Menang cipta logo – 'Transformer'



tumpang bangga ^_____^


Wan Muhammad Hazzim Wan Muhammad Zulkifli, 17, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Dol Said di sini berjaya menewaskan peserta dari seluruh dunia menerusi pertandingan “Iridescent Artwork” iaitu mencipta logo bagi edisi kelima siri filem blockbuster Hollywood – “Transformer”

Beliau berkata, logo tersebut adalah sebagai latarbelakang ‘soundtrack’ filem “Transformers: Dark Of The Moon” yang dinyanyikan oleh kumpulan Linkin Park. Katanya, proses menyiapkan logo tersebut hanya memakan masa selama setengah hari dan kemenangan itu merupakan satu kebanggaan bagi diri dan keluarganya.

Bagaimanapun, beliau tidak mengetahui hadiah yang bakal dimenanginya kerana belum dihubungi oleh penganjur bagi ganjaran itu.Filem Transformers arahan Michael Bay itu bakal menemui penonton tidak lama lagi dan ianya sekaligus meletakkan nama anak Malaysia sebagai salah seorang individu yang terlibat. Hasil logo tersebut akan dibawa bersama sepanjang siri konsert jelajah Linkin Park di Moscow sebagai latar kepada ‘soundtrack’ konsert tersebut.


9 comments:

bunga_rose said...

dasat2 bakat2 anak2 muda sekarang kan...

eima said...

wahhh bangga ...sgt bangga anak mesia tuh

Wan Amira said...

anak malaysia!! seronok!! u kenal ke adik ni? harap dia dapat hadiah yang setimpal

syanasaid said...

bravo!!
caya la

Bionic women said...

anak2 melayu dan malaysia sekarang semakin dasyat kan?

Farra Dhelina said...

bangganya!...

munna said...

tumpang bangga....

Sufia Mahzan said...

SMK Dato Dol Said, Melaka ke?
Sekolah tu mmg sekolah bestari. Hebat anak murid, hebat cikgunya juga!

Wansteddy Tales said...

wan tgk dia punya karya dlm DevianART memang budak ni peminat setia Transformer kot haha... walopn kemenangan dia jd isu kalangan peserta (nk2 ramai xpuas hati dia menang sbb kata dia bkn pro designer) wan still sokong. teknik design dia pn ada style, so rasa berbaloi tgk anak negara sndiri menang. Ya, tumpang bangga :D