Fraser Hill 'The Little England'

.
.
tengok gambo pon dah tau betapa bukit Fraser ni amat mendamaikan. suasana, bangunan kat situ dah macam perkampungan di England! #ye ke? England pon aku tak penah sampai.. huhuhu.

kawasan 'pekan kecil' kat Fraser Hill ni tertumpu kat area menara Jam yang femes tu. kat situ ada banyak bangunan yang ala-ala omputih : pejabat pos, balai polis, restoran etc..


kalau datang Fraser tapi tak snap gambo kat sini, maka TAK lengkaplah percutian korang ke Fraser hill.. huhuuh.. tempat wajib nih!


dan di kerusi merah ni... pemandangan kat belakang adalah padang golf yang menghijau...


kat area jam tu pon ada ditanam macam² jenis bunga... dah rasa macam dok kat Amsterdam.. #tetiba..

mungkin ada yang cakap Fraser Hill ni macam boring kan? sebab die tak macam tanah tinggi lain like Cameron or Bukit Tinggi.. kat situ ada macam² bentuk hiburan jugak.. tambah pulak kat Cameron, macam syurga shopingggggg dah! shoping sayur je lah.. huhuhu

tapi kite datang sini nak relaks-relaks, eratkan hubungan keluarga. jauh dari hiruk-pikuk kota #cheeewahh... tempat ni sesuai la bagi yang nak mententeramkan jiwa... ngehngeh... duit pon jimat sikit sebab takde tempat nak shoping! hahaha... tapi ade je kedai sebenier kat atas nih! fridge magnet die harga RM6.90 seketui. huh!

okey, lepas snap² kat area menara jam tuh, kami gerak ke Allan's Water pulak.. masa untuk bersenam kaki (kayuh paddle boat). eceli dari satu tempat ke tempat lain tak jauh pon.. tak sampai lima minit kot gerak naik kete.. dah nama pon kecik je fraser ni kan?

.
 bergambo kenangan depan pintu gerbang...


tasik ni dulu asalnya empangan/dam yang bekalkan air bersih untuk penduduk di Fraser... huhuhu..


 pondok untuk istirehat sambil menghirup udara segar dan menghayati keindahan alam ciptaan Allah


boleh beli makanan ikan harga RM1.00. kesian ikan tu lapor bebeno... asal tabur je makanan tu, terus berebut nak makan...


jom naik paddle boat.. harga RM6/boat


time ni la pon dapat rasa berdua-duaan.. huhuhu... umur cam hadif takleh naik lagi boat nih.. die pon tak heran nak naik! muka relax je tengok mak ayah die dok dating.. ngehngeh...


 .

The Paddock Fraser Hill l Archery & Horse Riding

.
.
kalau ada sesape yang tertanya ape yang best kat puncak Fraser Hill tu, meh aku nak cerita kat sini... umum tau FH memang kecik je tempatnye, so tempat nak pegi melawat pon tak banyak.. tapi tetap best uolls... as long kite semua have fun!

lepas check in hotel, dah rehat bagai, ahli rombongan pon dah cukup,  so rombongan cik kiah pon gerak ke 1st destinasi... tempat pertama adalah The Paddock!

 sampai je terus snap depan pintu gerbang.. heheh... kat sini kite boleh tunggang kuda n memanah..


 ahli rombongan.. ada lagi yang tak masuk gambo..


 sampai jek kat sini terus bau something tak best! bau taik kuda kot! huhuhu.... tapi cantikkan? nampak macam kat oversea gitew...


 snap gambo lagi...


 harga tiket naik kuda kat The Paddock!


tapi aku tak naik lah.. mula² excited kot nak naik. konon nak teman hadif.. tapi last minit rasa cam malas pulak.. so kasi can la ayah hadif naik.. naik kuda ni 1 round je ek! tak puas kot! huhuhu...


lepas tu baru la turun ke tempat memanah nih... ayah hadif suke la ni game macam ni.. baru mencabar! hiks


ni eksen je ek! sekadar posing untuk snap gambo.. kekeke...


okey, next destination............



tunggu.........

.

