Final Maharaja Lawak Mega l Siapa Juara?

 .
.
Siapa yang bakal Juara Maharaja Lawak Mega malam ni agaknya ek? aku tak ikut sangat MLM sbenarnya... aku tak langgan pon! #kedekut! huhuhu...  kekadang jek tertengok kalau pegi umah Makteh hubby... tak pon kalau ada masa layan jugak la kat youtube...

tapi malam ni nak ajak hubby pegi tengok lah... sebab ada Abang Eren as juri! ngehngeh... tengok kat umah makteh die lah, mana lagi.. hahahaa... bukan jauh pon. 10 minit dah sampai dari umah.. ngehngeh... dasar tak malu.. T____T 

okey. aku vote Osbon n Boboi jadi Juara malam ni.. tak kesah sape yang menang coz dua-dua aku minat! hehehe...


http://www.awanpagi.com/wp-content/uploads/2011/12/20111225-231501.jpg

http://www.infosemasa.com/wp-content/uploads/2011/10/osbon-maharaja-lawak-mega.jpg
suke lawak dorang masa jadi pengantin tu! ^___^

.


Taktau nak komen ape, LIKE pon boleh. TQ ♥

Facebook timeline!

.
.
Sape yang dah tukar timeline facebook??? ramai gak kengkawan aku yang dah tukar... tapi aku prefer yang sedia ada ... senang nak tengok! kalau dah selesa dengan yang sekarang, buat ape nak tuka ye dak? biasa² sudah.. malas nak buat #padahal tak reti.. kekekeke...

facebook-timeline-design
 sape yang terer fotoshop tu leh la edit gambo kasi kebaboommmmmmm! aku tak reti lol.


Jom tengok design timeline yang super kreatif nih! credit to Jejaktrend sebab aku copy dari situ... hehehe...


 

perghhh... kagum sejenak!!! bombastic!

.

Taktau nak komen ape, LIKE pon boleh. TQ ♥

Cenderahati untuk orang kampung!

.
.

kalendar yang mempromosikan kami sekeluarga.... tatap lah muka kami untuk setahun! ngehngehngeh....


ini la sebenier dari kami untuk tetamu yang datang masa wedding adik aku last week.. di samping tu ade la kasi jajan² skit.. huhuhu... ini je la yang termampu!

idea nak bagi kalendar ni ofkos dari ayah aku la.. die yang order semua.. aku balik tengok dah siap! dalam 1000 keping gak ayah aku tempah! huhuhu...

dan aku rasa sebenier camni adalah sangat-sangat-sangat bagus dan berguna kot!! tapi hanya sesuai bagi kenduri yang buat ujung taon je la.. apekeja*** tengah² taon nak bagi kalendar pulak kan? huhuhuh...

senangkan tengok kalendar camni? siap tanda cuti skolah n public holiday. ala² kalendar kuda.. tapi ni jenis islamik punya lah ofkos!

.

Taktau nak komen ape, LIKE pon boleh. TQ ♥

Jom tv3livechat! Adi Putra nyanyi sambil main gitar

.
.


buat keje sambil layan livechat. bole? tapi aku tak join la chat ni.. just dengo Adi+Nora chitchat jerk... aku rasa Adi nanti nyanyi sambil main gitar kot sebab tadi nampak die pegang gitar tu... 

cepat! cepat! sape nak dengo suara dowang klik SINI
.
ari ni Adi pakai topi lah nak cover rambut blonde die tu! tak boleh bukak katanya sebab nanti KL Gangster 2 tak surprise... huhuhu.. 


comelnyer Dhia....


aku dah lama tak tengok Tentang Dhia sebab gerammmmm + tak sanggup nak tengok cite ni. makin lama dah ngaruk cam sinetron Indon! tapi haini kena tengok jugak lah coz episod last... ;)

.
Taktau nak komen ape, LIKE pon boleh. TQ ♥

Melawat Villa Sentosa, Kampung Morten, Melaka

.

