Himpunan Sejuta Belia, Putrajaya...



sampai ke ek jumlah sejuta tu?



gambo tak banyak pon snap.. malas.panas

kami park kete kat Masjid Besi.. memang jauh jugak la kami berjalan. tapi kami steady. sanggup tu berjalan... kekeke...

destinasi pertama, kami ke Perbadanan Putrajaya. kat situ ade pameran kereta antik.. snap gambo pastu blah...
jejaka² berbaju oren

then, round booth sepanjang jalan Presint 3-4... pas penat, benti rehat kat khemah pentas utama.. ayah n paklang hadif pegi tengok cuprix kat sbelah pentas ni.. kami yang penat ni, rehat jab kat sini

time ni ade show dari chinese artist.. dorang nyanyi lagi korea. ala k-pop la kononnya.

hadif tengok gambo ni die cakap, 'hadif tido'. kekekek... boleh pulak camtu

masa lepak² kat situ, terjumpa pulak kawan makteh, aisyah. die reporter paper utusan rasanya.

tengah dok lepak tu, ade sorang pakcik berkopiah putih lalu depan we all.. time tu show artis chinese memang tengah gamat la.. pakcik ni boleh pegi sound budak² belia kat situ jangan tengok show tu. ye la, artis tu boleh tahan seksi jugak.. huhuuh... memang nampak betul pakcik tu marah.. agaknya die marah pasal orang Islam tengok show² macam tu...

i nampak tua ke, makteh yang nampak tua? kekeeke

dapat bergambo dengan poster upin ipin pon jadi la...

dalam kui 1.30 pm camtu kami dah gerak balik.... 


Sayur Kailan harga RM56 sepinggan??



logik tak logik????

sila la percaya yer, kalau la Mr. K tak suh budak cashier tu kira balik, itu lah harga yang kami kena bayar!! ceh sungguh...

sayur kailan RM56?


 ikan jenahak RM42


 udang RM23.20


 epal asam boi RM4

makan kat mana????


















































































kat sini....

malam Ahad lepas, kami makan di Sekinchan, Kajang... memang dah teringin sangat nak makan ikan bakar.. kebetulan pak lang hadif ade, so nak la makan meriah sikit kan?

mulanya, total yang kami perlu bayar untuk 3 orang makan dalam RM130++. memang terkejut giler la. apsal mahal sangat??? rasanya ikan jenahak tu bukan besar pon.. bape gram jek...

then, hubby mintak resit dekat cashier tu.. rupa-rupanya cashier tu tersilap tekan harga sayur kailan RM56 daa... gilesss ape? sayur tu harga RM4 je sepinggan... sayur cap ape ni lagi mahal dari harga ikan? huhuhuh..

then, cashier tu pon mintak maaf.. we all pon takde la marah, just macam pelikss la apsal mahal sangat kan? so, total makan malam tu dalam RM80++.

paklang hadif!


p/s 1: so far, makan kat situ memang sedap! 

p/s 2 : tak kira la makan kat mana², make sure lepas bayar korang check balik resit tu ek..

senyum lebar...


 amboiii SY.. suke ek... lawo wife no.4 die ni...

lagi gambo resepsi dekat www.sinar.fm


Gambar Pernikahan Salih Yaccob dan Samihah Sheikh Ali



Selamat Pengantin Baru lagi skali SY.... 


Dengan dua kali lafaz, Salih Yaacob sah memperisterikan Samihah Sheikh Ali, 25 tahun di Masjid Jamek Kampung Melayu Kulaijaya tepat jam 3.50 petang tadi.

Hantaran RM25,000 bersama sebentuk cincin dan mas kahwin RM23.


p/s : boleh klik Sinar.fm kalau nak tengok banyak lagi gambo...


Serina Redzuawan Pregnant lagi?



tadi jenjalan kat twitter Serina Redzuawan... die sudah announce pregnant anak ke 2 lah! waahhh... tahniah ek...


p/s : teringin nak pegnen lagi nih... taon ni pon hadif dah 3 taon.. molek sangat dah tu kan? uhuhuh...



Tiket dan Popcorn dah beli! Jom tengok wayang...



minggu lepas dah beli tiket wayang untuk 2 orang berharga RM15 dekat myDeal... ari ni tengok ade offer untuk set popcorn pulak!!! apa lagi! rembatttttt laaaaaa....

