepada peningkatan gejala sosial tersebut ialah penyaluran maklumat tanpa batasan dan perubahan budaya masyarakat.
Menurutnya, sebanyak 55 peratus rakyat Malaysia dilaporkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) sebagai 'gila Internet' dan mereka mempunyai akses terhadap penyaluran maklumat melalui alam maya yang begitu luas.
''Perkenalan melalui Facebook dan laman sosial lain akhirnya mengundang kepada pergaulan bebas sehingga membawa kepada keterlanjuran dan sebagainya.
''Ini berlaku jika kita tidak memiliki benteng dan integriti diri yang kuat dalam era globalisasi kini,'' katanya pada Seminar Pengukuhan Integriti Pemimpin Masyarakat Peringkat Negeri Perak di sini hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengarah Sektor Sosio Budaya IIM, Hamilye Sham Harun.
Seminar sehari tersebut dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Hashim.
Menurut Mohd. Tap, penyaluran maklumat secara berleluasa menyebabkan masyarakat terutama golongan muda lebih terdedah kepada budaya yang bertentangan dengan amalan masyarakat di negara ini dan tanpa disedari ia meresap ke dalam diri mereka.
Dalam hal itu, katanya, semua pemimpin masyarakat perlu memberi tumpuan dalam melaksanakan usaha pengukuhan integriti golongan belia yang merangkumi 11.8 juta atau 42 peratus daripada keseluruhan penduduk Malaysia.
Sementara itu Abdul Rahman berkata, pemimpin masyarakat perlu mempamerkan nilai-nilai integriti yang tinggi terlebih dahulu agar mereka dapat menjadi contoh kepada masyarakat.
''Sebagai 'duta integriti' dalam masyarakat, mereka harus terlebih dahulu menanamkan nilai-nilai terpuji dalam kehidupan seharian seperti mengamalkan budi bahasa yang baik, berakhlak mulia, amanah dan tinggi tahap akauntabiliti masing-masing,'' katanya.
*tengs to utusan online
besday adik sendiri pon lupa.. nasib ada reminder kat FB
lompat si katak lompat
lompat la tinggi-tinggi
apa yang cik adik dapat
untuk hadiah hari jadi?
hepy besday ain @ makteh hadif.... akak mu ini sentiasa mendoakan yang terbaikkk buat kamu...
streamyx free!
Pencapaian terbaik setakat ni....
holla ppl! masuk opis jugak ku hari ni! baru baik dari 'kedemaman'... so, pagi² haruslah check akaun nuff ku yang dari 2 minggu lepas tak berganjak-ganjak angkanya... dok camtu jugak!!!
tapi, pagi tadi, alangkah gumbiranya rasa hati, lama jugak nak menunggu sampai ke tahap 2 rat ni! dok tahan napsu jangan cash out! jangan! dont! dont! tunggu laa banyak sikit!.... tapi memandangkan dah nak ujung bulan, dan melepasi target yang diidam, so, esok atau lusa saya nak cashout! lalalalala.....
demam
As salam...
p/s ~ kepala dah dingdong... babai...
Cara Nak UP Trafik Versi Ibu Hadif
u all pernah dengar INNIT?
camne nak join?
1st, korang kena logged in dulu la, pakai akaun nuffnang yer...
lepas dah logged in, sila klik add new post untuk post entry terbaru korang.. entry lama pon boleh jugak!
then, fill in the blank... hehehe... letak la tajuk, describe skit pasal entry tu, letak link or korang leh retrieve link korang... mudah bukan?
