Kereta hadiah Bintang Paling Popular (Shahiezy Sam) Dilarikan?

.
.
Kereta hadiah Bintang Paling Popular ditemui
  Polis menemui semula kereta Nissan Fairlady yang dicuri. - Foto Che Rani Che Din
.
Kuala Lumpur: Polis menemui semula kereta mewah, Nissan Fairlady 370Z Coupe, yang juga hadiah utama Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH2012) di Taman Skudai, Johor Bahru, selepas dilarikan dari sebuah pusat servis di Segambut, di sini, Sabtu lalu.

Difahamkan, kereta itu yang sepatutnya diserahkan kepada Bintang Paling Popular ABPBH2012, Shahiezy Sam, ditemui ditinggalkan di tepi jalan berhampiran taman perumahan berkenaan, kira-kira jam 1 pagi. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh ketika mengesahkan penemuan itu, berkata hasil siasatan tidak menolak kemungkinan kereta berkenaan, yang masih belum didaftarkan, sudah mempunyai pembeli dan sengaja ditinggalkan di lokasinya ditemui untuk diambil pembeli terbabit.


Tunggu diambil pembeli

“Polis mengesyaki kereta itu ditinggalkan untuk diambil pembelinya. Ketika ditemui, kereta terbabit menggunakan nombor pendaftaran palsu bagi mengelirukan pihak berkuasa dan orang ramai,” katanya.

Sabtu lalu, sebuah kereta Nissan Fairlady 370Z Coupe bernilai kira-kira RM350,000 dilaporkan hilang dari pusat servis Edaran Tan Chong Motors Berhad di Segambut, di sini, selepas dilarikan seorang lelaki tidak dikenali.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, kereta berkenaan dikatakan dalam proses perincian terakhir untuk diserahkan kepada penganjur ABPBH2012 sebagai hadiah utama Bintang Paling Popular. Mohmad ketika mengulas lanjut, berkata polis sedang mengesan suspek utama, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis terbabit, selain modus operandi digunakannya dalam beberapa kejadian curi kereta sebelum ini.

“Ketika kejadian, suspek dilihat memasuki pusat servis terbabit membawa bersama fail kuning dan mengambil gambar kereta itu sebelum berpura-pura mahu memandu uji kenderaan terbabit.

“Melihat ada kunci ditinggalkan dan tiada sesiapa mengawasinya, suspek bertindak menghidupkan enjin kereta dan terus memecut keluar dari premis itu. Kita percaya kereta itu sudah dijual kepada orang tengah pada harga RM30,000 sebelum dibawa ke Johor Bahru,” katanya. *info : Berita Harian online 

.
p/s : lol... kesian Sam.. belum pape kete dah hilang.. nasib jumpa balik.. sabo je la...
 .
.

8 comments:

bunga_rose said...

lawa gila kete sam.. lahaiiii jatuh chenta tengok kete tu

Zura said...

klo tak silap mlm ABPBH tu kete warna silver..ke mata aku yang kero..??

::EIDA:: said...

kompem Sam akan jual je kete ni lepas dapat... hukhukhukk

nad said...

Fairlady tuuuu!
Mesti la tan chong ganti yg lain
Yg ilang ni dh xleh guna
Ada sejarah hitam
Hehe

Karisma Izzah said...

Taman Skudai mana ni? Skudai Baru? Skudai Indah? Sri Skudai?

Semalam nampak kat berita, kertas dalam kereta tu tulis Taman Universiti. Tak tau la balai yang melaporkan atau memang jumpa kat situ.

tulis nama taman tak habis...

Imaan09 said...

beragak la nk curi pun, jgn la keta y satu mesia tau kisahnya..adoii

Jue said...

boleh pulak mcm gitue...

:: CIKVIVA :: said...

lawa giler keta tu...