Rm4.50 jek


cadangnya hari minggu ni nak redeem tiket wayang tu.. nak tengok cite ape ek? malam jumaat lepas dah tengok pirate... nanti i review yek!


Char koteow RM5, nasi ayam RM6, air bancuh RM2 dan jagung bakar RM3!



Peniaga pada himpunan belia tak letak tanda harga, guna bahan polisterin

PUTRAJAYA: Char koteow RM5, nasi ayam RM6, air bancuh RM2 dan jagung bakar RM3!

Itulah harga sesetengah makanan yang dijual di medan selera sempena Himpunan Sejuta Belia Putrajaya 2011 berakhir semalam yang mengejutkan kebanyakan pengunjung kerana dianggap tidak masuk akal.
Kebanyakan pengunjung yang ditemui kecewa dengan tindakan peniaga itu tetapi pada masa sama meletakkan tanggungjawab terhadap penganjur kerana mungkin mengenakan sewa terlalu mahal kepada peniaga terbabit yang akhirnya memindahkan kos itu kepada pengguna. 

Tinjauan Berita Harian mendapati selain menjual makanan terlalu mahal, peniaga juga didapati tidak meletakkan tanda harga selain sebahagian besar menggunakan pinggan polisterin yang diharamkan di sesetengah tempat kerana tidak mesra alam sekitar dan kesihatan.

Seorang suri rumah dari Desa Pinggiran Putra berkata, beliau terkejut apabila terpaksa membayar RM20 bagi empat pinggan char koteow, RM8 bagiair bancuh dan RM9 bagi tiga jantung jagung bakar ketika menjamu selera bersama tiga ahli keluarga pada Jumaat lalu.

Akibat tiada tanda harga, kebanyakan pelanggan hanya “melopong”apabila hendak membayar kerana menyangka harga makanan adalah pada kadar biasa.
Bagaimanapun, harga makanan syarikat francais tidak dinaikkan.
Peniaga kerepek dari Kluang Johor, Ramli Kamal, 43, berkata sewa untuk tapak berkhemah berkeluasan 120 meter persegi ialah RM3,000 untuk tiga hari.

“Kebanyakan peniaga di sini ialah kecil-kecilan dan memang mereka terpaksa naikkan harga jualan untuk menampung kos.

“Kami sedar yang datang kebanyakannya remaja tetapi apa boleh buat kerana peniaga terpaksa menjaga kosnya,” katanya yang meminta sewa khemah jualan dikurangkan pada tahun depan.
berita lanjut kat SINI

***************

pagi ni masa nak naik ke ofis, tengok sampah merata-rata... haih! katanya tujuan sejuta belia ni untuk himpunkan belia² untuk lakukan perkara berfaedah... tapi kesedaran sivik kurenggg pulak...

saya pegi jugak Sejuta Belia ni Sabtu lepas.. tapi duit habis beli air jer... nasib la tak beli makanan kat situ... 

Ahad...



apsal tak dapat cuti lama sikit???? sekejab je dah ahad.
semalam pegi Sejuta Belia dekat Putrajaya... 
berjalan dari Masjid Besi ke Presint 4,
then ke Presint 2 pulak sebab kat situ ade Jom Heboh..
perghh... memang banyak lemak terbakar.. kekekeke..
nasib la saya jenis kuat berjalan, so kaki takde la lenguh ke hape.

hari ni pulak cadangnye nak ke Kota Damansara.
my fren zaman sekolah rendah dulu nak kawin.
InsyaAllah, kalau takde pape ari ni sampai la ke sana..
leh singgah Ikea.. huhuhuh...

Selamat Pengantin Baru Kak Yong!!!
Moga berbahagia selalu hingga akhir hayat....



Hari Kueytiaw Sedunia...



ari tu pegi makan kat kedai area Nilai dengan hubby, hadif n makteh... bila dah dapat food, baru perasan yang kami semua order food yang sama - kueytiaw... hiks... memang sehati sejiwa gitew...

kueytiaw kungfu - saya punya


kueytiaw goreng - makteh punya


kueytiaw tomyam - hubby punye...


kepok lekor- hadif punye...


p/s : ari ni mau jalan² Putrajaya.. ade jom heboh edisi Sejuta Belia..

