.
.
12 Disember 2012
.
BESUT - Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim
Engku Ngah, 80, meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor kira-kira
pukul 8.30 malam tadi. Ia disahkan oleh adik Allahyarham Engku Taib kepada Bernama di sini.
.
Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada pukul 11 pagi ini di Tanah Perkuburan Bukit Kiara. Allahyarham yang dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut meninggalkan
seorang balu Tengku Zahab dan enam orang anak, empat daripadanya lelaki.
.
Allahyarham memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun mulai tahun 1989 hingga 2011. - Bernama
***** Al-Fatihah... Sesungguhnya kemunculan arwah di kaca tv setiap kali menjelang Ramadhan dan Syawal amat dinanti kan? dari kecik sampai kita besar... huhuhuh... Bila dengar puasa n dah nak raya jer semua excited! Besarnya jasa arwah... Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin...
5 comments:
Al-Fatihah
al fatihah....saya paling suka tengok dia time nak umum tarikh raya.
mudahan arwah ditempatkan di samping org beriman amin ....
rindukan die ... die yg terbaik yg skrg ni tak besh
al fatihah..
aku rindu nak dengar suara dia umum tarikh pose dgn raya weh..
al-fatihah buat arwah.....
Post a Comment