Kampung Morten yang terletak di tengah Bandaraya Melaka, adalah satu-satunya perkampungan Melayu di Bandar Melaka. Kampung ini dianggap sebagai muzium hidup memandangkan ramai penduduknya masih mengamalkan cara hidup yang tidak banyak berubah selain daripada mempamerkan keunikan rekabentuk rekaan rumah mereka. Perkampungan ini dinamakan sempena nama J.F Morten , pesuruhjaya Tanah apabila suruhanjaya tersebut ditubuhkan pada awal 1920-an.Morten telah memainkan peranan untuk membina perkampungan ini , yang dahulunya hanya merupakan sebuah kawasan paya. - Wikipedia


Masa pegi Melaka haitu, sempat naik Malacca River Cruise.. sepanjang menyusuri sungai tu korang akan nampak satu perkampungan melayu iaitu Kampung Morten - perkampungan tradisional yang dipelihara dengan baik. Ni boleh kira salah satu tempat pelancongan yg mesti dilawati bila ke Melaka. gilerrrr lawa rumah² kat situ. aku kan pegi belah malam, so memang nampak sangat lawa dengan lampu liplap bagai.. seriyes cantik! patut la ramai dok suggest suh naik cruise waktu malam!

So, lepas check out dari hotel esok harinya, masa lalu kat area Kampung tu, laki aku tanya nak singgah ker? aku kan pantang dapat berjalan, ada orang ajak pulak tu! lajuuuu je la angguk! lagi pon aku ni pencinta sejarah. #tetiba.


 
 pintu gerbang masuk ke Kampung Morten.


air pancut menyambut kedatangan kami di pintu masuk kampung... sungguh anbelibebel di tengah² kota Melaka masih ada perkampungan tradisional camni...

.
ini la Villa Sentosa.. dibina pada taon 1920an.

.
rumah ini still ada orang duduk tau.. belah siang depa bukak untuk pameran.. nak masuk tak payah beli tiket pon.. ikut seikhlas hati nak bagi sumbangan banyak mana.. cer korang perati die punya rekaan umah.. teliti sungguh sapa dok mengukir tu.. tabikk spring toing-toing! orang dulu² memang kreatif!


 kat depan umah ada landskap jambatan ni.. kecik jerk. tak berani aku nak naik takut runtuh.. hehehe... so, kena la hadif bergambo kat situ... secara PAKSAAN! muahahha....


 kat dalam rumah ada macam² jenis barang antik... klasik sungguh! banyak barang yang tak penah aku tengok!


 katanya ni tempat tidor untuk tetamu bujang yang datang. ni katil single..


 bergambar kenangan... entah bile leh sampai sini lagi.. ye dok?


 meja makan


 
bilik tidur utama #kalau tak silap aku lah... gambo belah kanan plak bilik pengantin





 dan sempat pulak kami anak-beranak jadi perantin.. merasa bersanding lagi sekali. muahahaha...




lagi barang² lama....


Villa Sentosa betul² mengadap sungai Melaka.. petang² syiok nih makan cokodok tepi sungai sambil dok melambai-lambai kat orang naik cruise.. heheehe...


before balik, sign dulu buku pelawat.. ramai ohhh pelancong asing dok melawat umah ni.. kalau orang luar leh menghargai khazanah negara kita, kenapa kita tidak??? hurmmm...


ruang tamu - syok jugak dapat umah camni.. tingkap banyak. sure angin masuk pon banyak..


sebelum masuk kete, jom abadikan gambo kat atas Jambatan Kampung Morten ni dulu...


Jom melawat Melaka! Kenali Sejarah Kita!



p/s : bape jam ntah nak abiskan entry nih... huhuh.. ye la, ada banyak fakta kan, so kena cari info dulu.. kang tersalah gebang pulak! huhuhu...



Taktau nak komen ape, LIKE pon boleh. TQ ♥

Eh, dah Rabu ker??

.
.
Hari ni baru masuk opis! soorga betui dapat cuti lama. huhuhuh...


tak banyak la gambo wedding Makteh Hadif yang aku snap.. bizi melampau haih! letih sungguh... baru rasa sendiri buat kenduri kawin ni penat... dulu jadi pengantin dok relax jek.. mak ayah mesti lagi penat kan? dari awai taon dah pening nak buat kenduri punya pasal... huhuhuh..

nanti² bila dah dapat gambo dari OP i tempek kat sini eh..

.

