Tips Kuruskan Jari...?


korang ade tips kuruskan jari tak weiii???
kalau ada, kasi share laaa....

cincin declare cintan-cintun
cincin risik
cincin tunang

SEMUA tak muattt!!! uuuuwwwaaaaaa................

dah dekat 3 tahun tak bercincin di jari ni...
start mase ngandung si hadif la..
jari mengembang, sampai skang tak kecut-kecut!!

haiihhh!





ok. now nak share info skit pasal pakai cincin!

Pemakaian cincin mengikut Islam

"Nasihat Nabi Muhammad S.A.W kepada Saidina Ali sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad S.A.W berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin, pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari

1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad SAW melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut a.s.

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan. Muslimin dan Muslimat, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat kecelakaan dari Allah dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi S.A.W maka dapatlah kita akan pahala.
kredit to AlHafiz



10 comments:

ardinihumaira said...

hehe tak ado tips.. tapi kalo ada krim slimming tu leh pakai kat tangan kot hehe.. makcik dni wat menjadik ;D

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis said...

ala tak de tip la K, kita pun nak tunggu gak kot2 ada yang bagi tip kat entry ni...klik2

ummiaqeef said...

cincin aku lak longgar la kalau pakai kat jari manis/kelingking mmg jatuh je la..cane tu?

MRS. K said...

ardinihumaira ~ ooo.. mujarab ek? nanti leh torai..

MRS. K said...

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis ~ huhuh.. tu la.. dah lame tak pakai cincin. nak beli baru memang takla.coz me mmg tak gemar sgt pakai..

MRS. K said...

ummiaqeef ~ ko makin kurus ker wei?

eima said...

pesal aku dr dulu tk penah gemuk tang mana pun ...eh ade kat perut gedeber ckit....

cincin dr zaman poli sem 2 panjang bg sampai la ni aku pakai tak penah tanggal...cincin kawen tunang semua simpan....

syariza09 said...

bw gi kedai mas jer, suruh luaskn

Intan said...

Samo lah kita kay...tak muek dah cincin masa kawen dolu...huu huu.

Jari ngombang sakan time peknon :(

✿ etiey erywan ✿ said...

hehehhe... tip pergi kedai besarkan. rasanya boleh besarkan cincin.. sekejap je