Luka di tangan nampak parutnya...

terima kasih buat kawan² yang tanya camne tangan hadif skang.
kalau sape yang tak tau cite, leh tengok entry ni.
tangan hadif kena iron panas 2 minggu lepas...
so far, luka tu dah kering... kuping² pon dah menggelupas...

ni masa mula² kena... siap menggelembung lagi.. masa tengah mandi, gelembung ni pecah sendiri.. menjerit jugak si hadif... huhuhuuhu...

kalau tak silap, ni hari ke 5. luka pon dah kering..

ni pulak luka hari ke 12. dah ok nampaknya kesan luka tu... hadif pon dah tak cakap sakit-sakit dah.. kalau tak, tiap² hari die mengadu sakit... sian anak ibu...

saya pakai krim aloe vera ni. khas untuk melecur ringan. beli dekat guardian. selang-seli pakai dengan minyak gamat...


now tangan hadif dah okey... tapi parut tu still ade la kan...
ingat nak pakai kan bio oil pulak lepas ni..
ke korang ade suggestion lain?? share yek! TQ

Pengumuman.......


Tuan tanah tengah bercuti yek! direct seminggu...
so, kalau ade entry keluar, makna nya autopublish la tu!


p/s : akan try update belog kat kampung nanti! kata nak jadi blogger tegar.. huhuhuh...


Senangnya dalam hati...

Selamat Pagi semua....

masa korang baca entry ni, InsyaAllah saya otw balik ke utara sana.
rindunya kat mak ayah, rindunya kat kampung.........
rindu nak mandi lata sempeneh.... sejukkkk.....

saya amik cuti panjang kali ni. seminggu direct...
pergh... best betul la! heaven sungguh...

aktiviti nak buat kat kampung tak plan lagi...
maybe sibuk dengan majlis tunang adik saya je la kot!

kepada yang balik kampung jugak, drive carefully ok!
semoga selamat pulang dan kembali....

have a nice weekend uolls!





layan gambo kampung saya ni.. cilok dari FB kampung ku... 
 
pemandangan bukit-bukau dan sawah menghijau...
kena lalu bawah gunung ni untuk ke umah my parent...
landmark kampung saya... durian tersedap kat mesia... hehehe

Bekalan semasa cuti... kata nak jadi blogger tegar!


hahahaha.. rasanya tak layak lagi jadi bloger tegar ni!
sempat buat 5 autopublish entry jer... huhuuh....
ini pon semput jugak nak buat sekali gus kan?
cuti lama ni weh.. rindu la nanti kat belog!
kat kampong takde line intenet lah!
malam tadi dah siap masuk gambo/tajuk kat entry,
hari ni just taip cite sikit² jer... huhuhu...

so, hari ni nak halfday! nak amik makteh balik kursus cikgu!
then, InsyaAllah, kalau takde pape, malam ni leh gerak balik.
kalau tak, esok je la balik kampong... tak lari kampung dikejar... huhuuh...

korang balik kampung tak? drive leklok yer...
have a safe journey!!


Air panas ragut nyawa bayi... Inna lillahwainnailaihiraji'on


KANGAR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun 11 bulan dari Kampung Sungai Bugis, Simpang Empat, dekat sini yang melecur teruk daripada perut hingga lutut selepas terkena air panas tiga hari lalu, disahkan meninggal dunia, awal pagi semalam.

Mangsa, Noraini Syazwani Abdullah, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan intensif di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar kira-kira jam 1.20 pagi selepas bertarung nyawa akibat melecur teruk.

Ketua Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Nashir Ya, ketika mengesahkan kejadian berkenaan berkata, pihaknya menolak sebarang unsur jenayah berhubung insiden air panas itu.
Beliau berkata, bagi kes Noraini Syazwani, kejadian berlaku di kediaman keluarga kanak-kanak terbabit ketika ibu mangsa, 19, yang kini mengandung tujuh bulan dikatakan menuang air panas yang baru dimasak ke dalam balang.

“Syazwani yang ketika kejadian sedang bermain tiba-tiba menerpa ke arah ibunya, sebelum air panas tiba-tiba tertumpah secara tidak sengaja, lalu tersimbah ke badannya.

“Mangsa yang melecur teruk dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, sebelum dipindahkan ke HSB beberapa jam kemudian. Dia bagaimanapun disahkan meninggal dunia awal pagi tadi (semalam) selepas lebih tiga hari dirawat,” katanya di sini, semalam.

