Wang Bantuan Persekolahan RM100



Oh, anak aku kecik lagi, tak skolah pon lagi, dan tak layak pon dapat bantuan ni.. Hehehe.. Meh aku nak share report ni.. Anak korang dapat tak? Leh jugak cover baju skolah bagaikan? Alhamdulillah...



PUTRAJAYA: Ibu bapa yang mempunyai kesulitan untuk menuntut wang bantuan persekolahan RM100 sepanjang minggu ini masih dibenarkan mendapatkannya selepas tempoh itu, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud. Sambil menolak dakwaan kononnya wang itu akan dipulangkan kepada kerajaan jika ia tidak dituntut dalam minggu ini, beliau berkata, bantuan berkenaan akan tetap dikeluarkan pada masa lain termasuk cuti sekolah sekiranya ia dituntut kerana ia adalah hak pelajar.

"Kita tekankan untuk beri pada minggu ini sebab kita nak kejar waktu persekolahan, jadi ibu bapa boleh datang bersama dan duit itu dapat digunakan untuk membeli keperluan persekolahan mereka. Sebab dah tak ada masa lagi sekolah nak beri pada ibu bapa dan murid-murid kerana nanti dah cuti sekolah.

"Jadi kalau tak dapat datang, mereka boleh tuntut dari pihak sekolah selepas itu," katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan 1Malaysia di sini hari ini.

Abdul Ghafar bagaimanapun menasihatkan ibu bapa agar segera menuntut bantuan itu bagi membolehkan persediaan untuk sesi persekolahan tahun depan termasuk membeli pakaian dan buku dapat disempurnakan secepat mungkin. Beliau berkata, mana-mana pihak yang tidak mahu menerima bantuan itu pula perlu memaklumkan kepada pihak sekolah untuk memulangkan.  - BERNAMA




Sent from my BlogBerry®

1 comment:

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

linda baru nak merasa anak bakal darjah 1, bulan Feb baru dapat..kalaulah dpt skrg kan senang, leh la guna wat beli bju skolahnya..:)