Taktau nak komen ape, LIKE pon boleh. TQ ♥

Ingatan untuk semua termasuk diri sendiri

.
.
KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber'T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah 'menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.176584615767324.41906.175615635864222&type=3


Sent from my BlogBerry®
Taktau nak komen ape, LIKE pon boleh. TQ ♥

MasterChef - Chef DIF

.
.



kalau nampak bapak die nih, mau kena pelangkup mak die! muahaahha.. apsal ntah apak die marah betui kalau aku beli mainan masak² nih! bang oiii, jadi tukang masak pon boleh berjaya hokey! tengok chef Wan tuh, diiktiraf dunia tahu? kalau pegi kedai² makan tomyam tu, semuanya lelakiiiiiiiii yang masak.. chef² hotel tu semuanya lelaki. khen? best ape jadi chef! heheehe...

taktau la si hadif ni kalau nampak je mainan masak² nih, mula la rengek² suh beli... dah bape kali dah die mintak, tapi apak die tak kasi... dis time apak die takde, aku pon beli la sebab kesian kat anak kan? alah... die main takat 1-2 hari jer.. pastu haghammm.... mainan sume die campak bawak sofa, bawah meja makan.... haiii la.....


.

Taktau nak komen ape, LIKE pon boleh. TQ ♥

HKL again!

Morning come-come semua...


Now dalam kete. OTW dari kampung ke HKL - bawak my mom check up. Kui 10.30 pg smpai la kot..

Sengal satu badan wei.. Kenduri makteh hadif dah setel. Tapi pinggan mangkuk banyak lagi tak simpan. Xpe, kite kasi buli pengantin kt umah tu. Huhu..

Esok baru masuk keje. Yang ada kat opis haini, rajin2 keje yek! Hehe


Sent from my BlogBerry®
Taktau nak komen ape, LIKE pon boleh. TQ ♥

Tentang Cinta ♥

.
.
.


Selamat Pengantin Baru buat adikku yang disayangi...
Moga Cinta kalian bersatu hingga ke akhir nyawa...


Ain ♥ Taufik

.
 .
Taktau nak komen ape, LIKE pon boleh. TQ ♥

Bonus dah dapat - jom Terapikan diri...

 .
.
.
hari Isnin baru ni, lepas balik keje terus amik Hadif kat umah pengasuh. then terus ke Alamanda.. ayah Hadif dah pegi outstation time tu.. so, bosanlah balik umah kang nak makan ape pulak? aku kan jarang² masak kalau hari keje.. kalau ayah si hadif takde, lagiiiii la... tak berasap dapo aku tu... huhuuh...

gaji + bonus pon dah dapat.. so, melajuuuuuuuuu je pegi bejalan! letak hadif dalam troli care4, then beli mainan kat die buat upah. nescaya diammm lah die dalam tu. kekeek..  pastu pegi la mana kedai ko nak terjah! huhuhuh..

aku takde aim pon nak beli pape.. saje² gatai nak cuci mata.. kalau tercuci duit pon tak salah kot! reward untuk diri sendiri... sekali sekala.. ngehngeh...

so, jalan punya jalan, melekat pulak aku kat kedai kasut primavera.. usha punya usha, telek belek die punya harga, dapat 50% pulak tu... tolak diskaun semua.. ermmmmm... ok kot! terus rembat! hahahah...

senang sikit nak tawaf soping complex pakai kasut gini.. hehehehe...



untuk anak pon harus lah ada... tak banyak pilihan kaler merah.. ada 2 choices jer.. tapi si hadif nak yang ini.. so amik la.. lagi pon memang nak kaler merah jugak² untuk pakai masa wedding makteh hadif nanti.. huhuhu...



p/s : korang shoping ape duit bonus tu???
.
.
Taktau nak komen ape, LIKE pon boleh. TQ ♥

Alhamdulillah... Our 4th beautiful years!

 .
.
.

Dear husband
I love you today, As I have from the start, And I'll love you forever, With all of my heart. 

HEPI 4th ANIVERSARY sayang!!


 Moga cinta kita tetap teguh biar apa jua yang mendatang.
dan semoga Allah panjangkan jodoh dan merahmati rumahtangga kita.

