Update malam Jumaat...


saya dah jarang online malam2 sebenarnya...
selalu pukul 10pm dah lentok atas katil.
tambah pulak minggu ni rasa letih semacam jer..

malam ni nak amik masa skit nak on9.
sebab malam ni saya freee....... yeay!
hubby takde ni. tak blik lagi.
lepas keje, die ada game badminton katanya.
si hadif pulak kui 7pm tadi dah siap begolek.

maghrib dah setel, baca yassin pon udah!
so, kite update ape yang patut huhuhu...

meh nak share pasal surah yassin.


Kelebihan ayat ke-58 surah yasin
 
Barangsiapa yang membaca YASSIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut " SALAMUUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM " diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insyallah dengan izin yang maha Esa dan maha Kuasa semua hajatmu akan dikabulkan.

Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM,

Ampunkan dosa- dosaku dan saudara-maraku.

2) YA-ALLAH YA-RAHMAN,

Kurniakan aku isteri,suami,anak-anak yang soleh dan mencintai islam.

3) YA-ALLAH YA-RAZZAK,

Kurniakan aku rezeki yangberkat,kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat.

4) YA-ALLAH YA-JABBAR,

Makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini.

5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR,

Jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin.

6) YA-ALLAH YA-WADUUD,

Kurniakan aku dan seluruh umat muhammad yang beriman kesihatan zahir batin.

7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM,

Makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku..AMIN

kredit SINI 


2 comments:

monalea said...

thanks k 4 the info

eima said...

TQ dear ..