Udang geragau ‘berperisa’......

eceli, cerita ni dah lama. tapi baru² ni tengok ade orang share kat FB. so, meh saya share ngan korang pulak. yang baik kite kongsikan bersama k...

Disebalik Pemprosesan Udang Geragau

Selama 3 hari bermula 10-12 Julai 2009, aku berkesempatan mengiringi Ketua Jabatan ke lawatan penyelidikan ke Daerah Larut Matang dan Kerian, Perak. InsyaAllah bermula dengan entri pada hari ini, aku akan menyelitkan apa yang menarik di daerah tersebut. Mana yang baik ambillah ia dijadikan contoh. Manakala yang tidak dijadikan ingatan sepanjang hidup.


Udang Geragau
Aku pasti, bila ditanya tentang udang geragau. Pasti kalian rasa teruja dengan rasanya. Udang geragau ini apabila dimasak dengan nasi goreng memang menyelerakan. Itu belum lagi di tambah dalam masakan-masakan lain dan ada sesetengah mereka menjadikannya bahan utama utama untuk resipi sambal dan kuah bagi mee.

Udang Geragau
Aku terjumpa secara tidak sengaja industri ini ketika hari terakhir selepas tiba di jeti Kuala Gula, Kerian semalam. Aku lihat masyarakat Cina di sini yang merupakan nelayan kebanyakannya, menjadikan udang geragau sebagai hasil pendapatan mereka. Aku agak terkejut dengan penemuan ini. Lihat sajalah udang yang dijemur itu hanya diletakkan di atas kanvas di atas tanah. Selalunya bagi mereka yang arif, penjemuran seperti ini dibuat di atas pangkin khas.

Udang Geragau
Udang geragau yang basah dijemur. Kemudian pekerja Indonesia membalik-balikkan udang itu supaya ia cepat kering. Apa yang tidak sepatutnya berlaku ialah, pakaian pekerja berkenaan.

Lihatlah mereka hanya berpakaian seluar pendek sahaja. Rambut dan peluh bila-bila masa sahaja boleh tercampur sekali dengan geragau tersebut.

Udang Geragau
Lihat juga kasut yang mereka pakai. Kasut itulah juga digunakan untuk memijak tanah di luar kanvas. Sedap bukan udang geragau yang kita makan?

Udang Geragau
Ini pula penemuan yang lebih mengejutkan! Tiba-tiba aku ternampak dua ekor anjing berkeliaran di kawasan jemuran tersebut.

Udang Geragau
Anjing-anjing tersebut dengan selamba melalui kawasan kanvas jemuran. Manakala pekerja industri itu hanya membiarkan anjing-anjing itu tanpa dihalau.

Lihatlah betapa enaknya geragau yang bakal tiba di rumah kita dikongsi bersama dengan anjing-anjing ini. Malah dapat dilihat anjing-anjing berkenaan memijak geragau yang sedang dijemur tersebut.

Udang Geragau 
Aku semakin teruja melihat gelagat anjing-anjing tersebut dan terus menghalakan D60 untuk meneruskan kerja-kerja mengambil gambar. Dan…..

Udang Geragau
Gambar di atas menjadi finale kepada industri geragau yang aku lihat! Lihatlah kelibat sang anjing di kiri gambar yang sengaja kencing hanya beberapa sentimeter sahaja dari kanvas jemuran! Astagfirullah! Jadi kalian, masih mahu makan udang geragau lagi? Entah mengapa aku geleng kepala. Dalam keadaan kita gegak gempita dengan isu makanan halal di Malaysia, kita masih terlupa melihat perkara syubhah seperti ini. Aduhai!

copy from HERE

14 comments:

Farra Dhelina said...

aduhaii...mujur kita kurang guna..tpi msh dikira guna lah tu kan..aiyooo..

biasa geragau ni fra beli yg fresh pya je, goreng garing2, mkn dgn nasi panas2..sedap gak!

BIONIC WOMEN said...

seb bek ler eily x makan udang ni. sebab kalau makan idung gatal2. hubby pun x suka rasa dia.
kotornya..huhuhuhu..
kat kampung kita kalau musim udang ni ada gak org buat, tapi jemur atas pangkin, tempat org selalu jemur ikan kering tuh.

Ena said...

Pernah dah baca pasal ni.. tp dah lama dah.. rsanya masa tu lom ada blog lg.. tu sbb la ena tak pernahbeli udang geragau nie.. scary je nak makan lepas baca tegk seme ni.. haihh!

BabyIntan said...

Uwekkkk nak muntah rasa tgk piccas tu. Nasib baik Intan tak makan mende ni...but mmg tak patut lah diorang buat cam nie. Nie kan makanan yg masuk ke perut kita :(

Aleyn said...

Masa mula2 baca tadi..dah set kat otak nak beli dah sbb stok kat umah dah abis...biler dah tengok gambar...adoi.satu lagi makanan kegemaranku terpaksa diremove dari list....huhu..

Thanks for sharing...

Suziey Ahmad said...

aiyakkk..loyanya tekakkkkkkk :(

bunga_rose said...

penah dapat emel pasal ni.. terus tak guna dah udang2 ni huhuhu geli wohhh

Ayu Zarina said...

haiyaa...nasib baik ayu tak makan udang geragau..tapi makanan2 lain tetap kena jaga kebersihannya kan...good info

MY HEART said...

geli ahh.... eiiyuwwww

Qamaruls said...

ekkkkk takde selera tgk udang dah...

Qamaruls said...

kak mintak izin letak name kat post saye ye. :)

|| NaFiRaa || said...

ya ALLAH~ huhuhu.. sabor jek laaaa... nape lah dorang amik remeh bende cam gittu~

eima said...

udang geragau tu ape ???
aku tak penah mkn pun ... tp eeeuuuwww

@e_da said...

allahuakbar kena panggil tv3 buat liputan ni..melampau tul..