MATTA Fair September 2012

.
.

Malaysia’s No.1 Travel Fair

7 – 9 September 2012
 PWTC Kuala Lumpur
 10am – 9pm

 

p/s : aiyayaya.... awat buat time nih??? duit gaji tinggai cukup² ujung bulan jaa.... adess....

 .

Mood Mendeco Rumah sudang Datanggg.........

.
.
tamat sudah kisah beraya aku tahun ni... dah takde stok gambar raya nak up kat belog dah.. heehehe.... tapi esok² klu ada pegi open house aku update lain la yerk... kata raya sebulan kan? ngee~ 

so, kita kembali kepada rutin harian seperti biasa... semalam aku n opismate ade pegi kedai Romantika kat Kajang sana nun... niat di hati nak cari munge-munge n perhiasan umah sikit.. aku ada beli perabot tambahan sempena raya nih... *ehem....

so, saje la nak hias skit rumah coz esok aku de buat jamuan makan sikit.. kecil-kecilan sajok untuk sedara-mara dan kawan terdekat..

jom cuci mata je lah.. boleh gila kalau dok lelama dalam Romantika tuh... peninggg~

romantika ada buat sale.. sampai bila tak tahu lah! tapi murah² la specially frame gambo... sampai 50% diskaun.... 

dan barang² yang aku beli ialah.....................
















































munge-munge dan frame... table runnner pon beli jugak tapi tak snap gambo...


munge pepel


munge biwuuu...........


p/s : mak sookaaaa!!!!

.

Jom Sambung Kisah Raya lagi~

.
.
masih lagi kisah beraya di Pendang, Kedah... 

masa tengah beraya kat umah sedara tuh, dalam kui 1 petang pakjang (adik mak aku) called. die siap pesan jangan makan nasik kat umah orang lain.. pakjang cakap die dah siap masak dah untuk lunch.. huhuhu... so, setiap umah kami stay dalam 30 minit jer.. banyak lagi umah nak pegi sebelum singgah umah pak jang...

tapi biasa la. klu mak-mak kita ni berkumpul dengan sedara-mara dia, tau-tau je la kan?? dalam kui 4 petang baru la kami sampai umah pak jang... huhhu.. lambat betui kami lunch.. tapi ada satu umah tu depa hidang bihun sup.. so tak lapar sangat la perut nih smentara nak tunggu makan nasik. oleh sebab banyak sangat umah yang kami singgah, kami siap pesan kat tuan umah takyah hidang pape.. datang nak melawat jer.. huhuhu...


ni 1st time aku sampai umah pak jang... teruk betui aku ni kan? nampak sangat jaranggggggggggg balik kampung mak aku... kuikuikui.....


sampai jer, memang dah ade makanan terhidang kat meja.. port kat luar ni untuk kaum bapak-bapak.

umah pakjang aku ni best tau.. depan umah ada tali air/parit tuh.. tepi tali air tu ada pondok lepak.. dekat ngan bendang.... best betui. angin pon banyak... suka betui aku dengan kawasan umah camni...


port ni plak untuk mak-mak melepak... sesat sorang kaum bapak kat situ.. kekekee
 .
 yang terhidang.... masakan melayu memang terbaik.... nyumnyum........


tapi aku kan tak makan ulam², sayur mayur... tengok je la... huhuhuh


sangat la mabelessss........ merembes ayaq liuq...


kawan² hadif sepanjang berada di Kedah... pakcik Afif dan makcu Jiha.... rajin depa layan hadif.. sikit² nak cium... macam baby pulak si hadif ni asik kena cium sokmo... hehehe....


syokkk la raya kat Kedah.. raya taon-taon depan nak raya kat sini lagi lah! InsyaAllah...


Published with Blogger-droid v2.0.6

Awak nampak BIRU~

.
.

arrrgggg...... tidakkkkkkkk.... skang ni asal nampak BIRU jer terus gelabah! tak senang duduk dibuatnya.... hasilnye aku terembat sudah bunga biru nih.. adeh....

psssssttt : ku sudah jatuh cinta~


Published with Blogger-droid v2.0.6

Jom Pegi Beraya!

