Aiskrim Baskin-Robbins percuma sekiranya Malaysia menang pingat emas di Olimpik London

.
.
http://thirstyblogger.my/wp-content/uploads/2011/01/baskin-robbins-logo.jpg
 .
KUALA LUMPUR: Sekiranya Malaysia memenangi pingat emas pertamanya di kejohanan Olimpik London 2012, Baskin-Robbins, yang menyokong inisiatif "Impian Emas" Media Prima Bhd akan memberikan aiskrim percuma di seluruh negara.
 .
Aiskrim itu akan tersedia pada 8 Ogos di semua 61 kedai aiskrim Baskin-Robbins di seluruh negara (tidak termasuk dua kiosk di Pantai Hospital di Bangsar dan Taman Tema Genting) bermula 8 malam hingga 10 malam.
.
Setiap orang layak mendapat satu skup aiskrim.
.
"Menjadi hasrat Media Prima untuk menyatukan rakyat Malaysia dalam satu suara bagi menyorak jagoan Olimpik kita," kata Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian TV dan Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Media Prima.
.
"Sekiranya Malaysia meraih pingat emas Olimpik pertama kita, cara terbaik untuk meraikannya adalah dengan menjamu semua rakyat Malaysia dengan aiskrim percuma. Bukan sebarang aiskrim, tetapi antara aiskrim yang paling sedap di dunia.

berita lanjut klik SINI


p/s : doa² la Dato' Lee Chong Wei menang - boleh la makan aiskrim free.... muahahaha.... tapi boleh makan time malam je la.. adehh.

.

5 comments:

eima said...

wahhhh maknanye aku leh rasa eskrem BR kali pertama la .... hahahaha

ronna said...

hihihihi...kalo impian menjadi realiti, tetiba kat alamanda penuh dengan manusia.. pastu panjang jer barisan,mau bercabang-cabang nanti... :)

bunga_rose said...

meh kita doa ramai2 moge chong wei menang pastu makan aiskrim secara berjemaaah kan haahaa

Cik Sara said...

Pheewwwittt... semoga atlet malaysia berjaya dapatkan sekurang-kurangnya 1 emas!! Dpat makan eskrem percuma!..heheh..

maszull said...

assalamualaikum ....moga dapatlah satu pingat emas boleh makan aiskrim percuma...:)