Kalau anak-anak batuk, kasi la minum madu...


dah 11.41 pm. mata tak ngantuk lagi nih.
so, update la ape yang patut. huhuhuu...
kata nak jadi blogger tegar kan. kekekeke...


dah 2 hari budak encem ni selsema + batuk.
kesian ibu tengok. nak tido pon tak selesa.
so, tadi try kasi madu kat hadif.
Alhamdulillah, kurang skit batuk nya.
kalau boleh nak elakkan amik ubat tu.
kesian kan, kecik-kecik lagi dah kena harapkan ubat.

meh nak share kebaikan madu.
sebenarnya ada dengar memang elok kalau batuk minum madu.
tapi maybe sebab kite percayakan ubat doktor tu lebih,
so, abaikan petua-petua orang tua kononnya.

tapi bila baca khasiat madu ni, rasa macam jahil sangat...
sedangkan Nabi saw sendiri mengamalkan makan madu.

lepas ni tiap-tiap hari nak makan madu lah!


Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).
 
Dalam al-quran pun ada menyebut kebaikan madu, bunyinya lebih kurang begini...
“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah; “ buatlah sarang-sarang di bukit-bukit dan ditempat-tempat yang dibuat manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu)”. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, didalamnya terdapat obat yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda bagi orang yang memikirkan” (An-Nahl: 68-69)

 
KHASIAT MADU ASLI

A) MENGEMBALIKAN KEKUATAN TUBUH

1. Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.

B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.

1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
 
KELEBIHAN

1. BAYI/KANAK-KANAK:


a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.

2. REMAJA:


Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.

3. WANITA:


a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.

4. LELAKI:


a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
b) Menguatkan tenaga batin.

6 comments:

Elin said...

gud info. madu memang bagus... dulu time pregnant pun selalu amal minum madu. Skg kat umah pun minum madu Khaulaa...tp kdg2 mls nk minum...bila dpt jer info ni..terus bersemangat nk minum balik.. :)

firahadifa said...

madu kat peti sejuk i nie tak buka2 lagi.. harus buka now ! huhu. thanks for the info!

dilazfamily said...

salam...
makan madu memang baik.
saya selalu letak madu kat bibir sebelum tido, nanti merah tak kalo buat selalu...jimat gincu...tak yah beli

BIONIC WOMEN said...

me pun kalau dhiya macam nak batuk trus bagi madu..tapi pagi2 breakfast memang bagi madu sapu pada roti. tapi kat kampung skang madu asli tu sebotol dah 50henget..semakin susah nak dapat lak tu

.:mama dhia:. said...

bagus ni..dhia pun tengah batuk2..malas nak bg ubat batuk slalu.. petang ni leh la bg dhia minum air madu..

.::Lynn::. said...

jom g beli madu, stok dah berbulan habis