Merdeka!

.
bersamalah kita mensyukuri nikmat kemerdekaan ini!

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-53


p/s : cuti hari ni mau jalan² cuci mata....

baju raya kami kaler pink!


yes people! tahun ni baju raya rasmi kami kaler pink! shocking pink okey!

baju raya hadif dan Mr. K beli kat Hari-Hari sajok!
material adalah jenis kain yang cantik, sejuk dan murah!!!
kenapa mesti cari yang ada 'nama' padahal kain nya sama jer...?
baju hadif ni harga RM13.90 jer... baju ayah plak Rm29.
sangat puas hati okey dengan harga tu!
Mr. K cakap kalau harga camni, tiap² taon leh beli baju!
suami saya sangat la susah nak beli baju melayu...
pakai setahun sekali katanya....

baju hadif ni lengan kaki dan tangan die panjang skit...
so, dah kasi kat lynn suh alter kasi pendek skit!
tengs lynn... nanti i blanje okey!

so, korang dah setel beli baju raya ker?
saya dah!!! lalalalalala....



p/s : dah 20 hari berpuasa... jangan lupa Malam Lailatul-Qadar.. tingkatkan amalan 10 hari terakhir Ramadhan ini...

Kuih raya yang tak akan saya beli...


Tat Nenas!

mesti ramai yang suke kuih ni kan?
tapi saya tak suke la kuih ni, takleh masuk tekak!
kuih feberet raya saya adalah biskut mazola dan almond london!

kuih ni Mr. K yang beli. die memang hantu sama ini kuih.
Mr. K beli ngan akak opis die. beli 2 bekas. satu bekas RM25 kot!

Mr. K memang tak pandai 'say no' kat orang yang jual barang kat die! baik hati katanya
korang nak untung, pi la jual kat die. sure die beli!
ada skali die beli tudung ikin tu. akak opis die jual.
saya tak marah die nak beli, lagi la suke kan!
tapi at least, call la saya tanya nak kaler ape kan?
ni main beli jer... tup tup sampai umah die kasi!
surprise kononnya... huhuhuhu
ada skali tu die beli gaun labuh, trend skang orang pakai tu...
yang ni pon orang opis die jual. cam biasa, mesti die nak rembat jugak! hadoii. suke ati la bang..duit abang! saya terima dengan rela jer...


Kisah Sedih Adik Hannah

copy dari blog Kak Nor. sama2 la kita tolong apa yang termampu.


Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.

Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.

Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.

Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.


Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.


Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.


2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.


Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.


Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.


Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.


Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.


Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.


Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.


Solat Hajat


1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.


2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.


3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.


Ayat Kursi


Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.


selamat berbuka puasa...


hari ni makan luar lagi...
dah 4 hari cuti masak untuk berbuka ni...
dah tengah-tengah pose ni malas pulak ke dapor.. iskisk...


SELAMAT BERBUKA ALLS....
makan kat luar jugak ker?


Entry Rojak!

selamat hari sabtu all!
ape aktiviti korang plan hari ni?
soping baju rayakah? atau abiskan masa atas katil jer?
saya dok umah ngan hadif je la. hubby keje pulak!

esok la kot kalau nak pergi berjalan pon!
sambung baju raya hunting untuk hubby dan hadif pulak.
baju raya saya dah setel semua. Alhamdulillah....
dari ujung rambut sampai ke ujung kaki semua dah beli.
baju beli kat Jalan TAR, wedges beli kat vincci Alamanda jer...

ni nak show off menu sahur. menu dah basi.
tak ingat sahur bila. tapi tetap nak letak jugak dalam blog ni... hehehe...


nasi goreng


ayam masak kicap


sayur kobis


telur dadar secukup rasa


p/s : even dah 'beraya', bangun pagi masak untuk suami tu wajib la kan!

semalam kami ke Jalan TAR... shopping time!


sila la percaya semalam hubby bawak saya ke Jalan TAR
cari baju raya punya pasal. nasib jalan smooth jer...tak jam!
orang pon tak ramai lagi masa kami sampai tu
tapi yang tak best semalam blackout la
banyak kedai yang takde lampu...
so, customer lari tempat yang berlampu
so, dah jadi jammed kat satu tempat jer... huhuhuhu...


hasil sopingan semalam


ni la baju raya saya... lagi selai kat tailor.minggu depan siap kot!
kaler? surprise... tengok corak dah la... huhuhu...

oh, semalam terjumpa pulak pakcik hubby kat Jalan TAR
rupanya die ada kedai kat dalam arked situ
dia ajak kami buat bisnes jugak! nanti² la saya citer pasal tu.
hari ni kami berbuka di Bagan Lalang @ Sepang Goldcoast
kebetulan ari ni hubby ada keje kat area Morib, so die terus booked meja kat sana
petang ni teman hubby berbuka di Goldcoast la nampaknya...
weeeee...........


