Mohd Ashraf Hafiz vs Aleesha Farhana l Luahan lelaki tukar jantina



melentik bulu mata ~


KUALA TERENGGANU: Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25, yang gagal menukar nama dan status jantina dalam MyKad kepada Aleesha Farhana selepas ditolak Mahkamah Tinggi di sini kelmarin, mengakui tertekan dengan pandangan negatif masyarakat terhadapnya, tetapi tidak akan patah semangat untuk terus memperjuangkan hasratnya itu. 
.
Sambil menyatakan mahu membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah itu, dalam sebak, Mohd Ashraf yang lebih mesra dipanggil Aleesha berkata, jika masyarakat tidak dapat menerima keadaannya berdasarkan pelbagai kutukan dan hinaan yang diterima termasuk menerusi laman sosial Facebook, beliau rela dibunuh jika itu penyelesaian terbaik.

berita lanjut klik SINI


** Masalah jiwa perlu pendekatan berbeza. Penyisihan dan cacian hanya memburukkan keadaan dan menambahkan dosa sendiri mengakibatkan amalan kita tidak diterima Allah. Tiada kebaikan kedua belah pihak. Mendekati, memahami dan menasihati secara berhemah adalah pendekatan terbaik merungkai pemasalahan ini. Kita jangan hipokrit menganggap kita terbaik dan sempurna. Tiada siapa yang sempurna. Allah sentiasa menerima taubat hambanya selagi hambanya mahu berbuat demikian.Bimbinglah ia dan tanya diri kita apa yang kita buat untuk merubah keadaan menjadi baik atau apakah kita buat menjadikan keadaan lebih buruk.Fikirkanlah. Saya hanya seorang hamba Allah. - razib

6 comments:

Bionic women said...

kalau dia khunsa dia berhak pilih yg maner dia nak hidup walaupun ibu bapa dia nak dia jadi lelaki tapi dia leh jadi pompuan.
tapi kalau dia memang lahir sebagai lelaki tulin, tapi menukar tu..wallahualam.
Tapi tulah, mencaci tu bukan penyelesaian masalah...
sebab tu org tua pernah buat pepatah:
yg baik jadikan teladan, yg buruk jadikan sempadan, xder ler plak cakap yg buruk jadikan cacian kan?kan?

Aleyn said...

Hmm....sendiri mau ingat lah....kenapa tak nak terima ketentuan Allah...

Hanya 1 jenis manusia yg dibenarkan menukar jantina...iaitu Khunsa (mereka yg dilahirkan dengan 2 alat kelamin)..maka mereka ni saja dibenarkan memilih...

Qaseh Suhaida said...

Tanda-tanda dunia akhir zaman - lelaki jadi perempuan, perempuan jadi lelaki

Unknown said...

kadang-kadang kecian juga orang macam ni..mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini

eima said...

mcm2 kes.. alahai ...
awak dah lelaki jd la lelaki...
even awak bertudung litup sekali pun belum tentu pintu syurga akan terbuka utk awak .. tp sape aku nk menilai mamat nih ...

hyazz said...

kesian kat mamat ni.... tapi..kesian kan diri sendiri adalah lebih baik dari mamat ni...
kalau lahir dulu 2 jantina ok la jugak...boleh la ikut pilihan nyer...tp ternyata satu jer...camner nak mahkamah nak bagi...adui yaa... mintak2 la menda gini dijauhkan dari hidup kita kan...kan...
nauzubillah...