Dating dengan Abe Jack!

Busy ohhh!!!



tak sempat nak update lol!
dah tengahari rupenye...


ok. bubye..
nak kuar lunch.
bakal pengantin nak belanje..

Meminang Orang Felda Lepar Hilir 3



sambung balik kisah rombongan meminang. ^___^


kami sampai lebih kurang dalam pukul 2 petang.
then singgah surau utk solat dan susun barang² hantaran..
tetiba hujan turun pulak. melebat!

sudahnya, kena la tunggu hujan reda dulu,
baru la boleh pegi umah pengantin nyer..
dah la perut lapor giler time tu...

so, dalam kui 3 camtu baru la dapat gerak.
sampai jer umah pengantin, terus serbu amik makanan...
tak tengok kiri kanan dah.. huhuuh... tersangat lapar...

 tolong pegang si kecik Aleesya Meazara. maknye nak makan. suke beno hadif ngan leesya nih! sikit² nak cium.. aleesya ni sepupu hadif.

dah siap makan, jom masuk umah.. nak start upacara balas pantun pulak! hehe..

hantaran hitam - pihak perempuan
hantaran pink - pihak lelaki punye.. pihak kami la tu

 sarung cincin pulak...

 welcome to the family ummie...

 keluarga pihak lelaki dan pempuan bergambo sekali..

sebelum balik ke KL, singgah jalan² ke Bukit Gambang Waterpark.. saje cuci mata. snap gambo... dah alang² ade kat area tu kan? saje la singgah usha² line.. tapi Bukit Merah Laketown lagi beshhhh laa.. macam² ada.. (haruslah puji kampung sendiri). kat bukit gambang takde ape sangat... waterpark semata.

 me n hub

hadif wif nek teh n kak putri

otw balik, singgah RnR Temerloh dulu... kumpul dulu ramai² sbelum bertolak balik..

pekena nasi lemak panas nih! memang terbaikkkkk....


p/s : ujung bulan 6 pegi Pahang lagi... my fren naik pelamin pulak kat Felda Chini...

Tukar Jantina l Mohd Ashraf Hafiz VS Aleesha Farhana..



KUALA TERENGGANU: Hasrat seorang pemuda, Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, 25, untuk menukar jantina dan nama kepada Aleesha Farhana Abd Aziz tertangguh lagi apabila Mahkamah Tinggi di sini, semalam, menetapkan 18 Julai depan untuk mendengar keputusan permohonan berkenaan.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa menetapkan tarikh itu bagi membolehkannya meneliti hujah dikemukakan peguam Horley Isaacs yang mewakili Mohd Ashraf Hafiz selaku pempetisyen, selain Peguam Kanan Persekutuan, Adhha Abu Bakar bagi pihak Jabatan Pendaftaran Negara selaku responden.


Mohd Ashraf Hafiz, lulusan diploma dalam bidang perubatan dari sebuah institusi pengajian tinggi yang mengenakan pakaian wanita lengkap dengan berbaju kurung berwarna kuning air, bertudung merah jambu dan berkasut tumit tinggi menarik perhatian awam yang menyedari kehadirannya di mahkamah, semalam.


Dia yang menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand antara 2008 hingga 2009 kerana mendakwa lebih cenderung kepada perwatakan wanita memfailkan petisyen memohon mahkamah membenarkannya menukar nama Mohd Ashraf Hafiz kepada Aleesha Farhana pada November tahun lalu bagi memudahkannya menguruskan kehidupan seharian selain mahu memasuki universiti untuk melanjutkan pengajian dalam bidang sama.


Horley dalam hujahnya pada prosiding akhir di mahkamah semalam berkata, anak guamnya disahkan pakar perubatan Pusat Perubatan Pantai dan Hospital Putrajaya layak untuk menjalani pembedahan menukar jantina dan melakukan rawatan hormon serta psikologi sebelum membuat pembedahan di negara jiran.


p/s : tak reti nak komen ape... speechless! tapi tengok gambo dari tepi memang nampak muke 'jantan'nya!