Tempahan Nombor pendaftaran kenderaan "WWW" mulai 30 April

.
.
KUALA LUMPUR: Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan "WWW" yang bermaksud "World Wide Web" boleh membuat tempahan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mulai 30 April ini.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, tempahan akan dibuka selama 14 hari mulai 8 pagi hingga 12 tengah hari sehingga 14 Mei depan.
"Kita telah menerima banyak pertanyaan dan panggilan telefon tentang nombor pendaftaran "WWW'. Salah satu sebab kenapa mereka mahu sangat nombor itu kerana ia membawa maksud "World Wide Web"," katanya dalam satu kenyataan. Beliau berkata, terdapat empat kategori nombor yang boleh ditempah iaitu nombor bernilai utama, nombor menarik, nombor popular dan nombor semasa.

Katanya nombor bernilai utama iaitu nombor satu angka 1 hingga 10 akan dibuka dengan harga jualan minimum RM10,000 manakala nombor menarik dijual dengan harga minimum RM2,000 manakala nombor popular dan nombor semasa masing-masing dibuka dengan harga minimum RM300.

Kong berkata, beliau percaya tempahan terhadap nombor pendaftaran "WWW" bukan saja akan mendapat sambutan hangat daripada orang ramai, malah akan mencatatkan harga tempahan yang paling tinggi dalam sejarah tempahan terhadap nombor pendaftaran kenderaan di negara ini.

"Setakat ini harga nombor pendaftaran yang paling tinggi ialah pendaftaran kenderaan "MCA 1" yang dijual dengan harga RM300,100. "Secara puratanya JPJ meperoleh pendapatan RM1.7 juta setiap tahun daripada tempahan nombor kenderaan. Tahun lalu lebih RM1.8juta diperolehi daripada tempahan nombor kenderaan berbanding hampir RM1.6 juta dalam tahun sebelumnya," katanya.

Sebubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai yang ingin membuat tempahan nombor agar mengikuti prosedur yang telah ditetapkan oleh JPJ termasuk mengisi borang dan membayar deposit yang ditetapkan.

Katanya, borang tempahan itu boleh dimuat turun dari portal JPJ di www.jpj.gov.my. - BERNAMA


Sent from my BlogBerry®

si Jantung Hati~

.
.
alololo... tomei-tomei ibu nih! geewammm lah! glove tu beli kat Fraser Hill. tak sejuk sangat pong siang hari kat atas tuh. tapi berangin, fresh air, badan rasa dingin jerk.. tak sempat peluh pon... huhuhu...


glove ni dah jadi barang kesayangan die... nak tido memalam kat umah pon pakai glove.. haii la...


heart you deep² sayang...


.

Jalan bengkang bengkok macam ular kena palu sanggup kuredah demimu ohh Fraser Hill!

 .
.
perghh... tajuk tak menahan!!! tapi betui wei... jalan die ya ampun!!! bengkang-bengkok-bengkang-bengkok.... sampai la ke atas sana nun! bayangkanlah! pergh.... tahan je la pening. tapi bila dah sampai kat atas, terus 'waaaahhhhhh.... bestnyer... macam kat negara omputih lah! dengan udara nyaman, berangin... memang asyikkkk betui....'

 perjalanan kami bermula seawal pukul 9.30 pagi sabtu lepas... terus gerak ke Gombak, amik mil dulu... ikut jalan gombak-selayang-ulu yam-kuala kubu baru. cuaca hari tu pon okey..


 sampai pekan kuala kubu, kami singgah makan tengahari dulu sebelum naik Fraser hill. makan nasi ayam kat medan selera jalan pahang nih tapi tak sedap pon.. lagi sedap aku masak kot! huhuhu...
 

perjalanan diteruskan... masa otw nak naik atas, korang akan nampak Empangan Kuala Kubu. seriyes cantik sangat! saujana mata memandang.. kalau sape nak stop kejab amik gambo pon boleh... 

lepas jumpa empangan nih, korang akan nampak air terjun chiling pulak.. tapi kat tepi jalan tak nampak lah. kena turun bawah baru nampak kot! aku rasa tempat die mesti lawa sebab banyakkkkkk giler kereta kat tepi jalan...


 okey, dah sampai dekat the gap! kalau dulu kena ikut time kan, kereta turun naik ikut masa yang ditetapkan.. but now anytime dah boleh naik sebab jalan die dah ada dua. satu naik dan satu untuk turun.


 jalan dekat the gap. kecik je. muat untuk sebijik kete sajok!


 yang ni pulak jalan untuk turun ke bawah. masa nak balik baru lalu jalan nih. nak ke Raub pon dokek.. so tak payah susah² tunggu time lagi!