Nashir berkata, pihaknya menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan berdasarkan laporan diterima dan mengesahkan kematian mangsa tidak membabitkan sebarang unsur jenayah.

“Polis percaya kejadian pada petang 24 Januari lalu itu berlaku atas dasar kemalangan serta kecuaian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

 kredit to Harian Metro


** kejadian² macam ni la yang kite takut... tak sengaja. ter accident... tapi itu semua sudah takdir dari Ilahi. 


Penuh!

esok pagi balik kampong yeay!!!
cuti direct seminggu... syorgaaa.....

hantaran makteh hadif dah siap letak lam kete!
penuh satu bonet ko! ini belum letak beg baju lagi nih!
hantaran ni tak siap lagi.. kena touch up skit...
barang hantaran pon banyak tak beli lagi.. huhuhu...
takpe slow-slow. majlis tunang khamis minggu depan!


dah turunkan seat belakang...
so, bila dah susun balik, muat jer.. huhuuh..
petang kang nak pegi Nilai 3. mak kirim beli tikar 5 bijik! 
muat ke tak nih? adehh...


p/s : korang amik cuti direct seminggu tak?


Update malam Jumaat...


saya dah jarang online malam2 sebenarnya...
selalu pukul 10pm dah lentok atas katil.
tambah pulak minggu ni rasa letih semacam jer..

malam ni nak amik masa skit nak on9.
sebab malam ni saya freee....... yeay!
hubby takde ni. tak blik lagi.
lepas keje, die ada game badminton katanya.
si hadif pulak kui 7pm tadi dah siap begolek.

maghrib dah setel, baca yassin pon udah!
so, kite update ape yang patut huhuhu...

meh nak share pasal surah yassin.


Kelebihan ayat ke-58 surah yasin
 
Barangsiapa yang membaca YASSIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut " SALAMUUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM " diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insyallah dengan izin yang maha Esa dan maha Kuasa semua hajatmu akan dikabulkan.

Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM,

Ampunkan dosa- dosaku dan saudara-maraku.

2) YA-ALLAH YA-RAHMAN,

Kurniakan aku isteri,suami,anak-anak yang soleh dan mencintai islam.

3) YA-ALLAH YA-RAZZAK,

Kurniakan aku rezeki yangberkat,kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat.

4) YA-ALLAH YA-JABBAR,

Makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini.

5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR,

Jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin.

6) YA-ALLAH YA-WADUUD,

Kurniakan aku dan seluruh umat muhammad yang beriman kesihatan zahir batin.

7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM,

Makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku..AMIN

kredit SINI 


Fasha Sandha tunjuk bukti masih berhubung dengan Jejai


kredit to Roti Kaya!

enjoy reading this, dan nilai kan sendiri! hikhik...

tapi saya lagi suke kalau Jejai baik semula dengan Nora.
depa kan ada anak bersama, anak tu berbin kan Jejai,
cammana pon, dorang still ada connection. huhuhu...
si Fasha pulak kan cantik bergaya, anytime bleh dpt pengganti!

Screenshot2011 01 27at111608AM Gambar: Fasha Sandha Tunjuk Bukti Masih Berhubung Dengan Jejai

Nampaknya Fasha Sandha menunaikan janji beliau untuk mendedahkan bukti tentang hubungan beliau dengan Rizal Ashram (Jejai) & membalas dakwaan Nora Danish.

Dalam screenshot Blackberry milik Fasha Sandha ini, membuktikan yang mereka berdua masih berhubung sehingga pertengahan Januari lalu dan seolah olah menafikan hubungan mereka berakhir sejak Oktober 2010.

Screenshot2011 01 27at111745AM Gambar: Fasha Sandha Tunjuk Bukti Masih Berhubung Dengan Jejai

 Di bawah ini menunjukkan durasi perbualan antara Fasha Sandha & Jejai yang berlangsung hampir satu jam dan Fasha Sandha menafikan yang perbualan itu hanya bertanya khabar.

Screenshot2011 01 27at112318AM Gambar: Fasha Sandha Tunjuk Bukti Masih Berhubung Dengan Jejai
Adakah bukti perhubungan mereka ini membawa apa apa erti dalam konteks yang mereka hari ini sebenarnya sudah tiada apa apa? Anda nilaikan sendiri.