Motor Besar-Besar, Kereta Kecik Leper



 macam biasa kalau time gaji ni mesti ade jualan... so, memang nak terjah jualan la hari ni.. nak pegi cuci² mata, belek sana, telek sini, beli jambu n nasi kukus sedap (wajib).

lepas turun dari opis tu, tengok depan KBS, penuh dah orang. dengan ade motor besar, kete² mewah... rupa-rupanya ada sambutan sempena Himpunan Sejuta Belia... konvoi motor besar dengan kete kecik leper ni salah satu acara himpunan tu rasanya.. sebab Menteri pon join konvoi jugak.. naik ferrari lagi u!

 nak jugak begambo dengan pakcik moto besau nih. tapi moto nya tak nampak pulok!! sila salahkan tukang snap!


 ferrari merah menyala.. ni la kete kecik leper tu.. huhuhu...


 bersusun kete mewah...


 konvoi moto besauuu....


 lagi motor besau...


Himpunan Sejuta Belia..


eh, korang jangan lupe datang Putrajaya tau hari minggu ni.... kite jumpe di sana! di saaaanaaaa....


Baru cadang nak tengok wayang hujung minggu ni...



....... tapi ropa-rooopanya tiket wayang tu leh redeem on 31 May... cissss sungguh.... tunggu minggu depan la nampak gayanya baru leh pakai tiket murah tu...


RM15 untuk 2 tiket... beli dekat myDeal..


Himpunan Sejuta Belia l Hari Belia Negara

 
 27-29 May 2011
10.00 pagi - 10.00 malam

 Sape² yang takde plan nak pegi mana² hujung minggu ni, jom kite pegi Putrajaya.... macam² ada sempena Hari Belia Negara nih.. pagi tadi nak pegi opis pon, banyak jalan dah tutup... Mr. K pon dah semangat ajak pegi Sabtu nih...



 Antara program yang best :

Jom Heboh Edisi Hari Belia Negara  
Tarikh:27-29 Mei 2011 (10.00pg-10.00mlm)
Laman 1 Malaysia, Putrajaya

Konsert Artis Antarabangsa (K-Pop “Super Junior M”)
Tarikh: 28/5/2011 (9.30mlm – 11.00Mlm)
Simpang Empat berhadapan Menara KBS
(sape minat K-Pop boleh la tunggu sampai malam)

 



 kalau nak maklumat lanjut, korang leh tengok website die


Siapa Yang Cakap Secret Recipe TAK HALAL??




 Baru kejab tadi jam 3.32 petang, saya call Bahagian Hab Halal JAKIM. dan saya bercakap sendiri dengan Puan Kalsum mengenai status HALAL secret recipe... ye lah, dah bape kali dok makan kat situ kan? tup tup keluar lam FB, kat belog cakap tak halal...

Puan Kalsum cakap JAKIM takde keluarkan statement apa-apa yang Secret Recipe tak halal.. so, korang boleh la makan tanpa was-was... dan beliau menidakkan tentang kek yang dicampur dengan arak, etc.

so, tepuk dada, tanya iman...  

kalau korang nak lebih kepastian, boleh call 03-83150200 dan bercakap dengan pegawai kat sana kay!


Camwhore Anak-Beranak



 ni gambo Sabtu lepas, masa ikut rombongan cik Nisah pegi Gambang. 1st time nih ikut rombongan meminang anak dara orang. ^____^

yang ikut rombongan ni ade 8 bijik kereta... bayangkan lah, dari Bangi ke Gambang tu, ade la 4-5 kali we all berhenti.. ye la, pegi ramai² kan. kejab² kete ni benti nak terkucil la, benti rehat la.. dah nama pon rombongan, satu kete benti, semua la kena benti jugak.. huhuhu...

yang paling syiokkk tentula golongan bapak-bapak nih.. tiap kali benti, tiap kali tu la dorang berasap. huh! 

 ni gambo camwhore dalam kete.. nak hilangkan bosan dalam perjalanan kononnya.. huhuhu

 hadif ni kalau nak bergambo kena tengok mood die.. time ni mood die ok.. so masa ni la nak suh die senyum ke, sengih nampak gigi ke..


 aksi tunjuk langit.. huhuhu.. ni aksi feberet hadif.. landing baikk punya atas bahu ibu...


 ;)


 masa ni kakak sepupu hadif, si Balqies pon naik kete ngan we all.. die taknak naik ngan mak abah die sebab nak berkawan dengan hadif...


p/s : entry pasal pegi meminang akan di up kemudian...