.

Fraser Hill berantu??

.
.

si Manje ni tanya aku betui ke idak? isk..isk... mana la ku tahu! tapi sebelum aku pegi memang aku ada google pasal nih.. ramai kot yang cakap tapi kebanyakan denga dari cakap² orang jugak.. sampai dari mulut ke mulut. Wallahu 'alam. benda tu kat mana² pon ada kot! aku tak beranilah nak komen pasal benda yang aku tak arif! baik tanya pada yang pakar!

tapi Alhamdulillah, sepanjang kat sana kami anak beranak takde jumpa yang pelik atau ganjil. sentiasa jaga tingkah laku. jangan over sudah.. Alhamdulillah.. percutian adalah sangat happening dan kami gumbiraaa di sana...

eh, kalau korang nak percutian yang adventure, Fraser Hill ni dalam golongan mencabar gak kot! hehehe.. dengan jalan die yang bengkang bengkok, kiri kanan hutan je sepanjang jalan... dan paling best boleh feeling bercuti kat europe! kekekee....
.

kabus tebal di pagi hari... sejukkkkkkkkkkkk!
.
.

Fraser's Hill : The Famous Clock

 .
.


tempat yang WAJIB pergi kalau bercuti di Fraser Hill!

walaupun kat sini tak banyak tempat yang boleh dilawati, tapi sebab ada kawan² n family yang join sekali, percutian ni tetap happening!!! beshhhhh......

.

Cuti-Cuti Fraser Hill

.
.
Morning uolls..

Skang aku kat Gombak, amik MIL dulu then terus gerak ke Fraser! Tak sabar, 1st time ni nak jejak kaki kat sana.

Sejuk tak ek kat Fraser?


Sent from my BlogBerry®

11 April Cuti : Hari Kelepasan Am Tambahan

.
.

KUALA LUMPUR: Hari pertabalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 11 April depan diisytiharkan sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan, berkata pengisytiharan hari kelepasan am itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.


Sent from my BlogBerry®

Deco² - Cermin Ikea

.
.
cermin sakti!
.
oh, semalam beli, semalam jugak aku pasang! tak menyabar... ngeee~ thanks to my bff Leen yang sudi tido umah aku malam tadi n tolong buat ukuran bagai untuk lekat cermin ni.. sayang kamu bangat!

eh, kawan aku tido umah bukan sebab nak tolong lekat ni ek! sebab weolls jarang hangout, so kebetulan laki masing² takde, aku ajak la tido umah.. leh borak². lagi pon malam tadi kami pi tengok wayang Adnan Sempit 2. sumpah kelakar hokey cite tu.. korang patut tengok!!!!!!!

since pindah kuaters ni, aku belum lagi mendeco umah ni.. frame sume tak gantung lagi. lagi pon dok kuaters ni kan dilarang memaku sana-sini.. huhu.. tapi takat 4-5 keping tu takde hal kot! nanti nak kua ko tampal la balik lubang tu... ngehngeh... tapi memandangkan, maybe dalam 10 taon lagi kot aku nak pindah semula ke rumah yang aku beli, so kena la deco sikit² kot! sedap sikit mata memandang.. huhuhu..

kat tempat cermin aku tampal tu memang bapak lebor dinding die.. so, kena la memanjangkan cermin tu.. boleh la kot kan? huhuuh... nanti kat atas cermin tu letak la frame pape kasi naik seri... :)

aku skang just nak tanya pada sesape yang dah penah pakai cermin ni, berapa lama ek cermin ni bertahan lekat kat dinding tu? risau gak aku ni weiii.. kang silap hari bulan mau berderaiiiiii kat lantai.. kalau tak kena orang takpe... kalau kena????? cer citer.....

tq uollss....