Menjadi Sumber Inspirasi dan Idola kepada blogger lain..


entry ini adalah ibarat masuk bakul angkat sendiri,
masuk lif tekan sendiri! hakhakhak....

1st, thanx to Dila coz sudi buat entry ini.
terharu, tergamam, blushing, semua ada...
tak sangka ada peminat!! hahahaha.. *lempang sikit!
eceli, siapa la saya ni nak dijadikan idola,
jadi sumber inspirasi pun jauh sekaliiiiiii......
tapi terima kasih atas entry yang buat saya kembang semangkuk!

sudi-sudi la baca kalau rajin.
kalau menyampah pon tak apa, pegi main jauh-jauh sana.huhu..

ni msg kat FB
ni dalam entry dila

dan terima kasih tak terhingga buat Majalah Intrend Mei 2010.
thru this mag, saya sedar ramai blogger yang start folo saya..



saya suke dan cinta sama blogging sebab saya dapat ramai kawan yang baik hati macam kamu, kamu, kamuuuuuuuuuuu............

Tadi nampak artis glamer kat kafe opis! awww~


tadi lepas soping² kat jualan Wisma Tani,
then terus singgah kafe opis untuk lunch...

sedang enak dok borak ngan kawan²,
tetiba mata ni ternampak seorang artis lelaki ni.
dah tua dah pong, umur dalam 50an.
tapi masih segak bergaya! awet muda gitew!

saya takde la heran or 'peghak' tengok artis,
memang selalu pon nampak artis dok makan kat sini,
tapi sebab artis ni femes dengan satu kes tu,
so, terus rasa berminat gitew.. kekeke...
siap nak snap gambo curi-curi nak masuk belog!
tapi malu lah kan! kang die kate ape pulak!

tapi... sape artis tu?

alah, yang hot satu mase dulu dengan kes sensasi tu..
kena tangkap khalwat dengan janda anak dua kat Putrajaya tu..
tapi seriyes sei, memang die nampak masih tegap, hensem & bergaya.
no wonder la kan si mak J pon tertawan... huhuhu...
Aman Shah bersama pasangannya, janda beranak dua masing-masing didenda RM3,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat pada Syawal tahun lalu.
Hakim Syarie, Abu Zaky Mohamad yang menjatuhkan hukuman itu turut memerintahkan Aman Shah atau nama penuhnya Aman Shah Abu Kassim, 57, dan Rohana Awang, 33, dipenjara tiga bulan sekiranya gagal menjelaskan denda.
Kedua-duanya membayar denda tersebut.

Kenapa makanan kat pasar malam nampak menarik dan sedap tapi rasa cam hampeh??


why oh why?
anyone tolong jawabkan! huhuhu...

kalau pegi pasar malam, tak sah kalau tak borong sakan kan?
takat beli seketul dua makanan tu, baik tak payah...huhuhu...
bulan tak puasa ni lagi banyak setan menghasut! 
salah kan setan pulak, padahal nafsu tu melebihi akal fikiran.. huhuhu

 nasi ayam nampak memang menarik, tertarik ko memang dabommb!
tapi rasanya sangat hampagas.. nyesal...

 kuih gandus inti nenas.. nasib sedap.. penyelamat keadaan..

 ayam rangka pujaan ramai... nampak sedap tapi tak cukup kick lah! rempah kurang....

saya tak makan kebab ni.. 
so, tak tau sedap ke tak.. kena tanya hubby! huhuh...

air soya yang kurang manis..

feberet hadif. tapi kurang lemak, kurang manis..


korang selalu jadi camni tak?
kat pasar malam kan banyak gerai jual benda yang sama kan?
so, kena pandai pilih gerai yang masak sedap lah!


p/s : hari ni ada jualan lol! semalam kan gaji, so jom pegi cuci mata poket segala!

Korang suke barang tupperware tak???



rasanya ramai penggemar barang tupperware kan? siap ada yang buat koleksi bagai... hehe
eceli, saya ada satu je barang tupperware.
tu pon botol air saiz kecik.. huhuhu...

tapi skang koleksi akan bertambah!
sebab ape?




saya menang giveaway dari Shinnaz.
bekas air yang comel ni!
bukan satu, tapi dua! double yeay!!

Macih Shin!! lap u...



