Hadiah Birthday Dato' Siti Nurhaliza


KUALA LUMPUR, 11 JAN 2011: Mahu menjadi seorang wanita, isteri dan anak yang baik, itulah impian penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-32.
 
Bersyukur kerana dilimpahi rezeki yang berterusan serta memiliki kehidupan yang sempurna, Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Siti mengharapkan kegembiraan tersebut akan berkekalan selamanya.

"Alhamdulillah saya bersyukur dengan apa yang diperolehi kini. Sebolehnya saya mahu memperbaiki lagi diri saya untuk menjadi yang lebih baik daripada sebelumnya.Saya berharap saya mampu memperbaiki beberapa perkara dalam hidup seperti kerjaya saya, baik dalam bidang seni mahu pun perniagaan.

"Dari segi peribadi, saya mahu menjadi seorang wanita, isteri dan anak yang baik," katanya ketika ditemui pada majlis sambutan hari lahirnya ke-32 yang diadakan di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur malam tadi.

Ditanya mengenai hadiah yang diterima daripada suami tercinta (Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa), bicara Siti, dek kerana kesibukkan yang dilaluinya dalam masa terdekat, ia menyebabkan dia dan suami tidak berkesempatan untuk keluar bersama membeli hadiah hari lahirnya.

Namun dalam tersenyum malu, Siti memberitahu, dia mahu suaminya menghadiahkannya komputer riba Macbook Pro.

"Kebelakangan ini Siti agak sibuk jadi masa untuk bersama suami pun terhad. Jadi nak pergi membeli hadiah pun tak ada masa. Tapi kalau boleh Siti harap sangat dapat hadiah Macbook Pro daripada suami," katanya lagi.

(credit HERE)


jadi, adakah Tok Ti akan mendapat sebuah Macbook Pro dari suaminya? atau hadiah sebaliknya. jengjengjeng...

sama² la kite tunggu dan lihat. sebab ada yang cakap, takat Macbook tu, celah gigi jer Dato' K boleh belikan. kekekeke....


p/s : saya adalah peminat TokTi dulu-dulu. tapi skang dah kureng skit dah.. huhuhu.. ape pon kita doakan yang terbaik lah buat penyanyi No. 1 negara ni! no. 1 lagi ker? ahaks...moga dikurniakan cahayamata taon ni.



14 comments:

Suziey Ahmad said...

ler xkan macbook jek..minta la yg lagi mantop..hehe

Ctnurkhijah said...

ye la... takat macbook ni 50 bijik pun datuk k bleh beli kan..

Sidratul Muntaha said...

entah!
saje jer tu.
aku sokong suziey..
wakakaka...
setakat mac pro..setakat vaio
celah gusi atok k jerlah.
muhahahaha..
gile kentang jahat aku!!
huhhuhuh

.::Lynn::. said...

alamak dato k pegang perut.. mcm xsabar nak makan cake jeak..

eima said...

lynn
ko nih suka mengarut la...ade je ideas tau ..hahahha

die byk harta minta itu pun sbb dah tatau nk mintak pe dah

kayyana said...

hahaha.. hadiah mahal2 da dapat, macbook pun jadilah..

Mummy ZaraZarif said...

cntiknye cake tue..

Farra Dhelina said...

nape tak nk ckp nak jadi ibu? hermmm...

*awat dtk k pegang perut tu?mcm lapo jer hehehe

Fafau de Craft ( Zana ) said...

a ahh la...np dato k pgg prt diye..hhahaa.. nk mkn kek la tueh.. :p

nasaoji said...

a ah...stakat macpro, aper la sgt tuk dato' k itu....

dah bnyk pulus bebeno...tak tau nak mintak pape dah..

ratna said...

tokti nampak tembam la pulak kat dlm gambar tu.

SYANI said...

Takat mac pro tu, beli je le sendiri tapi mintak la duit dato K..hehehehe

BIONIC WOMEN said...

tgk skali ag arini baru ku perasan..
x bertudung terus dah siti tu ek???
makin skit kain atas pala dia..huhu

e.l.i.z.@ said...

saje je siti ni mintak macbook kan..pdhal dia mesti dh ada 2,3bijik laptop..xmo reveal kot hadiah yg gah itu :P