Sampul Raya

Ni 1st sampul raya yang dapat masa membeli-belah di Jusco minggu lepas. cukup la tu banyak tu. coz saya tak ada anak buah lagi. duit raya dah save kat situ... hehehe... nak suh hadif kutip duit raya banyak² coz adik² saya ramai yang dah dapat keje taon ni. setiap sorang kasi RM50, dah bape dah dapat kan? muahahaha... alah, hadif sorang je anak buah dorang, takkan tak boleh kasi? hehehehe. duit raya hadif taon ni cam biasa nak masuk dalam akaun Didik. eh, belum raya lagi dah berangan! nasib la. korang bukak akaun ape untuk anak korang yer?

Selamat Hari Raya


Ramadhan ke 17 saya dah raya... huhuhuhu...
tapi ketupat, lemang dan rendang tak nampak bayang lagi...


p/s : tengah menahan sakit perut!!!

shoping, shoping dan shoping lagi!


masa mula² puasa, sibuk tayang menu sahur berbuka bagai... dah tengah² puasa, cite pasal soping raya pulak! hohohoho... apa-apa je la. janji happy... kan?


entry lepas kan saya cite pegi jusco tapi takde yang berkenan utk dibuat baju raya hadif. so, shoping barang rumah je la. datang jauh², takkan nak pulang dengan tangan kosong pulakkan! saya keluar dari jusco dalam kui pukul 10.30 malam. tunggu masa je kedai nak tutup.


hasil borong - gigih tak gigih saya susun barang² ni utk di fotoshot! huhuuhu...


cadar ni untuk mak mertua. MIL dah bisik kat telinga saya nak cadar baru katanya... huhuhu.. so, belikan je la.. mak raya dengan cadar baru la nampak gayanya.. hehehehe...


jeans miki ni jer dirembat untuk buat seluar raya.


so, tadi sempat lagi terjah Jualan Branded Bazaar kat Dewan Presint 16 sana.



sale ni start 20 ogos sampai 31 ogos. dah 6 hari sale ni, baru la saya nak terjah. so, barang yang tinggal pon ala-ala je la. tapi baju gegirl adalah cantik! brand gap, zara... memang branded item la. malangnya macam sale kat picc ari tu, baju boboy jugak dianak tirikan... sobsob... sedih....

tapi dalam takde baju tu, rembat la jugak baju batman untuk hadif. tu pun takde saiz. saya amik saiz 2-3 tahun. boleh la... besar skit. boleh pakai lama... huhuhuhu...


Di Pagi Ramadhan ke-16


menu sahur di pagi khamis :


sambal udang kosong!
dis time tak letak petai. tak abis. memang buat banyak. so, bukak pose kang makan sambal udang ni lagi!


soya drinho!

Motto di bulan Ramadhan :

simple tapi sedap!
sikit tapi kenyang!



bila dapat gaji, harus makan sedap!


cadangnya semalam nak pegi makan buffet. dah dapat gaji la katakan! tapi bila fikir balik, tunggu hari cuti la baru pegi. takde la cam kelam kabut sangat. so, semalam kami makan kat area Nilai sajok! makan kat secret recipe!


b4 dat, masa balik keje dah singgah SR pi booked meja dulu. then baru balik umah amik hadif kat taska, mandi, solat asar dulu. 7.10pm baru keluar rumah. tak jauh pon SR tu, dalam 5 minit dah boleh sampai.


tengah tunggu order sampai. snap gambo dak notti tapi comel ni dulu.


ni order untuk hadif!


black papper ciken untuk ibu


ape ke benda nama menu ni. lupa. ni untuk ayah hadif!


ni full set ayah punya order. lauk ayam berkuah hijau tu rasa cam masak lemak + tomyam... camno tu? nama die ada thai-thai sikit.


promosi Ramadhan kat SR. dapat kurma dan air sirap free!


hangin satu badan ngan budak ni tau! die bukan nak makan, nak main-main jer ngan makanan die. pastu klung tang klung tang die main sudu garfu! then kami mintak tukar dengan sudu plastik. pastu main celup air sirap. main straw. sampai tumpah la skit air tu. nasib la cawan plastik. kalau kaca, jatuh lantai pulak, hadoooiiii... naya je!

ayah hadif cakap, 'camni nak makan buffet?'

hohohoho... hadif jangan buat hal okey. membazir je kite bayar mahal tapi tak makan.

oh, total makan semalam RM49.++.