Today is our 4th years wedding anniversary... and still counting....



kenduri belah aku.. kaler feberet - pepel

gigih okey time ni nak jugak² flower girls.. heeheh.. dah ofkos la haku yang kena sponsor semua baju depa.. yang tengah tu adik aku.. dua lagi anak sepupu.. skang depa dah besaq, dah jadi anak dara. adik aku pon dah form 2. kenangan sungguh...



ni pulak belah hubby. meriahhhh uolls. orang Gombak memang happening!


sebelum² ni aniversary kami sambut biasa² jer. just pegi makan besaq sikit.. hadiah pon kadang ade, kadang takde.. taon lepas kami beli si Putih Gebu, so bajet nak beli hadiah kawin takde.. itu la hadiah aniversary kami bersama.. dua² boleh pakai.. hehehe... tapi kalau besday, wajib kasi hokey! aku jer yang kadang culas tak bagi hadiah kt laki aku.. dah die kata tak payah beli pape.. ngehngeh.. tapi kadang aku beli jugak la..  tapi tak semahal hadiah die bagi kat aku la.. ngelat betui aku kan? huhuhu...

tapi taon ni punya Aniversary, kami ada kat kampung.. hari Ahad ni adik aku (makteh hadif) nak kawin.. kan semua orang tengah bizi nak kenduri, so tak boleh nak planning pape...tengok la nanti cane..



#My love for you is endless.... 
.
Taktau nak komen ape, LIKE pon boleh. TQ ♥

Tumpang Glamer....

.
.
.
Mr. K skang takde kat sini.. die outstesen ke belah Utara sana start Isnin. hari ni keje die settle lah katanya. tapi aku tak kasi die balik coz malam ni aku nak gerak balik kampong kat Perak sana...so, jumpa kat kampung je la.. hari Ahad ni adik aku nak kawin.. aku cuti start esok sampai Selasa minggu depan yer... harap maklong! heavennn ohh cuti lama... tapi mesti penat coz ada kenduri kan?..... hehehe..


semalam laki aku BBM gambo ni.. masuk paper utusan uolls laki mak! eleh.. eksyen die dapat jadi pelakon tambahan.. miahahaha... depa ade kes ape ntah kat sana. pasal subsidi diesel kot.. aku ni cukup payah nak baca soratkaba... bukan soratkaba je, aku rasa semua buku lah kot! hhuuhuh... minat membaca tu makin berkurangan seiring meningkatnya umur. eh?

besok mak cuti tau! jangan rindu-rindu mak yer! ahaks....


.

Taktau nak komen ape, LIKE pon boleh. TQ ♥

Perdana Menteri setuju tangguh SBPA

.
.
.
Perdana Menteri setuju tangguh SBPA - Omar Osman
22/12/2011 12:53pm

PUTRAJAYA 22 Dis. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan untuk dirunding semula dengan penjawat awam, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman.

Beliau berkata demikian kepada sekumpulan ahli kongres itu di perkarangan bangunan Perdana Putra selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di sini hari.

Omar dijadualkan mengadakan satu sidang akhbar di Universiti Putra Malaysia tengah hari ini berhubung isu itu. - UTUSAN



Sent from my BlogBerry®
Taktau nak komen ape, LIKE pon boleh. TQ ♥

Eizlan Yusof dan AC Mizal dapat gelaran Dato'?


.
.

Ini berita panas yang baru myartis terima, iaitu Eizlan Yusof dan AC Mizal dikhabarkan bakal dianugerahkan gelaran Dato' bersempena sambutan hari keputeraan Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah ke-81.

Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran tersebut akan berlangsung di Negeri Pahang Darul Makmur hari ini (khamis). Gambar-gambar ini jelas menunjukkan AC dan Eizlan sedang sibuk membuat full rehearsal di Istana Pekan Pahang sebagai persediaan penerimaan tersebut.

Tahniah diucapkan buat mereka berdua dan semoga anugerah tersebut bakal membuat mereka lebih gigih memartabatkan industri seni negara.
.
Rezeki dorang la kan nak dapat title tu...

.
 isteri Eizlan ni gojesss ahh.. lawa..
.

bakal Dato' dan Datin di usia muda...

#credit to myartis.
.