Tupperware Eco Mini





Jom tambah pendapatan dengan Heartbeat!
klik Banner di bawah


kosong!



pagi tadi tengok iklan nuff kosong!
takde pape... ingat nuff dah merajuk ke hape..
maybe silap teknikal kot!


nasib la petang ni tengok dah ok!
iklan dah start joget-joget balik!
yahoo....

korang penah jadi camni tak? 

Hadiah besday dari my besties


dekat dunia ni kita boleh jumpa macam² jenis kawan. 
ada kawan yang baik, kawan makan kawan,
dan ada jugak umpama pijak semut pon tak mati...
depan cakap lain, belakang bukan main kutuk lagi...

eh, ade ke orang takde kawan kat dunia ni?
sape yang takde kawan tu, memang hilang satu nikmat donia..

kawan yang baik akan selalu ingat-mengingatkan!
kawan boleh dianggap macam cermin diri.
camana kawan kite, macam tu jugak la perangai sebenar kita.
buruk die, buruk lah kita sebab kawan jugak la yang bentuk peribadi kita. setuju ke tak setuju?

apa haku melalut nih...? adeh...

eceli, semalam keluar Bangi dengan my besties.
pi cari barang skit, sambil² tu leh cuci mata telinga semua.
then, boleh plak BFF tanya nak hadiah ape kan?
so, laju² jer sambil malu-malu skit cakap nak periuk kukus! awww!

macam tak lengkap pulak dapor kalau takde periuk kukus,


ye! ye! saya memang takde lagi periuk kukus!
kalau nak makan siakap stim, kena terjah kedai.
teringin nak makan caramel, mintak Lynn buatkan,
semua nak harapkan orang... kesian kan?
so, dengan adanya periuk sakti ini, 
semoga impian saya akan terlaksana... eceh...

nantikan kemunculan resepi pertama dari periuk kukus ini ya!!!
bile tu? tungguuuu................. hahahaha.....

sayang korangggg..............

Muaaacccchhhhhhhhhhhhhhh.....

Stop Blogging?


As Salam....
Morning peeps...

penah tak korang terpikir sampai bila kita nak blogging?
sampai jemu kah? sampai bercucu-cicitkah? atau till kering idea?
as for me, biar la keadaan dan masa yang menentukan.... huhuhu

tapi minggu depan komfem saya stop blog kejab...
kan cuti panjang, nak balik kampung lah!
lagi pon kat kampong memang takde line tenet.
line henpon pon payah, apatah lagi line beruk kan? huhuhu...

tapi kalau ada masa, saya try la buat autopublish entry.
jenuh tu wei nak cover seminggu punya entry.. huhuhu...

 

saya just amik cuti 2 hari (yang bertanda merah tu).
so, campur semua dapat la seminggu direct!
amat puas hati di situ. duduk la kampung sampai lebam! hahahaha...

untuk info :
  • 1 Februari - Hari Wilayah
  • 3 Februari - Tahun Baru Cina 1
  • 4 Februari - Tahun Baru Cina 1

so, korang pon amik cuti direct camni ker? 

Ustazah Ain!


tengahari tadi dah selamat hanta beg kat makteh hadif.
rupenye lepas pendaftaran, dorang akan dibawa ke Lenggeng.
kursus orientasi ustaz-ustazah buat kat sana rupenya...

takpe la, seminggu jer. pastu cuti seminggu raya cina.
then sambung lagi seminggu... huhuhu...

jangan ada kawad tengah² panas sudah la. 
coz raya cina ni makteh mau tunang dengan cikgu taufik. hikhikhik...
kang jadi dayang senandung pulak!
cover-cover skit jari tu.. huhuhu...
kang pitam mak mertua nak sarung cincin!


makteh nanti ajar Bahasa Arab dan Pendidikan Islam.
harap² dapat sekolah area sepang, bangi, kajang or salak tinggi je la.
jangan la jauh-jauh sangat. huhuhuh... 
rindu kakak mu nanti.. hakhakhak

Rasa macam hantar anak pegi asrama pulak!


pagi ni saya masuk opis lewat skit.
takde la lewat sangat, dalam kui 9 camtu. huhuhu...

sebab ape lewat? sebab nak anta budak skolah ni lah!


hari ni makteh hadif pakai baju skolah.
tudung putih, baju putih, kain biru tua cam sekolah rendah!