.

Ada DUA SEBAB kenapa saya Gumbira hari ini~

.
.
SATU : sebab ayah hadif balik dari outstesen hari ni!!! yeyeh!

 liverpool fan - YNWA


karikatur hadif... ibu punya lain kali tepek kat sini.. huhuuh...


DUA : sebab esok nak pegi bercuti kat Fraser Hill!!!

http://photography.fzone.com.my/wp-content/uploads/2009/03/fraser01.jpg

 pegi Fraser dengan 3 opismate n family.. mesti havoc nih! pegi ramai² baru syiokkkk! kira cam mini family day gitew.. huhuhu...

eksited oh!!!

tapi ada berita TAK BEST! ingat tak kat ENTRY NI aku ada cakap dah book umah peranginan gomen kat Cameron Highland yang harga RM25 sebilik tu? ingat tak? ingat tak???? semalam orang BPH call cakap kena cancel book tu sebab start 1 April sampai pertengah bulan Mei depa nak renovate! semua yang booking tu depa pulangkan balik duit! adehhhhh.... baru semangat nak pegi tau! tapi nasib baik sebab bulan tu jugak aku nak pegi USS. kira terubat la sikit rasa sedih tu... huhuhuh..

.

Your AirAsia booking has been confirmed

.
.

InsyaAllah, kalau takde pape halangan sampai la kami 2 beranak ke USS. This time ayah hadif tak ikut sama. Aku pegi dengan 2 org BFF aku.. Harap2 trip ni menjadi lah sbb tiket pon dah beli. Amik flight terus ke Singapore! Pertama kali kot nak pergi LUAR negara! Huhuhu..

Eh, AA tengah promo nih tp murah utk 2 orang je lah. Aku dapat tiket pegi Singapore RM50 seorang include tax sehala. Ok la kot! Murah jugak tu.


Sent from my BlogBerry®

Cuepacs Tuntut Kenaikan Gaji RM700-RM2500

.
.
PUTRAJAYA: Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM700 hingga RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata kenaikan itu perlu dilaksanakan terlebih dahulu menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum sebarang pembaharuan dibuat menerusi Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Beliau berkata tuntutan yang dikemukakan ialah untuk Gred 1 hingga 16 kenaikan sebanyak RM700, Gred 17 hingga Gred 26 (RM1,000), Gred 27 hingga Gred 40 (RM1,500), Gred 41 hingga Gred 48 (RM1,800) dan Gred 52 hingga Gred 54 (RM2,500).

"Misalnya bagi mereka yang berada di Gred 17, gaji semasa dalam SSM ialah RM820 perlu dinaikkan sebanyak RM1,000 kepada RM1,800," katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas cadangan Cuepacs pada mesyuarat pasukan petugas semakan semula SBPA di sini, Rabu.
Omar turut mencadangkan agar mereka yang berada di tangga gaji tahap maksimum atau pada tangga gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan tahunan selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan selain perlu dinaikkan gred.

"Misalnya bagi mereka yang sudah terhenti kenaikan gaji sejak lima tahun lepas, sekiranya kenaikan setahun mereka ialah RM100 jadi perlu dibayar tunggakan sebanyak RM500," katanya.

Selain itu, Cuepacs turut menuntut mereka yang lulus Penilaian Tahap Kecekapan pada Aras 4 sebelum Disember 2011 perlu diberi kenaikan gaji.
"Banyak aduan yang diterima apabila SBPA diperkenalkan mereka yang sudah lulus Aras 4 tidak diberi kenaikan gaji. "Ini tidak adil kerana bukan mudah untuk mendapat lulus Aras 4, terpaksa berkorban baca buku siang malam tapi bila dah lulus tidak dinaikkan gaji, sia-sia sahajalah usaha mereka," katanya.

Omar berkata tuntutan Cuepacs itu dirasakan sesuai memandangkan mereka yang di kedudukan atas daripada Gred 54 telahpun menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA. "Kalau betul kerajaan berhasrat untuk merapatkan jurang antara pegawai rendah dengan atasan maka tuntutan itu adalah dirasakan wajar, apa yang Cuepacs lakukan ialah untuk menuntut kesaksamaan," katanya.