Duit Raya untuk Kakitangan Awam!


KUALA LUMPUR, Aug 25 (Bernama) -- Government agreed to pay a Special
Financial Assistance of RM500 to civil servants in the Gred 1 to 54 and retirees.

p/s : bonus hujung tahun ada tak? bagi betis nak paha pulak! huhuhuhhu

Baju raya hunting untuk Ibu Hadif pulak!


hari ni kan gomen dapat gaji + saya dapat 'bonus' skit! so, apa lagi. lunch hour tadi terus pegi Bangi carik baju raya dengan kawan². destinasi pertama, singgah Warta dulu. taon lepas saya beli baju raya kat sini. tapi baju yang berkenan semua harga RM200-350. hohohoho... cheq tak pakai la baju mahai camtu. duit tu boleh beli baju untuk kami anak-beranak! tapi seriyes la, harga baju kat Warta skang memang kaw² mahal! kat warta just beli kerongsang kecik 8 ketul RM10 dan belt butterfly.


then, singgah pulak PKNS. kat sini banyak gak choice compare to warta. harga pon lagi banyak murah. so, kalau korang nak beli baju area bangi, datang la ke PKNS ni.
lagi pon depan PKNS ni ada bukak booth jualan raya. baju kurung cotton memang banyak.... murah lagi... baju kurung budak pompuan lagi la comellsss giler... korang cuma sedia duit jer...
tapi saya beli hanger tudung jer...

hanger tudung/shawl/tie


belt

p/s : kena tunggu soping baju raya dengan ayah hadif jugak nampaknya! kalau keluar dengan Mr. K, mesti die suh amik jer baju mana yang berkenan + die hulur fulus skit... hehehehe....

beli baju raya


semalam lepas bukak pose dan solat maghrib sume,

kami bergegas ke Jusco Balakong!
cadangnya nak cari baju raya hadif,
dan sikit barang rumah.
dalam 8.15pm camtu kami keluar umah...

sampai JJ dalam kui 8.50 kot!
kena la cepatkan, JJ tutup kui 10.30pm.


saya nak beli pelita ni tapi ayah hadif tak kasi pulak. huhuhu..


ayah hadif nak rembat pan leper ni.. senang nak masak daging burger katanya... harga dalam 28.90. kansel.. lain kali je la beli.


nak kasi budak ni diam, kena upah dulu.


sampai nak main pon, tak nak lepas lollypop tu...


ada anak ni, tempat² ni harus la singgah buang duit singgit dua


pas abis round tempat baju, turun bawah plak cari barang umah.


dah siap beli, jom balik!


p/s : gambo baju raya mana? hahahhaa... takde berkenan! penat je jauh² datang dari Nilai, tak beli baju raya.. beli seluar raya jer... nanti la cite. mood ke laut jab...


mari melawat farmville Mr. K


nasib la si suami minat gardening.

kalau nak harapkan isteri, hermmmm.... hampeh!
tak hijau la mata memandang kat luar rumah tu.

meh nak tunjuk koleksi terbaru Mr. K


pokok limau kasturi


pokok pandan

eceli, Mr. K beli pokok limau ni memang dah siap berbuah! hahahaha... kalau nak tanam dari kecik cam tak konfiden jer leh hidup. beli pokok limau sama pandan, campur 2 bijik pasu, baja dan tanah hitam, semua skali RM33.00. so, setiap minggu or 2 minggu skali (tak sure mana satu) kena la kasi baja ini pokok. siram kena selalu. Nilai ni panas, kang mati pulak pokok Mr. K ni. orang cakap pokok pandan tu nanti beranak eh... kena la alihkan bila dah agak membesau nanti. dah ada pokok pandan ni, kena la rajin buat bubur, nasi lemak selalu! huhuhuhu....


