Jerebu Makin TERUK

.

KUALA LUMPUR: Jerebu yang melanda negara terus berada dalam keadaan buruk apabila lapan kawasan berada pada tahap kualiti udara tidak sihat

Berdasarkan laporan Jabatan Alam Sekitar (JAS) sehingga 11 pagi semalam, lapan kawasan berkenaan mencatatkan indeks pencemaran (IPU) melebihi 101, berbanding tujuh kelmarin

Kawasan terbabit ialah Putrajaya dengan IPU 101, Cheras (133), Batu Muda, Kuala Lumpur (128), Shah Alam (130), Petaling Jaya (131), Pelabuhan Klang (142), Kuala Selangor (101), dan Banting (120).

Menurut jurucakap JAS, keadaan cuaca kering tanpa hujan menyebabkan jerebu semakin teruk, sekali gus meningkatkan jumlah bacaan di beberapa kawasan, terutama di pantai barat Semenanjung yang terletak hampir dengan Indonesia.

Sebanyak 31 kawasan daripada 51 stesen pengawasan kualiti udara JAS di seluruh negara pula mencatat bacaan IPU sederhana, termasuk di Nilai, Negeri Sembilan dengan bacaan 100, manakala 11 lagi kawasan mencatat bacaan IPU baik.

Bacaan IPU 0 hingga 50 diklasifikasi sebagai baik, 50-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

Kemerosotan kualiti udara di negara ketika ini disebabkan kebakaran tanah gambut di Rokan Hilir, Sumatera Timur, Indonesia yang dibawa menerusi tiupan angin.

Sementara itu, rekod Asean Specialised Meteorological Centre (ASMC) menerusi pemantauan daripada imej satelit NOAA-18 menunjukkan 81 titik panas dikesan di Indonesia, manakala 146 titik panas di Kepulauan Borneo (termasuk Sabah dan Sarawak).

Keadaan jerebu yang melanda negara di kesan sejak Selasa lalu apabila rekod JAS menunjukkan kebanyakan kawasan berada tahap sederhana iaitu antara 51 hingga 100 dan menyusut sejak Rabu lalu apabila beberapa kawasan dikesan berada pada tahap tidak sihat.

Sehubungan itu juga, orang ramai dinasihatkan tidak melakukan pembakaran terbuka dan melaporkan kes berkenaan kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 atau dengan menghubungi Jabatan Alam Sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727.

Mereka yang tinggal di kawasan IPU tidak sihat dinasihat menggunakan alat penutup muka atau mengurangkan aktiviti luar bagi mengelakkan menghadapi masalah kesihatan.

#kreditHarianMetro

*dah lama tak ujan...


Sent from my BlackBerry® Smartphone.

No comments: