Korang kena tengok drama ni weh! Nora Elena vs Kasih Yang Suci



eceli, dah lama saya tinggalkan 'bidang' pembacaan novel nih!
masa zaman muda belia sekolah menengah dulu rajinlah!
pinjam novel kat kawan, kat library kampung, tapi tak penah beli sendiri! memang dasar kedekut kan? muahahaha....
.
eh, saya dulu masa form 2-3 rajin tulis cerpen tau! 
lepas abis tulis, kasi kawan² kelas baca..dorang cakap besh! muahahha... ^____^
.
jalan cite novel Ahadiat Akashah memang dalam kepala la.
tapi kenapa drama LBS kat astro tu tak besh eh? lembab giler jalan cite... then, novel Ombak Rindu pon best gilerrrr... tak sabar nak tunggu filem tu ditayangkan!

ari Isnin baru ni tertengok pulak drama Nora Elena kat tv3!
ahhhh sudahhh!! haku sudah tangkap cintan sama ini cerita!!
adeehhhh........ dah la time tu hubby slalu konker tv...
report bola kan kui 7.30 kat 812/813... adehhh....

cover-nora elena
 pelakon die : Aaron Aziz, Siti Saleha. Zul


SINOPSIS DRAMA NORA ELENA DI TV3

Nora Elena adalah kisah seorang gadis yang telah dinodai semasa dia berusia 15 tahun oleh seseorang. Nora Elena telah ditinggalkan oleh tunangnya Idham (Zul Ariffin) apabila tunangnya mendapat panggilan misteri yang memberitahu bahawa tunangnya sudah tidak suci lagi. 

Dalam kekecewaan dan kesedihan yang melanda Nora Elena semasa itu  tu, muncul seorang jejaka yang bernama Seth Tan yang berketurunan Baba Nyonya, dia sanggup berkahwin dengan Nora Elena bagi menggantikan tunang Nora Elena kerana segala persiapan perkahwinan dan hari perkahwinan semakin dekat.

Konflik berlaku apabila, Nora dan Seth Tan berkahwin, pada ketika itu barulah Nora Elena dapat tahu bahawa suaminya lah orang yang telah menodainya 10 tahun yang lalu. Malang buat Nora kerana ketika mengetahuinya mereka berdua sudahpun berkahwin dan bakal melahirkan anak Seth. Walaupun Seth sudah memeluk agama Islam dan telah insaf tapi hati Nora Elena yang terluka tetap keras dan tidak dapat memaafkan suaminya tu.
Bagaimana Seth hendak mengatasi sikap benci Nora Elena terhadapnya dan dugaan besar yang harus ditempuhi olehnya untuk memikat hari Nora Elena? Adakah Nora Elena dapat memaafkan Seth?

******


eceli, drama ni diadaptasi dari novel Kasih Yang Suci karya Meen Zulaikha.. kenapa cite adaptasi selalunya besssttt wehh?? geram betul lah!
tapi novel Kasih Yang Suci ni belum pernah baca lagi... rasa nak pegi cari lah kat kedai buku.. sebab saya baca komen² kat internet, dorang cakap baca novel lagi besshhhh coz banyak scene di ranjang gitew.. bergetar jiwaa... muahahahaha.... nak kena cari jugak novel ni! helllppppppp!!! 


******


SINOPSIS NOVEL

Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...

Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.

"Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua." tegas Seth.

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya... Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?

Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa... saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima.

Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.



JANGAN LUPE TENGOK TAU!!!

21 comments:

Bionic women said...

kita ada novel ni..kita pengumpul novel..hehehe..cuma semakin tdk aktif sejak dah kawin ni

Miss Sasu said...

nak tengok!!! :)

Ena said...

tadi pun ada gak baca kat blog hajar pasal citer ni.. cam best je kan.. nak kena tengok gak la..

eima said...

mmg cam cite novel la...
aku tgk jugak...
nk gak tang klimaks yg die dah sape seth tu...

aku jarang layan cite melayu tp sbb baca sinopsis cam besh kena try la tgk

notti netti said...

huh, I pandang sipi jer bila citer ni on air, ingatkan citer berebut kekasih ker..........tapi bila baca sinopsis dr u..hmm not bad...nak nak pulak ada word 'ranjang' tu..hmm kena check nie....kih kih kih.....

hyazz said...

ooo...cite ni ker K...cam besss ek...nak tengok la...

aEn+aReaL=Ryan said...

Citer Nie Byk Beza La Dari Novel Dia..Sy Dah Baca nOvel Ni Berpuluh-Puluh Kali Da..hihi..Sbb Takde Novel Lain Lgi Nak Bca...

Sangat2 Lain Dari Novel Dia..hihi

hajarus said...

hjr pun x sabar nak tunggu tayangan ombak rindu... dl ms zmn sek pernah bc novelnyer mmg best... harap2 filemnyer pun best tambah plk aktor kesukaan hajar heronyer... saper tusss??? sape lagi klu bukan Aaron Aziz... hehehe...

lieynanilaz said...

citer ni mmg best...x rugi kalau beli novel...alamatnya lepas ni melekatlah saya depan tv mcm trilogy cinta..ahaks..

Unknown said...

ouh di adaptasi dr novel kah..mmg ikut sebijik jln cerita gitu eh..laki tu la ek jahat..hahaha byk nau tnya..kekeke tkkan kulpas wp sehari

Nissa Azmir said...

oh macam best je.. rugi xdapat tgk nye... nak kena lah beli novel ni balik nnt... :)

Jue @ atanayuiman said...

LBS movie best giler. LBS drama bosan giler.. pasni nak tengok ombak rindu.. uka sgt novel nie.. 3x baca 3x gaks nanges.. nora elena nie pun layan.. best jugak!

KHAIRUL KHAMSAH said...

yey besh citer nie....

rozie rahman said...

aku mmg layan slot akasia ni sejak dulu. ada gak bace blogger buat entry pasal citer ni diadaptasi dr novel tu. tp aku x bace novel lor..so layan je la citer ni, skarang ni seth ni dah tau elena tu nora yg dia cari selama ni..x sabar nak tggu episod seterusnye..kahkah! duk layan drama je skarang ni..

eB said...

x tgk ar.. hu3... mama dok layan indon jerk .;p

~aSHa~ said...

wow...menariknye cite tu...

smlm baru start tgk....lite lite...

MamaIcha said...

wah!!!! mmg tengok pun :)

edane said...

sekali sekala bolehla tengok. untuk menunggu macam zaman tak ada anak dulu dah tak boleh la... huhu

Ibu Piya said...

mcm best je drama nie..kena tgk nie..maklumlah sejak ado budak kecik ni tgk tv pun xdo masa..hihi kul brp cite nie..

♥cikmOt♥ said...

ko beli ar novel dia...aku nak pinjam...lalala

.::Lynn::. said...

suami akak sebelah pun nengok... kagum aku