ni antara koleksi pokok bungan Mr. K. saya memang tak penah ikut kalau hubby pegi nursery.. huhuhu... dia tak ajak pong! tiba² jer balik bawak pokok! dah 2 kali tau...


rumput karpet ni memang melebat dengan jayanya. dah banyak kali kena trim.


itu sajok cerita kebun untuk kali ni. last week balik kampung, ingat nak amik pokok² yang boleh ditanam kat umah ni ha. tapi kelam kabut punya pasal, semua terlupa... hohohoho....

dah beranak!


hari tu dah cite kat blog di entry ini
tapi masa tu baru berjumlah RM49.24



rasanya since minggu lepas jumlah ni dah up ke RM55.54
satu iklan nuff yang paling berharga dalam blog saya!

and the best part is, it's still running u olss!
ada potensi untuk naik lagi ker?
yeay!

Jom tengok wayang!


selepas
kejadian ini, idok ler saya serik ke, gerun ke or say gudbye nak bawak hadif tengok wayang lagi. tapi kena tengok kesesuaian movie tu la. citer kartun ke, comedy ke, boleh la di consider untuk bawak si kecik tu. memang kena bawak jugak la kan coz takde sape nak tolong jaga. sobsobsob... meh saya listkan movie² yang bakal keluar. boleh la tolong korang yang tengah meriki-riki movie ape yang best untuk ditonton!



PHUA CHU KANG
Release Date: 26 August 2010



STEP UP 3Release Date: 26 August 2010



GROWN UPS
Release Date: 26 August 2010



AVATAR: SPECIAL EDITIONRelease Date: 26 August 2010


tapi korang tau tak, ada pelakon malaysia berlakon cite ni...ha, tak tau kan? dasat tu, cite Avatar tu wei.. international... hollywood gitu! nak tau sape? skrol bawah....







































































pic from here! kekekeke... ade jer idea dorang ni nak buat lawak kambing! hehehee....


dapat sample free lagi!


sape yang tak suke barang free kan?

pantang nampak sample free kat website, terus je klik!



my Hada Labo


dapat sample ni semalam. ingatkan ape la dalam sampul surat mentholatum ni. rupanya barang dari Hada Labo. oh, saya dapat info pasal sample ni dari Ratna. tengs ya Rat! i love free stuff!

ada dua barang die kasi. dapat moisturizing lotion dan moisturizing cream!

saya belum try lagi barang ni. tapi saya memang suke tuka² produk. nak cari skincare yang betul² sesuai dengan kulit wajah saya ni ha. nasib la kulit muka kebal cam kulit biawak! muahahaha... takde plak effect tukar² produk ni! Alhamdulillah.

eh, sape nak try boleh la mintak sample kat FB MY Hada Labo. okies?

Dah Petang, Boleh la Tayang Menu Ramadhan


Buka Puasa Day 10


semua adalah made in param! hari jumaat katanya... malas nak masak! singgah kat param kota warisan otw nak balik Nilai. kecik je param nyer...


roti jala kuah masin


kuih-muih untuk hadif


murtabak adalah wajib untuk suami di bulan puasa! hari-hari mau!


laksa masin!


bubur lambuk - hubby ngidam nak makan. sedap.


Total pembelian pada hari kejadian adalah RM14.



Sahur Day 11


pertama kali di bulan puasa ini ku masak sardin!


milo untuk saya


teh o panas untuk suami.



Buka Puasa Day 11


ikan masak berlada lagi. permintaan suami. kobis kicap hubby yang masak. macam biasa, murtabak adalah harus!


jiran sebelah kak aida kasi ini. rezeki. sedap!


penghilang dahaga : sirap bandung soda! arghhh..... lega.



Sahur Day 12

terlepas sahur daaa... sedar² jam dah pukul 5.50 pagi... huhuhuuhhu.... dah tak dapat pahala bersahur.

Buka Puasa Day 12

bukak posa kat umah MIL kat Gombak. makanan adalah sangat banyak! tak snap gambo pon! kang mak mertua cakap ku jakun pulak tengok makanan! huhuhuhuhu....

dan pagi tadi kami sahur dengan bekalan dari MIL. kari daging dan kerabu kerang.

hari ni hubby suh masak nasi goreng jer untuk berbuka!