S.E.L.A.M.A.T M.E.N.C.U.B.A
macam-macam ada
baju mengandung
ku mencari Mamadhea
si geli-geli
makan angin di Goldcoast...
jatuh cinta skali lagi
aduh! heartbeat, heart attack, brokenheart, heart you & i lap u betul tengok si mamat Chun Jung Myung aka KiHoon ni!!! hensemmm amat!!! sapa mau tengok mamat ni sila la bukak canel 303 KBS World setiap hari rabu dan khamis pukul 9.00 malam! Cinderella's Stepsister adalah BEST!! ni drama 2010! fresh lagi ni.
p/s ~ dalam byk² cite korea yang ada kat tv, saya belum pernah tengok Winter Sonata! huhuhuhu... masa tu dok asrama kot! tak leh nak tengok! sobsobsob...
kisah bibik saya
oh, tanpa gambar, cerita tidak bermakna...hehehe.. meh tempek sekeping gambo bibik makteh...haii yu olls... nama saya bibik makteh... umur 24 tahun.
masih solo, ada adik or abang leh rekemen kan! (hahahahha)
okey, sambung kisah bibik tadi... so, sejak saya pindah ke rumah yang bertingkat itu, keje rumah makin bertambah la kan... ditambah pulak dengan anak teruna yang semakin mengganas! so, memang bersyukur sangat bibik makteh ada disisi menemani... hahahaha... senang je nak mengarah buat itu ini...
'makteh, sapu sampah!'
'makteh, angkat kain dijemuran... hujan nak turun...'
'makteh, bla..bla...bla...'
bulan lepas makteh dah abis praktikal, so tamat jugak perjuangan makteh! pasni makteh boleh la dapat Ijazah Bahasa Arab Komunikasi! hohoho.. bibik saya terer speaking arab ooo.... so, makteh pon balik kampung tanam jagung! tinggal la saya 3 beranak terkontang-kanting! susah jugak mula nya nak handel, ye la kite dah biasa ada pembantu kan? tetiba semua kena buat kerja sendiri! tambah pulak laki den 'rajinnn sanggaattt' nak menolong! tapi yang penting, rumah itu sangaatt la sunyi... hadif pon kekadang lari masuk bilik makteh, tengok makteh takde... huhuhuhu...
makteh di tengah diapit oleh sepupu kembar kami, izzah dan izzat
last week makteh ikut kami balik sini... yeyeh... boleh la makteh tolong lipatkan kain yang menimbun tu! saya bab melipat ni kurenggg sikit, tapi makteh suka! hahahaa...
makteh datang sebab nak pegi intebiu kerja... Alhamdulillah, makteh dapat kerja tu! keje di syarikat telekomunikasi, Vads company under TM! terer la makteh! lepas ni makteh tinggal di Damansara! boleh la kami melawat makteh selalu di hujung minggu sambil berjalan-jalan makan karipap sedap di Ikea! hahahaaha...
panggilan 'bos' untuk bos adalah kurang sopan!
Sepanjang saya keje dengan 5 orang bos ni, belum pernah panggil dorang bos... huhuhu... selalu panggil Tuan/Hajah/Dato' dan skang Encik sajork...
jom baca artikel ni yang ku cilok dari myMetro...
BEIJING: Panggilan bos kepada ketua sebenarnya tidak menunjukkan rasa hormat kepada individu berkenaan sebaliknya ia amalan kurang sopan yang bertentangan dengan budaya Melayu.
“Panggilan bos adalah perkataan main-main yang sebenarnya tiada langsung erti hormat seperti yang digunakan dalam lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee untuk bergurau dengan ketuanya,” katanya kepada Bernama.
Beliau terpanggil untuk menyuarakan perkara itu kerana penggunaannya kini semakin meluas dan digunakan pelbagai golongan termasuk penjawat awam kepada ketua jabatan, wakil rakyat, malah kepada menteri sejak akhir-akhir ini.
Menurutnya, lebih manis atau berbudi bahasa sekiranya panggilan itu ditukarkan dengan menggunakan panggilan Tuan untuk ketua lelaki atau Puan untuk wanita.
Presiden PPBMM Prof Madya Hashim Othman turut menyokong perkara itu dengan meminta masyarakat Malaysia tidak menggunakan panggilan bos kepada ketua atau orang atasan bagi membuktikan rasa hormat dan ikhlas kepada individu berkenaan.
