Char koteow RM5, nasi ayam RM6, air bancuh RM2 dan jagung bakar RM3!



Peniaga pada himpunan belia tak letak tanda harga, guna bahan polisterin

PUTRAJAYA: Char koteow RM5, nasi ayam RM6, air bancuh RM2 dan jagung bakar RM3!

Itulah harga sesetengah makanan yang dijual di medan selera sempena Himpunan Sejuta Belia Putrajaya 2011 berakhir semalam yang mengejutkan kebanyakan pengunjung kerana dianggap tidak masuk akal.
Kebanyakan pengunjung yang ditemui kecewa dengan tindakan peniaga itu tetapi pada masa sama meletakkan tanggungjawab terhadap penganjur kerana mungkin mengenakan sewa terlalu mahal kepada peniaga terbabit yang akhirnya memindahkan kos itu kepada pengguna. 

Tinjauan Berita Harian mendapati selain menjual makanan terlalu mahal, peniaga juga didapati tidak meletakkan tanda harga selain sebahagian besar menggunakan pinggan polisterin yang diharamkan di sesetengah tempat kerana tidak mesra alam sekitar dan kesihatan.

Seorang suri rumah dari Desa Pinggiran Putra berkata, beliau terkejut apabila terpaksa membayar RM20 bagi empat pinggan char koteow, RM8 bagiair bancuh dan RM9 bagi tiga jantung jagung bakar ketika menjamu selera bersama tiga ahli keluarga pada Jumaat lalu.

Akibat tiada tanda harga, kebanyakan pelanggan hanya “melopong”apabila hendak membayar kerana menyangka harga makanan adalah pada kadar biasa.
Bagaimanapun, harga makanan syarikat francais tidak dinaikkan.
Peniaga kerepek dari Kluang Johor, Ramli Kamal, 43, berkata sewa untuk tapak berkhemah berkeluasan 120 meter persegi ialah RM3,000 untuk tiga hari.

“Kebanyakan peniaga di sini ialah kecil-kecilan dan memang mereka terpaksa naikkan harga jualan untuk menampung kos.

“Kami sedar yang datang kebanyakannya remaja tetapi apa boleh buat kerana peniaga terpaksa menjaga kosnya,” katanya yang meminta sewa khemah jualan dikurangkan pada tahun depan.
berita lanjut kat SINI

***************

pagi ni masa nak naik ke ofis, tengok sampah merata-rata... haih! katanya tujuan sejuta belia ni untuk himpunkan belia² untuk lakukan perkara berfaedah... tapi kesedaran sivik kurenggg pulak...

saya pegi jugak Sejuta Belia ni Sabtu lepas.. tapi duit habis beli air jer... nasib la tak beli makanan kat situ... 

5 comments:

Cik Puan Kocik said...

Ck pun pergi...tp beli air tin/botol jer...risau nk beli air balang (bancuh) sbb x tau dia guna air di masak atau pun tak.

Kena tanya Kementerian Belia dan Sukanlah kenapa dorang letak sewa tapak mahal sangat. Tak pun KBS nie guna event manager. Khemah pun main letak2 jer...tak sistematik langsung. Mcm kejam je sewa mcm tu ... ingat KL ke.

syariza09 said...

sama lerr...beli air jerrr, mkn kt luar putrajaya, lg jimat

eima said...

aku tak pegi punnn...dok umah sajork...mls nk berjem....

Farra Dhelina said...

mm tak masuk akal ler kan.. mahal yg melampau..

pena rozie said...

tu dah kira sembelih.