Cuti² Rumah Peranginan Persekutuan MORIB

.
  
Kalau korang mencari tempat percutian yang Murah tapi enjoy dan rilex giler, sila lah bercuti di sini. Dijamin puas hati!


Percutian kali ni memang amatlah merelaxkan.. mana taknya.. tak payah nak berkejar sana-sini.. tak payah nak pikir nak makan kat mana. lepas ni nak melawat tempat mana, nak soping kat mana... semua tu tak perlu bila kita bercuti di Rumah Peranginan Persekutuan MORIB. just sit back and enjoy... ^____^


Percutian kali ni merupakan percutian family. lebih kurang dalam 5-6 family jugak yang join trip kali ni.. sangat enjoy bila kumpul reramai.. tambah pulak aku tuan rumah kan? tuan rumah maksudnya aku yang arrangekan penginapan dan anjurkan family trip ni.. hewhew... bila dah ramai² camni dah tentu la kena masak sendiri kan? so, tak payah nak makan kat kedai.. kite gotong-royong ramai²...kat Morib ni takde benda sangat nak melawat, so kite lepak kat balkoni rumah sajok sambil sembang gelak ketawa dengan sedara-mara.. tambah pulak rumah ni sebelah je dengan pantai.. memang best giler la. minum petang sambil layan pemandangan laut...

meh aku nak review sikit pasal penginapan di Rumah Peranginan Persekutuan Morib.. untuk makluman, rumah ni hanya boleh disewa oleh kakitangan kerajaan saje yer...


aku sampai dalam kui 2 lebih.. so dah boleh check in... ni tempat untuk mendaftar yer.. kat sini die akan kasi kunci rumah dan remote astro.


tak banyak pon penginapan kat sini, ada dalam 8 chalet jer.. 2 jenis banglo, lagi 6 jenis rumah semi-d. tapi besarrrrrr giler... kang aku tunjuk gambo... sila teruskan pembacaan anda... hehehe...


aku booking chalet jenis banglo.. harga RM60/nite.. murah gilerss.... kalau chalet jenis semi-d harga dia RM50/nite.. beza RM10 sajok... baik la sewa banglo kan? tapi nak bookingnye memang payah lah! asyik fully booked sajok...


aku pilih chalet Pulau Pangkor sebab bersebelahan dengan playground nih.. dah ahli rombongan penuh dengan kanak² ribena kan? kalau chalet Pulau Angsa die takde playground.


pandangan belah belakang chalet. ada parking berbumbung..


jom tengok bilik pulak! chalet jenis banglo ni mempunyai 3 bilik. dan kesemua bilik dilengkapi dengan aircond dan kipas!


masterbed room


bilik ke-2


masterbed room dan bilik ke-2 tu ada pintu boleh bukak terus ke balkoni nih.. memang syiok giler... malam tu kaum ibu dok menyembang kat sini sambil tengok kaum bapak dok membakar ayam.. best betui!


ni bilik ke-3


dan setiap bilik ada cermin besar nih dan almari baju.


bilik air ada satu je dalam rumah... tapi boleh tahan besar gak bilik air die..


gel mandian dan syampoo sajok die bagi. dah kau bayar pon RM60 kan? takkan nak macam² pulak.. tuala bawak sendiri la yek!


ni bilik air kat belaang umah.. turun je tangga terus nampak bilik air... ada 2shower dan 2 toilet. budak² lepas main kat pantai tak boleh masuk umah terus. kena la mandi kat luar ni dulu..kang berpasir satu umah. :b


ni ruang tamu dan pintu belah kiri tu pintu dapur


tv ni ada astro tapi masa weols datang tu astro die tak boleh pakai pulak.. huhuhu..


peti ais pon ada dua.. so takde masalah kalau nak bawak sesiap ayam/ikan perap dari rumah untuk bbq.


dapur kering


dapur basah


periuk belanga semua disediakan.. tapi kalau dah ramai camni kena la bawak kuali besar dari umah.. hat ni tak besar sangat.


pinggan-mangkuk-cawan-gelas pon ado...


periuk nasik dan cerek disediakan.. pisau-sudu-garfu pun ada.. korang just kena bawak blender sajok!


meja makan


pemandangan dari pintu depan.... saujana mata memandang.. dengan landskap yang menarik.. tiupan angin laut lagi.. perghh..... asyikkkkkkk!


balkoni depan chalet.. besar dan memanjang... tempat kaum bapak berasap! huh!


laut hanya dipisahkan oleh pagar ni sajok... sebelah playground..


chalet jenis semi-d.


puan organizer~


so, puas hati tak dengan bayaran RM60 tu dengan rumah sebesar nih????

Berbaloi-baloi!!!


18 comments:

Saleha said...

wah memang puas hati.. nak try gak berkunjung kesana nanti

cantiklah design rumahtu.. nanti nak tirulah kalau ada rezki buat rumah sendiri :P

JaSSNaNi said...

memang puas hati.. murah dan sangat2 selesa... kakitangan kerajaan sahaja tu.. org swester tak leh ler.. hua hua hua...

sue_use said...

dekat dengan kampung saye!! :)

syariza09 said...

mmg sesuai utk family besar

eyeyou said...

xpenah sewa lg umah persekutuan..mmg berbaloi laa..

Qhaifa Nur said...

mmg selesa datang sini...
murah pun murah......

Nad @ MamaZN said...

Lagi berbaloi kalu yg bukan keje gomen pun dpt say sini, hehehe....n

Kniedaz said...

jenuh la nak booking huhu...

ratna said...

Bole tahan besar..bersih & selesa...best best...

deqlis said...

oohhh baru perasan entry nie...tido kat sini yer?? bestt jugakkk..beasauu tempatnya.. nie klu nak sewa nie, kena contact siapa?

mizzura said...

salam singgah..
lawat tapak sbb friday ni nak pergi sana..hehe..yeay!

noorzie said...

salam kak, nk tye ruang tamu ngn sume blik ada aircond ke?

TQ

MRS. K said...

noorzie ~ kt dalam bilik tido je ade ekon. kat hall takde rasanya. kipas jer

dalila said...

Nice review..penah pegi dulu..dh lame..tp dok yg semi D..kali ni nk pegi nk try apply banglo..seronok sedara mara dpt bekumpul ramai2 cmni..

My True Life Begin said...

nk tnya... die nk doc ap klu kaki tngan kerajaan?

Shahizmi Abu bakar said...

Tumpang tanye.. Kalau kite booking satu unit je bole ke nk bw 3/4 family sekali? Ingt nk ajak kakak n abg2 sekeluarga skali? Ade port utk berkhemah tak?

Rofaiza Eja said...

sy nk book untuk hari raya haji ni macam mana nk call owner..please feedback me asap

yuyu said...

Berbaloi..pada kakitangan kerajaan yang income rendah..bilik dah macam RM250 kat luar..:)