Jakim sahkan HP Sauce, Tabasco Pepper Sauce mengandungi DNA babi
KUALA LUMPUR 15 Jun - Semua pemegang dan pemohon baru Sijil Halal Malaysia yang menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce diarahkan menukarnya kepada produk lain yang memiliki sijil halal berikutan penemuan asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam produk berkenaan.
.
Menurut Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Sazali Harun, mereka juga diminta melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak daripada Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing kepada Jakim.
.
"Jakim sebelum ini telah mengambil sampel produk tersebut dan keputusan Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan terdapat DNA babi di dalamnya.
.
"Mereka juga dikehendaki untuk mengemukakan resit pembelian produk baru kepada pihak kami," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
.
Dalam kenyataan yang berasingan, beliau turut memberitahu, Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi Syarikat Lucky Food Processing Sdn. Bhd., ditarik balik berkuat kuasa serta-merta berikutan penemuan DNA babi dalam produk Chicken Burger Patties dan Chicken Taiwan Sausage keluarannya.
.
Penarikan sijil halal terhadap syarikat tersebut dilakukan berdasarkan keputusan mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia yang diadakan pada 22 April lalu. - utusan
6 comments:
pizza hut pun ade guna brand nih kan...huhuhu
aik..favourite linda nih... kat umah pun ada sbb terpengaruh ngan pizza..adushhhhhh
astaghfirullah......nandos pon guna ni......dah la sedap....tapi haram tetap haram la kan.....haaaaiiihhh......
mohon share kat facebook yaa....
kita x guna kat rumah, tapi bimbang jugak ngan makanan kat luar kan?
sebab asenya tabasco tu banyak tempat guna..kita tgk ada org jugal burger pun guna
ade lagi???...
adoiii ya...kay mesia pon payah dah nak caghi yg halal...
tak penah guna pun sos ni kat rumah... tp restoren2 byk guna kan??? cane???
Post a Comment