Jom tengok Adnan Sempit 2!

.
.
dah lama tak tengok wayang! last bile ek?? kalau tak, tiap² minggu setiap hari rabu tiket murah cam jadi kemestian kami sefamily pi tengok! tapi since ayah hadif dah sibuk nih, non ado masa nak pi tengok... sobss...

cam bosan pulak hubby takde kan? malam² cam bosan jek... yang hadif ni komfem lah layan tv je kejenye.. aku ni ha. kalau hubby takde mesti jadi pemalas! melepek je atas tilam. malas nak basuh kain, lipat kain.. malas basuh pinggan.. huh! semua jadi malas.. bila hubby nak balik baru sibuk mengemas! muahahah...

teringat pulak cite Adnan Sempit 2 dah nak kua.. tengok the making of filem ni hari ape ntah! macam best.. so, terus ajak membe pi tengok wayang malam esok!

 Poster Filem Adnan Sempit 2
.
Sinopsis Adnan Sempit 2

Adnan Sempit 2 mengisahkan hubungan ADNAN dan NADIA selepas berjaya mengharungi pelbagai rintagan dan halangan dalam menjayakan hubungan mereka. Ayah Nadia, DATUK ISNIN tidak merestui hubungan mereka dan meletakkan syarat yang mana dalam masa 30 hari, Adnan haruslah boleh bertutur dalam bahasa Ingeris dan merubah penampilan dirinya. Adnan yang mengalami kesusahan untuk berubah meminta bantuan BOBBY untuk mengajar dan mengubahnya. Bobby selaku kawan baik Adnan sanggup menolong Adnan.

Hubungan diantara Bobby dan WAWA juga mengalami masalah yang mana Wawa mula merasakan yang Bobby langsung tidak berubah dan tidak berusaha demi hubungan mereka. Perkara yang sama berlaku kepada Adnan dan Nadia. Datuk Isnin cuba untuk mensabotaj usaha Adnan untuk berubah dengan menghantar FENDI, sepupu Nadia untuk menggoda Adnan dan membuat Nadia merasa sangsi dengan kejantanan Adnan. Rancangan Datuk Isnin berjaya dan Nadia mula menjauhkan diri daripada Adnan. Adakah Adnan dan Nadia akan bersatu? Mampukah Wawa dan Bobby mempertahankan cinta mereka? Adakah Adnan mampu bercakap dalam bahasa Inggeris?


 tiket pon dah beli tadi kat Alamanda... huhuhuhu....


p/s : nak tunggu tiket free tak dapek la.. malas nak join contest-montest bagai.. huhuhuh

.

4 comments:

bunga_rose said...

nak tengok gak... tapi mana nak letak anak??? huwaaa

::NureeN:: said...

hehhee... crita melayu slalu tgk kat umah jerr asben x suka tgk wayang.. slalu download ja heheheh save kan :P

Unknown said...

Huhu, bila lah nak jejak kaki kembali ke pawagam mcm masa cintan cintun dulu...kena tgu cik mek tu kureng hyper sikit baru leh kembali dedate :(

Dgr kata citer nie kelako :)

Unknown said...

kali ni kompom feymes ayat2 englis sam..
tgk cam lawak jer sam cakap omputih.