Taktau nak komen ape, LIKE pon boleh. TQ ♥

Duit kertas Malaysia yang Baru

.
.
lawo lah duit RM20 kaler kuning tu... i loike!!!




p/s : eh, eh, tu yang pegang duit tu blogger Tipah Vouge kan??? lama die tak update belog.


.
Taktau nak komen ape, LIKE pon boleh. TQ ♥

My 4th Fareeda!

.
.
.
Baru masuk 4 noks! tak mampooo mak nak beli tiap² bulan!
ate bila cik paridah buat CRAZY SALE baru la aku mampoo sikit nak beli.
itu pon pikir dua-tiga kali jugak nak beli ke tidak.
kalaulah aku kayaa........ (sila sambung sendiri impian korang) heheehe...


cantik tak shawl nih? kalau nak puji puan badan cantik pon takde masalah.. ngehngehngeh...


shawl Mawar beli jumaat minggu lepas dengan Fiza.. gigih tau weolls pegi... kalau time sale² camni memang ramaiiiiii gilessss orang dalam kedai cik parid yang kecik tu... untung dah banyak, boleh la kot bukak butik beso sikit.. huhuhuh... oh, fiza dah update tudung baru kat belog pagi tadi. that's why aku pon gigih nak tayang jugak! tak nak kalah. kekekeke...



baru 4 lai... itu pon beli masa promosi.. 


takat ni aku masih kedekuiiittt nak keluar duit untuk sehelai tudung yang berharga RM100++. huhuhuh... yang ni semua harga bawah tu yer... paling mahai yang kaler merah RM85. beli pon sebab nak pakai raya.. harus the vass! hehehe... tudung paling murah kaler oren RM50... (saja bagitau harga kot satgi ada orang tanya).

kalau korang penah masuk butik die kat Bangi tu, memang merambangggggg weii... semua tudung lawa². siyesss... rasa nak angkut semua! ada yang sanggup berabis ribu-riban! pergh!


dan semalam aku ada beli hanger tudung ni kat Nilai 3. sayang kat tudung paridah punya pasal. sanggup aku beli hanger khas untuk tudung... harga hanger ni RM8 untuk 10 batang. haitu aku beli hanger ni kat Ariani harga die RM2.50 sebatang.. perghhh.... 



p/s : now ada 9 batang lagi hanger tak guna.. nampak gaya kena beli lagi 9 lai tudung paridah lah! ngehngehngeh....


.
Taktau nak komen ape, LIKE pon boleh. TQ ♥

Gedabak!

.
.
.

alat nak buat bahulu zaman dulu... ko mampoo??? mau berbonjol² muscle keluar.. hiks...



.
Taktau nak komen ape, LIKE pon boleh. TQ ♥

Jumpa Shaheizy Sam di Coconut Shake Klebang, Melaka

.
.
.
satu lagi tempat yang besttt untuk dikunjungi kat Melaka adalah Coconut Shake Klebang. femes-emes weii tempat ni untuk aktiviti jalan² cari makan! eceli, apa yang specialnya cocunut shake kat Klebang ni ek? kat tempat lain tak besttt ker? 

Tapi kalau dah ramai orang dok beratur panjang, beli sampai berpuluh-puluh bungkus, mesti ade something yang best kan?? Kalau lalu kat jalan Klebang ni pastu jam pulak tu, haruslah sebab orang dok parking kete kat tepi² jalan. that's why la sesak! muahahaha... 

tapi masa weolls pegi Sabtu lepas, time tu jalan jam jugak.. plus ada function ape ntah kat Pantai Klebang sana... weolls sampai kedai tu pon dah kui 5 lebih, dah nak dekat kui 6. kedai pon dah tak ramai orang... oh, skang ni kalau sesapa nak bungkus je boleh beli kat tepi jalan besar tu.. kalau nak duduk minum + makan nasi lemak pedas boleh masuk terus ke dalam.. ada kedai kat belah dalam sana... kat luar khas untuk tapaw sajok!



 Coconut Shake yang menjadi igauan... 

seriyesss sedapppp weiii.. kaw-kaw punye! harga die kalau tak silap RM1.80-2.00 satu.. yang special nya Coconut Shake Klebang ni sebab campuran kelapa yg diblendkan bersama dengan ais..  dan ada pulak ice cream walls perisa vanilla at the top. ala² root beer float gitew... walllawehhh... rugi sapa mai Melaka tak try air femes nih! eh, kat pasar tani Putrajaya ni pon ada jual jugak, tapi die punye kedekut ahh.. sikit je letak kelapa tu...tak kawww!