Beliau berkata terpulang kepada pasukan petugas SBPA untuk menilainya dan jika merasakan tuntutan itu melibatkan kos yang tinggi, Cuepacs mencadangkan gaji kumpulan yang menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA dikurangkan dan disalurkan kepada gred bawahan.
"Jika tidak boleh juga...apa yang terkandung dalam SPBA sekarang perlu ditukar keseluruhannya dan digantikan dengan terma-terma yang baru," katanya.-BERNAMA

Sent from my BlogBerry®

Jom tengok Adnan Sempit 2!

.
.
dah lama tak tengok wayang! last bile ek?? kalau tak, tiap² minggu setiap hari rabu tiket murah cam jadi kemestian kami sefamily pi tengok! tapi since ayah hadif dah sibuk nih, non ado masa nak pi tengok... sobss...

cam bosan pulak hubby takde kan? malam² cam bosan jek... yang hadif ni komfem lah layan tv je kejenye.. aku ni ha. kalau hubby takde mesti jadi pemalas! melepek je atas tilam. malas nak basuh kain, lipat kain.. malas basuh pinggan.. huh! semua jadi malas.. bila hubby nak balik baru sibuk mengemas! muahahah...

teringat pulak cite Adnan Sempit 2 dah nak kua.. tengok the making of filem ni hari ape ntah! macam best.. so, terus ajak membe pi tengok wayang malam esok!

 Poster Filem Adnan Sempit 2
.
Sinopsis Adnan Sempit 2

Adnan Sempit 2 mengisahkan hubungan ADNAN dan NADIA selepas berjaya mengharungi pelbagai rintagan dan halangan dalam menjayakan hubungan mereka. Ayah Nadia, DATUK ISNIN tidak merestui hubungan mereka dan meletakkan syarat yang mana dalam masa 30 hari, Adnan haruslah boleh bertutur dalam bahasa Ingeris dan merubah penampilan dirinya. Adnan yang mengalami kesusahan untuk berubah meminta bantuan BOBBY untuk mengajar dan mengubahnya. Bobby selaku kawan baik Adnan sanggup menolong Adnan.

Hubungan diantara Bobby dan WAWA juga mengalami masalah yang mana Wawa mula merasakan yang Bobby langsung tidak berubah dan tidak berusaha demi hubungan mereka. Perkara yang sama berlaku kepada Adnan dan Nadia. Datuk Isnin cuba untuk mensabotaj usaha Adnan untuk berubah dengan menghantar FENDI, sepupu Nadia untuk menggoda Adnan dan membuat Nadia merasa sangsi dengan kejantanan Adnan. Rancangan Datuk Isnin berjaya dan Nadia mula menjauhkan diri daripada Adnan. Adakah Adnan dan Nadia akan bersatu? Mampukah Wawa dan Bobby mempertahankan cinta mereka? Adakah Adnan mampu bercakap dalam bahasa Inggeris?


 tiket pon dah beli tadi kat Alamanda... huhuhuhu....


p/s : nak tunggu tiket free tak dapek la.. malas nak join contest-montest bagai.. huhuhuh

.

Buah Tangan dari Melaka~

 .
.

 baru terima resit bayaran nih Isnin lepas.

 muahahaha... sekali kena saman parking daa masa kerja sambil cuti kat Melaka dulu.. huhuhu... kena saman masa nak naik Menara Tamingsari... time tu kan cuti skolah, harus la parking takdek... tak tau la Mr. K parking celah mana sampai kena saman tu... lagi satu sebab weolls takde kupon parking tu... ngehngeh... nasib la kena RM30 jek.. dan boleh bayar tru maybank2u..


 seronok bila leh bercuti ramai² ngan ofismate n family....setahun sekali je kan? itu pon kalau ada family day lah!


 Mr. K cakap dari atas menara die dah nampak penguatkuasa saman kete.. muahahha....


rindu budak baju merah! hari jumaat ni baru balik outstesen.... pagi tadi bangun dari tido pon hadif tanya ayah mana??? sobsss.... #macam tak biasa pulak kena tinggal! haih! lepas ni SELALU la kena tinggal lagi sbb ayah hadif skang kat unit yang selalu buat kerja luar.... huuuuuwaaaaaaaa....