makteh hari ni daftar untuk orentasi KPLI jQaf.
Alhamdulillah, makteh dapat jadi cikgu! eh, ustazah...
nasib la die dapat skolah area Selangor...
kawan² die ramai kena anta Sabah Sarawak.

tadi saya hanta makteh jer.. 
saya suh die pegi dafta, dengar taklimat dulu.
tengahari kang baru saya anta beg-beg baju die.
orentasi 2 minggu, tapi bawak beg sampai 3! huh!

nasib la MPI tu dekat jerk, kat sg merab.
kalau jauh, mau nye kena cuti sebab nak anto die. huhuhu...
takpe la, pengorbanan seorang kakak! kekeke..

jangan lupe ye makteh, gaji pertama mu,
kasi open table la!!

bang, bang...... boleh tak? boleh tak?



tengahari ni rasa macam malas masak lah...
jom kita terjah Bangi Kopitiam!
mau makan ini lah!









































































Fried rice chicken chop



p/s : mengidam sudah! jatuh cinta sejak kali pertama menikmatinya....

 

Kalau anak-anak batuk, kasi la minum madu...


dah 11.41 pm. mata tak ngantuk lagi nih.
so, update la ape yang patut. huhuhuu...
kata nak jadi blogger tegar kan. kekekeke...


dah 2 hari budak encem ni selsema + batuk.
kesian ibu tengok. nak tido pon tak selesa.
so, tadi try kasi madu kat hadif.
Alhamdulillah, kurang skit batuk nya.
kalau boleh nak elakkan amik ubat tu.
kesian kan, kecik-kecik lagi dah kena harapkan ubat.

meh nak share kebaikan madu.
sebenarnya ada dengar memang elok kalau batuk minum madu.
tapi maybe sebab kite percayakan ubat doktor tu lebih,
so, abaikan petua-petua orang tua kononnya.

tapi bila baca khasiat madu ni, rasa macam jahil sangat...
sedangkan Nabi saw sendiri mengamalkan makan madu.

lepas ni tiap-tiap hari nak makan madu lah!


Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).
 
Dalam al-quran pun ada menyebut kebaikan madu, bunyinya lebih kurang begini...
“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah; “ buatlah sarang-sarang di bukit-bukit dan ditempat-tempat yang dibuat manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu)”. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, didalamnya terdapat obat yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda bagi orang yang memikirkan” (An-Nahl: 68-69)

 
KHASIAT MADU ASLI

A) MENGEMBALIKAN KEKUATAN TUBUH

1. Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.

B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.

1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
 
KELEBIHAN

1. BAYI/KANAK-KANAK:


a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.

2. REMAJA:


Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.

3. WANITA:


a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.

4. LELAKI:


a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
b) Menguatkan tenaga batin.

Minyak Wangi cap Yuna!

kredit to ohbulan!


Gambar di atas merupakan rough design, reference atau teaser sahaja.


Yuna, nampaknya akan membuka satu lagi cabang perniagaan dengan mengeluarkan produk wangian berjenama sendiri. Mengekalkan trademark Yuna sebagai penjenamaan, penyanyi ini akan mengeluarkan dua versi wangian iaitu fruity candy & cool floral aqua-ish.

Menurut Yuna, produk wangian tersebut telah mendapat kolaborasi dengan sebuah jenama terkemuka & bakal dilancarkan ke pasaran dalam masa beberapa bulan lagi.

Yang pink tu confirm bau garang sikit la. Fruity candy coconut-y. Sesuai utk korang yang Cute but Deadly! Yang turqoise tu cool floral aqua fresh,young.. Sesuai utk korang yang dorky. Tapi mysterious.. Cewah!” balas Yuna yang menerangkan ciri-ciri wangian tersebut.

Kami perasan, Yuna turut menggunakan judul lagu ciptaannya “Decorate” sebagai branding produknya. Ehem, mungkin Yuna ada perancangan untuk meletakkan judul Dan Sebenarnya di botol wangian tersebut? Kita nantikan sahaja.



p/s : bosan lah hari ni. hubby keje. so, layan gosip artis kat tenet la.. huhuhu.. slamat pengantin baru buat ayu raudhah dan suami.


Masuk Majalah... glamer you...


eceli, my fren Erni Safura yang masuk majalah!
artikel die masuk Mingguan Wanita yang terbaru ni.