.
.
Family aku balik Kedah masa raya ke 3. seingat aku sejak arwah tok meninggal, memang kami dah tak balik raya sana dah.. raya kat umah sendiri jer... selalu sedara-mara belah Kedah yang datang umah kami tiap kali raya.. stay sampai 2-3 hari kat umah kami.. syiokkkk betui...

tapi tahun ni, awal² lagi aku dah cakap kat mak aku yang taon ni nak balik raya kat Baling, Kedah... dah lama gilaaaa tak balik.... last aku balik 5 tahun lepas kot. mak aku slalu gak la balik sana kalau ada kenduri-kendara.. aku je yang tak ikut balik.. masa tak mengizinkan... hadif pon tak penah sampai lagi... teruk betui aku ni.. huhuhu..

masa raya ke-4 tu, just beraya umah sedara-mara terdekat jek... raya ke-5 baru pegi jauh sikit.. kami raya di Pendang dan Kota Sarang Semut, Kedah.. konvoi dalam 5 bijik kete camtu... time ni ramai dah sepupu-sepapat yang dah balik umah memasing... yang tinggal je la ikut konvoi sesame... ini pon dah havoc. best gila raya ramai² camni.. kami pegi beraya dekat 7-8 buah rumah.. beshhhhh....

ni kat umah mak sedara mak aku... best betui kawasan rumah die.. tepi bendang... kat Kedah memang banyak tanah merah ni kan?


cantikkan fotoshot kat bendang?


ohh.. rambut hadif aku dah kontotkan... nanti aku up rambut baru die.. huhuhu


padi dah menguning....


boleh nampak gunung jerai dari sini~


selit gambo ni sekeping... gambo adik² perempuan aku.. masa ni beraya kat umah makngah.


p/s : best raya kat Kedah...
.

IKAN Pemanggang Ajaib in da houz~

.
.

Pemanggang ajaib dah ada dalam genggaman yuolls... cheq sookaaa ohh!!! Mak aku memang dealer pinggan-mangkuk-periuk-belanga syarikat Menang... so aku beli ngan mak aku je la tapi x bayar pon lagi.. :-D

Tunggu mood masak mai baru google nak buat pa dengan cik ikan ni. Hehe..


Published with Blogger-droid v2.0.6

Syok Sendiri Tak Kacau Orang... lalalalala....

.
.
layan je la gambo syiok sendiri aku nih.. dah alang² ada lam henpong, aku up je la kat belog kesayangan aku nih yek... penat tau aku posing.. muahahaha... kalau meluat, sila tekan tanda pangkah kat atas tu yek... peace bebeh....








 p/s : sesungguhnya baju kuning ceria beria tersebut berjaya buat aku kelihatan GEMOKKKKKK!!!!!!

.

Juadah Raya~

.
.
seperti biasa, tiap kali raya tanpa gagal, mak aku akan masak NASI untuk hidangan tetamu... tak kisah la nasi ape.. nasi tomato, nasi minyak, nasi daging, nasi bukhari... etc... yang pasti mesti ada nasi di pagi raya :b

 dan taon ni mak aku masak nasi tomato.... nyumnyum...


air asam


jelatah


daging/hati masak hitam


ayam masak merah
 
.

Berita Sedih di Aidil Fitri


.
Semalam baca status FB adik junior masa skool dulu... 

'Belum puas aku menjadi isteri kepadamu dan kini kau tinggalkan aku.. al Fatihah.. moga kau tenang di sana sayang..'

 rasa terkejut sangat! rasa sebak kat dada.... terus teringat kat die.. even tak rapat, tapi bila kite dah kenal dan dapat tau berita sedih, memang terasa betui... tak dapat bayangkan cammana keadaan die dengan anak yang masih kecik. semoga kau tabah dik...

dan pagi ni pulak, ada adik junior publish ni kat FB.. cerita accident tu dah masuk paper metro.

 dapat rasa kesedihan yang Ily tanggung... sabar ye dik...


arwah bekerja di Johor.. Ily di KL.


ROSAK...anggota polis trafik memeriksa motosikal Mohamad Fakhrulrazi yang terbabit kemalangan, semalam.

