Dejavu di Kinabalu - ini baru Betul² Best!

.
.
hohohoho... semalam baru start cite nih - terus jatuh cinta! sangat menarik!!! episod pertama dah best! acane? drama arahan Erma Fatima. pasni mau la tiap² hari isnin-khamis kui 7 malam melangut depan tv.... satu kes berebut tv dengan anak pulak! seriyes weh, last drama yang betui² aku follow kat slot Akasia ni cita Tentang Dhia. giler dah lama cite tu... pastu on-off je la aku layan... tambah² pulak cite yang baru abis nih! memang takkkkk la aku layan.. huhuhu...


http://www.lindarosman.com/wp-content/uploads/2012/06/poster-Dejavu-Di-Kinabalu1-405x400.jpg
katanya cite ni ala² korean love story...


Sinopsis Dejavu di Kinabalu
.
Mengisahkan kehidupan Nadira selepas pemindahan jantung, tanpa disedari dia juga menerima sebahagian sifat-sifat penderma tersebut. Takdir menemukan Nadira dengan Ammar, teman lelaki kepada penderma jantung tersebut. Pertemuan pertama di KLIA antara Ammar yang baru pulang dari Australia dengan Nadira yang hendak bercuti ke Kundasang, Sabah telah membawa seribu satu kisah.

Selepas pulang ke Kuala Lumpur, Nadira dan Ammar berjumpa sekali lagi. Mereka akan bekerjasama atas projek pengubahsuaian Hotel Vila milik keluarga Bazli iaitu tunang kepada Nadira. Nadira dan Ammar selalu berjumpa atas urusan kerja. Mereka cepat mesra kerana mempunyai banyak persamaan dalam perbincangan untuk projek tersebut. Ammar gagal mengawal perasaan dan telah meluahkan isi hatinya kepada Nadira. Kakak Nadira, Uzra yang sangat menyukai Ammar telah mengetahui kaitan arwah tunang Ammar dengan adiknya tetapi dia memilih untuk tidak memberitahu sesiapa.

Benarkah cinta Ammar untuk Nadira atau sebenarnya hanya untuk Inara? Apakah kesudahan bagi cinta tiga segi antara Ammar, Nadira dan Bazli?

DEJAVU DI KINABALU 
Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam
hanya di TV3!

.

9 comments:

Puteri Satu said...

Oh akak memang follow citer Seindah Sakura.. sebab memang suka tengok lakunan Fasha sanda ngan fahrin... citer ni... tak layan dah kot.. sebab akak memang tak berapa minat tiz zaqiah tuh... huhuhu..

Unknown said...

Dah lama x tgk drama bersiri....hehe.... ^_^

nad said...

ingin ku gigit2 cuping telinga kecilmu...
ahahahhaah! tk tgk ke citer tu dulu? =p

sbb ada aqasha, kite tgk la, hehehe
sblm ni sbb ada fahrin, tgk gak =p

Izwa Kamaruddin said...

tak layan la drama..

♥cikmOt♥ said...

owhh...ni jalan citer lebih kurang citer SUMMER SCENT korean drama lakonan hero pujaan aku song seung heon tu la...hehehe...

MamaIcha said...

K, sebab cite nie la sampai bergaduh ngan icha berebut tv...hahaha!!!

Imaan09 said...

aduihh..macam bes je.. tapi susah laa nk commit tgk cerita bersiri ni.. kang ada dapur x berasap kang

Elyn Sani said...

tengok cite ni buat rindu nak gi sabah semula.

Kak Jejars said...

Tiru citer Summer Scent la tu.. eii mencik laa industri tanah air ni tau.. suka nau meniru citer korea...

i het! i het!.. hurm. nak layan summer scent lagek baik ^_^

jangan marah naaa