Sahabat Pena Jadi Suamiku

artikel tu dimuat dalam ruangan Dia Pilihanku.
tumpang bangga gitew membe masuk mag. bukan senang kan?
tumpang bahagia jugak, bila tengok erni pon bahagia.
kami kawan² sentiasa doakan erni akan menimang cahayamata nanti.
jangan putus asa yer... sentiasa berdoa.
InsyaAllah. satu hari nanti doa erni akan termakbul. Amin.


p/s : tengs Dayah for the pic.

Dun try this at home!


adik-adik, jangan tiru abang hadif ni ek!
bahaya tau! kalau selamat sampai Alhamdulillah,
kalau tergolek dog, sape mau jawab???
ibu jugak....

hadif dah besar lah! dah boleh panjat pagar ni..

sengihhh jer.. berjaya jugak akhirnya...

sikit lagi nak sampai.

yeay! dah sampai atas! 
tapi pagar ni hadif tak lepas nak panjat lagi la.. huhuhu...


yer saya sedar. taon ni hadif dah 3 tahun!
dah besar. dah tinggi. dah macam kerenah.
takat naik turun tangga tu die dah tak heran.
tapi takut jugak bila pikir balik.
kang tengah dia mamai² ker, ape-ape leh jadik!

nak larang pon bukan die paham!
selagi tak kena, selagi tu die tak serik! huhuhu...
risau jugak kalau umah bertangga nih.
hadif ni naik tangga bukan stable lagik.
still naik kena pegang pemegang tangga tu.

so, bila die naik tangga kite kena alert.
kena teman die naik sama. nanti dah besar skit, naik tangga pon ok,
baru ibu nak buang. pagar kat atas tu biarlah dulu...
ye la, nanti klu pegnen, kena buang jugak pagar tu.
mana larat nak mengangkang panjat pagar! (hakhak. nak jugak tu!)

Aktiviti 20 Januari.


semalam cuti, korang pegi mana wei?
kami jalan² kat kawasan umah jer.
pegi Dataran Nilai, then gi Giant pulak!

dalam kui 9 camtu, kami keluar umah.
1st, cari tempat nak sarap dulu.
makan kat kedai depan Nilai Square.

tengok gambo pon dah tau kami nak buat apa kan?
si hadif skang addict dengan badminton.
tiap² hari nak main. dalam umah pon menjadik!

kami main kat Dataran Nilai. orang tak ramai pon pagi tu.
selalunya petang memang ramai orang.

 main tak pandai sangat pon. gaya je lebih.
tapi kita as a parent, layankan je la.. huhuhu...


bila dah rasa matahari mencanak atas kepala,
kami pegi Giant pulak. nak sejukkan badan ngan ekon. huhuhu..


 kalau dah pegi situ, wajib la pekena skuter pink tu seround-dua.
padahal kat umah ada sebijik kete kuning tu.. huhuuh.
scuter jugak yang die nak naik!

 then masuk kedai buku pulak. ayah hadif nak cari buku cerita.
skang ni tiap² malam ayah jadi storyteller. tapi cerita ikut versi die jer. kite yang dengar ni pon nak gelak! kekekeke.
so, bile ada buku, takde la melalut sampai ke laut cerita tu. huhuhu...

beli buku ni untuk hadif. tapi akhirnya buku ni jadi tempat hadif lepas geram jerk. penuh satu buku die conteng. huhuhu...

 dah setel semua, jommmm balik....


tengahari smlm masak simple jer.. telur dadar + sambal bilis. 
stok memang kering giler. ari ni baru nak pi beli.
sabtu ahad harus la kena masak kan?

Dihempap batu besar di Bukit Broga

PARAH...mangsa diberi rawatan kecemasan oleh pasukan penyelamat, semalam.
PARAH...mangsa diberi rawatan kecemasan oleh pasukan penyelamat, semalam.

KAJANG: Keseronokan seorang pelajar perempuan Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Shah Alam menawan puncak Bukit Broga di sini, berakhir tragedi apabila dia ditemui terbaring selepas dihempap seketul batu besar, pagi semalam. 

Difahamkan, mangsa mendaki bukit itu bersama 15 rakan lain kira-kira jam 5 pagi sebelum ditimpa kemalangan itu ketika mahu turun dari bukit berkenaan.


berita lanjut klik SINI.