MELAKA: Seorang guru yang juga jurulatih hoki di Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP), Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor maut apabila motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Kilometer 197.3, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran susur keluar Ayer Keroh, dekat sini, semalam.
.
Dalam kejadian jam 4.45 pagi itu, mangsa Mohamad Fakhrulrazi Baharuddin, 28, dalam perjalanan pulang ke SSBP selepas menyambut hari raya bersama isteri dan mentuanya di Cheras, Kuala Lumpur.
.
Turut terkorban dalam kejadian itu ialah pemandu Perodua Myvi, Muhammad Farid Mazlan, 27, yang parah di kepala, manakala pemandu lori, Rosli Md Nor, 37, patah kaki kanan kerana tersepit dalam kenderaannya, sementara empat sekeluarga yang menaiki Proton Iswara cedera ringan.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori dipandu Rosli merempuh bahagian belakang sebuah treler sebelum lori berkenaan dirempuh Perodua Myvi dipandu Muhammad Farid.


P/s : takziah jugak buat blogger Fillanie yang kehilangan adik tersayang. buat keduanya, kuatkan semangat! Allah lebih sayangkan arwah.. Be strong! Al Fatihah.

.

Seronoknye Beraya di Kedah | Saujana Mata Memandang.......





Alhamdulillah... tahun ni berkesempatan beraya di Kedah, kampung mak.. dah lebih 5 tahun aku tak balik... seronok sangat dapat berkumpul adik-beradik... sedara-mara belah mak memang ramaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii tak terbilang....

di samping mengeratkan hubungan silaturahim di hari lebaran, dapat jugak cuci mata dan nikmati keindahan alam ciptaan Allah... Subhanallah! Allahuakbar! menakjubkan!

semua gambar ni disnap masa kereta tengah bergerak kecuali gambo padi tu lah.. cantikkan???? gambar sekitar Pendang dan Kuala Sala, Kota Sarang Semut!

dan paling best beraya kat Kedah sebab tiap² rumah majoriti mesti ada ketupat!!! sukaaaa ohhhh! memang feberet aku tuh! kat kampung aku jarang orang buat ketupat.. ada lemang jer...


Published with Blogger-droid v2.0.6

Lemang Tepung tetap Menjadi Poooojaan Hatiku~

.
.

Hidangan WAJIB di hari rayaku......


p/s : manje, hang tengok gambaq jadi la naa.... heheehe

Published with Blogger-droid v2.0.6

Syawal 1433H | Baju Raya

.
.
 Selamat Hari Raya yuolls............

Selamat kembali bekerja... back to normal routine... sobss.....


just nak tayang baju rayaku sempena Syawal 1433H nih.... layan....

 tema pilihan taon ni ~ peach kaler...


pakai baju ni masa raya ke-4. kami raya kat kedah masa ni. eceli ni baju mak aku.. muahahhaa.... sehari sebelum raya tu, mak baru dapat baju² dari tukang jahit. masa dok belek² tu terbekenan la pulak! ape lagi? terus kenen² kat mak.. mak kasi pulak tuh! nasib saiz badan lebih kurang jer tapi baju ni takde span kat bahu.. belasah je la.. boleh gak pakai ngan tudung paridah ni! ngeeee~


baju hari raya ke-5. pakai masa nak pi beraya kat Pendang, Kedah... ceria-beria gitew....

nak bw tengok baju raya korang pulak!!

.

Sedia untuk terima tetamu Beraya~

.
.


Baru siap basuh segala mak nenek bekas kuih... Jab lagi nak kua beli barang dapo, standby kot ada yg datang mengejut. Hehehe... Jemput la dtg umah yer yuolls... Jumaat minggu depan cuti merdeka maybe aku buat makan skit2 untuk sedaramara n bffs...


Published with Blogger-droid v2.0.6

Dah balik Putrajaya~

.
.

Alhamdulillah... Dah selamat sampai Putrajaya kui 12.30 mlm td... Penatttt ohh... Smpai KL dlm kui 9 malam tp lepak umah MIL dlu. Sedih ohhh nk tinggal family kt kampung. Ye la dah 9 hari dok kampung kot.

Raya taon ni meriah skit sbb balik kg mak kt Baling Kedah. Dok sana 3 hari. Pegi beraya smpai ke Pendang. Besttt....

Tempek sekeping dlu gambo raye yer... Yg lain menyusul kemudian. Hehehe...



Published with Blogger-droid v2.0.6