Jom beli Rumah RM120k di Putrajaya



PUTRAJAYA 4 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 560 unit pangsapuri di Presint 11 di sini yang akan dibina bawah Program Perumahan 1Malaysia (Pr1ma) akan dijual pada harga yang sudah didiskaun RM120,000 seunit.

Ia merupakan harga yang lebih rendah daripada harga rumah di bawah Program Pr1ma yang ditetapkan antara RM150,000 dan RM300,000.

Projek di Presint 11 yang akan dimajukan oleh Putrajaya Holdings Sdn. Bhd. ini merupakan tapak pertama yang dikenal pasti di bawah fasa pertama Program Pr1ma itu.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata, projek pertama itu akan menyediakan 560 unit pangsapuri di kawasan seluas 3.04 hektar (7.6 ekar) dengan keluasan 1,006 kaki persegi dan 815 kaki persegi.

"Projek perumahan ini akan dilengkapi dengan dewan serba guna, taska, tadika, surau, lot-lot perniagaan dan kedai,” katanya semasa berucap melancarkan fasa pertama Program Pr1ma di sini hari ini. - Bernama


5 comments:

Pija Madzlan said...

Erk...terkedu jap bila ada org ajak beli rumah...ekekekeke

Farra Dhelina said...

ooo pangsapuri.. igtkan teres ke..

Bionic women said...

orang2 yg x kerja kat putrajaya leh beli ke ek????

♥cikmOt♥ said...

belilah weii...ko bleh wat umah sewa...tak pun wat rest house...

mama tisya said...

best je kalo dpt bli umh murah