PLUS Toll Rebate 10 peratus

.
.
KUALA LUMPUR: Pengguna lebuhraya PLUS akan menikmati rebat 10 peratus apabila membayar tol menggunakan kad PLUSMiles atau Touch'n Go sempena Tahun Baru Cina ini.

Pengarah Urusan PLUS Malaysia Sdn Bhd, Datuk Noorizah Abd Hamid berkata, pengguna kenderaan Kelas 1 akan menikmati rebat itu pada 19 Jan (Khamis), 23 Jan (Isnin) dan 27 Jan (Jumaat). "Rebat ini boleh dinikmati sepanjang hari pada tarikh tersebut. Namun rebat tersebut tidak diberikan kepada pengguna yang membayar tol di plaza tol Bukit Kayu Hitam, Jambatan Pulau Pinang, Tanjung Kupang dan Bangunan Sultan Iskandar.

"Pengguna boleh menuntut rebat itu di pusat khidmat pelanggan PLUS apabila menambah nilai kad elektronik mereka bermula 1 Mac hingga 31 Mei ini," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata pemberian rebat itu antara strategi PLUS untuk menggalakkan orang ramai beralih kepada sistem pembayaran elektronik yang lebih mudah dan pantas. - Bernama


Sent from my BlogBerry®

4 comments:

♥cikmOt♥ said...

aku dok umah jek...so tak mik pusing sal rebate ni..sob sob...ayat jauh hati ni...hahaa

.::Lynn::. said...

alo... kenapa dia tak kasik rebat on 26 Jan... den nak berjalan...

kayyana said...

jem kat touch n go pulak nanti.. hehehehe

hyazz said...

wah..berita baik nih...tqiuk tqiuk