Katanya, perkataan bos lebih sesuai digunakan sekiranya seseorang ingin memperkenalkan ketua mereka atau seseorang yang dihormati kepada orang lain.
yang ditunggu².. ini dia 2 pemenang bertuah itu
Pagi-pagi harus kasi berita baik...
bakal pemenang bertuah Ibu Hadif's Giveaway ada dalam cawan hikmat ini... so, stay tuned!
tomato! tomatoman...
ni dia nasi tomato tomatoman tersebut... ok la.. boleh tahan jugak!
digandingkan bersama dengan air kaler pink!
jemput makan semua....
Suci Hanania Malika
berbalik kepada gambo baby comel gebus tersebut, milik siapakah baby ini???
p/s ~ kalau takde keje, den gemau pi skodeng blog pasal artis ni! mamapaparazzi! hahaha... kepochi...
sekali dalam sebulan
p/s ~ buat kak yan, terima kasih tak terhingga dari kami sekeluarga...
Betullah kata Wardina, artis Malaysia ni tak boleh dijadikan contoh.
KUALA LUMPUR 13 Jun – Seorang pelawak dan pelakon terkenal ditahan bersama enam lagi rakannya termasuk seorang wanita di sebuah rumah di Sunway, dekat sini malam tadi.
p/s ~ satu mesia dah tau pelawak tu adalah saipul apek! adoii... dorang buat benda² ni tak pikir pasal anak bini ker?
Percutian yang Se ronok 2 ronok 3 ronok
sape setuju dengan ayat di atas? apa kata survey...wakakaka
p/s ~ masih dalam mood cuti... geng lunch pose la pulak.. lunch sorang² je la.. ada sape sudi mau teman?
rindu i tak?
baru masuk keje hari ni daa... mood ke laut...
petang sikit la i update ape yang patut...
dengan pengantin pon nak takut ka?
.
Result Ibu Hadif's Giveaway
bila kena lepuk dengan anak!
ekspresi muka adalah melampau! mata pejam, hidung mengembang padahal tak sakit mana pon! bila kemahuan anak tak dituruti, kena belasah la! hahahaha!
Mission Accomplished!
sambungan cerita semalam pasal misi mencari kek, hadiah dan bunga untuk seseorang yang baik hati lagi dermawan! ahaks...
lunch hour semalam kami bertiga pi cari kek, hadiah dan of cos bunga untuk bos tersayang sempena belated besday beliau yang jatuh pada sabtu lepas. kononnya nak jadi anak buah yang baik lagi prihatin la buat surprise utk bos!
misi pertama pi cari kek kat secret recipe... sbelum tu bos dok sebut² nak bluberry cheese cake! tapi takdok la pulak kat SR alamanda tu. call SR lain pon takde jugak! so, solution nye amik je la yogurt cheese! then, masuk care4 pulak pi beli jajan dan air bergas!
keluar je dari care4, kami bergerak bertiga-tiga, cepattt jalan ke lovely lace pulok! penat dah pikir nak beli hadiah ape, last skali singgah je la LL tu coz we all tau our boss ni memang suke barang² kat situ! so, hadiah dah dapat! done.. jom gerak pi cari bunga pulak!
misi seterusnye ke Taman Warisan. thank to Shinnaz coz kasitau mana tempat nak beli bunge.. at first ingat nak buat delivery.. surprise la skit kan? tapi die caj RM10 la pulak! so cancel! bajet takde.. huhu... dah siap sume, dalam kui 2 dah sampai opis! Mission accomplished! tunggu nak buat surprise kat boss pulak!
masuk bilik bos, we all nyanyi hepy besday kat bos! she's quite surprised la jugak tetiba we all masuk bawak kek dan bunga bagai! nyway, HEPY BESDAY BOSS! moga bertambah bahagia dan ceria selalu... cepat² naik pangkat lagi!