 Hadif tengah batuk, takleh minum banyak.. kasi rasa je....



masa tengah dok ralit minum coconut shake + makan nasi lemak pedas + karipap, kebetulan ada crew² filem Songlap datang kedai tu... sekali dengan pelakon die uolls - Shaheizy Sam + Syafie Naswip. perghhh.... ketak lutut den tengok artis paling fofular tu... sempoooii jer....

tak sabar nak pi bergambo sebenarnya.. tapi aku buat² cool lah! biar Sam makan + minum dulu.. kasi die kenyang then baru la ajak begambo.. hehehe.. time tu kedai dah nak tutup pon. orang pon tak ramai...



masa ni aku segan² lagi. so tangkap gambo ramai². leh cover line nerves... muahahaha...



tak puas hati sekeping je gambo dengan retis, ajak pulak bergambo lagi sekali. tapi kena dukung anaklah buat teman. ngehngeh



tapi orang kata, BERDUA LEBIH BAIK. ye dak? miahahahah.... so, kite teruskan misi....

































































^______^


Mr. K yang snap gambo ni... die pon layan je bini nak gedix ngan retis.. sebab die pon sama jugak naik sheikh. mula² tu malu konon... ceh!


 gambo kecik sudah! hahahha.. *dengki sebab Sam letak tangan kat bahu die.. hiks..




p/s : incik suami outstesen ke Kedah pulak sampai Jumaat nih.. so, nanti i balik kampong dengan hadif  n abang i je la.. makteh hadif nikah Sabtu nih... syiokkkknyer kenduri.. bestttt sebab sedara-mara semua berkumpul + rumah meriah!!!

.

Taktau nak komen ape, LIKE pon boleh. TQ ♥

Kota Sejarah!

.
.
.
Macam tak lengkap rasanya kalau pegi Melaka tapi tak pegi Kota A'Famosa - bekas kubu pertahanan Portugis berusia kira-kira 500 tahun. ni adalah destinasi wajib hokey! lagi pon cantik untuk snap² gambo...

ni kali ke dua sampai sini... first dlu taon 2007.. percutian bujang sbelum kawin -  berdua dengan kak CT.

Meeting habis awai pagi Ahad tu. so, lepas check out kui 12, lunch dlu kat hotel then baru meneruskan misi melawat kola sejarah! lepas puas bejalan baru balik Putrajaya.. rasanya kami keluar dari Melaka kui 4 petang camtu...

mood nak mengarang pon kureng, so layan gambo je la yer... all pics snap guna blackberry sajok n edit sikit²...


suker gambo ni... lori hadif pegang tu beli kat medan depan kapal besar. merengek² die suh beli.. mahai lak tu.. tapi beli jugak la nak kasi die diam.. padahal kat umah besepah lori cam tu.. haiii la...



pic ni jadi wallpaper pc kat opis... bagus jugak beli lori ni sebagai upah posing ngan mak die... hehehe...



gambo ni pon cantik kan? ngeee.........



korang tengok kaki hadif tu! melentikkk uolls. kalah mak die...



belakang gambo tu yang macam 't' tu pedang ke ape ek??? aiseh... salah port la plak...



dah dapat lori senyum manjang... cakap je 'Hadif senyum'... terus die senyum.. sonang keje mak!



merasa gak naik beca... RM20 satu beca. sebenarnya malas jalan dari parking ke Kota Afamosa ni.. kekeke.. ye la, si hadif ni dah tentu² nak berdokong jer.. so, kite play safe. hahahah..



ketapi yang tak bergerak²...



ade banyak lagi gambo... malas nak letak banyak kang muak pulok! huhuhuhu.... eh, sape yang cakap Melaka boring?? Melaka the BEST hokey... banyak giler kot pembangunan yang Datuk Seri Mohamed Ali Rustam buat untuk Melaka... memang brilliant lah beliau... salute!


.

Taktau nak komen ape, LIKE pon boleh. TQ ♥