.

Melawat Muzium Sejarah Kuala Selangor & Taman Ikan Air Tawar

 .
.
okey.. aku janji ni last entry pasal Kuala Selangor... ngeeeee~ best jugak KS ni.. kalau la aku banyak masa haitu, mau aku tunggu sampai ke malam.. nak tengok kelip².... lama dah ngidam nak pegi situ... tapi takpe, kalau umur panjang, lain kali leh terjah lagi...

 selain dari lotong/monyet yang jadi tarikan kat Bukit Malawati nih, ada jugak Muzium Sejarah kat sini. kalau rasa panas kat luar tu, then penat melayan lotong, leh la singgah masuk dalam rasa aircond jab.. hehehe...


kecik je pon muzium nyer.... tapi ok la takat nak tau sejarah Kuala Selangor, InsyaAllah semua info ada  dalam tu...


 macam muzium² lain jugak, senjata masa zaman penjajah pon ada kat dalam ni.. 


ni pinggan yang digunakan oleh orang Belanda masa depa jajah Kuala Selangor dulu


bukan main lagi die posing~

lepas kua dari muzium, lepak² jab kat luar tengok monyet-lotong lagi sambil tunggu trem datang... skejab jek tunggu nye... oleh sebab kami beli tiket Taman Ikan Air Tawar sekali, so misi diteruskan... trem akan hantar terus ke situ.

tiket masuk sini RM2.00 tapi bosan lah.. takde benda sangat pong...


yang banyaknya kat sini ofkos ikan la kan.. itu pon letak dalam akuarium kecik² tu.. ikan pon tak berapa banyak.. kat luar tu ade la sangkar burung, merak etc... itu je la.. bosan skit kat sini...

itu je la kot cite percutian lawatan singkat aku ke Kuala Selangor... InsyaAllah, nanti kalau TERsinggah sini lagi, nak merasa ikan bakar kat Jeram pulak...

.

Komfem!! Lotong @ Monyet kat Bukit Melawati memang Over Ramah!

.
.
bila korang dah naik choo choo train, trem tu akan benti kat  satu port tu. betul² depan bangunan untuk tengok anak bulan n muzium sejarah... kat situ ada kawasan lapang. dan korang kena bersedia lah, coz lotong adalah sangat banyakkkkkk.... tapi don't worry, even depa tu ramah tamah belaka, tapi die tak kacau orang. lain lah kalau korang tengah pegang benda makan! komfem, kesekejapan jek die dah panjat atas badan.. muahahaha....

nak bergambo ngan meriam tu sbenonye.. tapi tak nampak pong.. uhuhuhu..  tempat ni memang sangat cantik untuk fotoshot!


 ada rumah api jugak!


 see! memang banyak betui binatang nih... kaler hitam pekat lak tu! tapi anak die kaler blonde cam perang² tu... bila beso bertukar jadi hitam.. eh? magic. hehehe


 dan ada jugak orang yang jual makanan untuk lotong nih... slalu orang jual makanan untuk orang kan? tapi tempat ni tak boleh lah.. rugiiii oooo... kang tak pasal² jadi habuan untuk lotong jerk.. huhuuh


 dan kami pon ada beli kacang panjang seikat RM1.00. lotong tu memang dok jeling je tau.. lepas beli tu terus depa serbu... fuhhh! hadif yang mula² semangat nak kasi lotong makan terus teriak! hahaha.. cane die tak takut, lotong tu terus serbu panjat badan die..


 pakcik yang jual makanan lotong tu suh letak kacang dalam beg aku... tu pasal Mr. K yang kena pegang beg tu.. takut aku kang lotong tu serbu kat aku pulak!!! so, tanggungjawab kasi lotong tu makan aku serah bulat² kat Mr. K je la.. aku n hadif tengok dari tepi je lah.... huhuuh...


dan bahananya, baju n sluar Mr. K sudah kotor daa... mana tak nya, si lotong² tu dok panjat badan dia ja carik makan.. habis kotor dek tanah ke mende tu... adeh... sampai je umah terus masuk mesin basuh.. huh!

.