Cendol Bakar Kuala Selangor Kini di Dengkil



Cendol Bakar Kuala Selangor yang masuk JJCM tu dah bukak cawangan kat Dengkil yuolls... aku tau pon sebab tengok membe check-in kat fesbuk.. huhuhu.. dan-dan tu jugak wasaps cik laki ajak pegi... 

tapi last two weeks baru dapat merasa. hewhew... lepas tengok Iron Man kat Alamanda terus terjah sini.. masa tu pon dah kui 6 lebih..


 pegi dah lewat petang, so kurang la sikit beratur nyer..


 macam² jenis cendol ada.. harga pon masih ok-ok.


 kat sini konsep die self-service yer... sila la beratur, bayar, then bila dah dapat cendol duduk la mana² meja yang kosong.


 aku memang hantu cendol pulut. 


 hubby order cendol durian.


 budak ni pulak belasah je mana²... tak memilih punya.. muahahaha....


boleh jugak order goreng² kat sini.. hubby order kueytiaw goreng.


 mee kari ni rasa dia not bad.

komen aku pulak pasal rasa cendol ni... ermmm... tak kena dengan tekak aku la. aku tanya hubby sedap tak? die senyum² jer.. so paham la... bagi kami cendol ni biasa² jer... gula merah tu dia bakar dulu so rasa pahit sikit. klu kurangkan gula merah tu better skit aku rasa... yang specialnya cendol ni sebab ada nata de coco dalam tu.


kalau rasa malas nak makan kat kedai, korang boleh jer drive-thru kat sini... 

kedai die biasa² jer.. lantai simen pon tak rata. hubby ku cakap nanti dah untung skit boleh la renovate setanding dengan nama kedai yang dah glamer ni kan?? huhu..


9 comments:

JaSSNaNi said...

owh.. cendol bakar kuala selangor.. selalu lalu je.. x penah singgah sbb not rite timing.. kini dah dekat.. leh try..

Nad MamaZN said...

Teringin gak nak try nnt

Nafira usof said...

telan air liur tengok cendol.. sedap~

mama_umar_maryam said...

wahh byk kali lalu lalang idakle tersinggah ha..

:: Cik Viva :: said...

Haritu lalu tapi igt balik nak singgah la rasa cendol ni, sekali balik dah malam..tgok bumbung jelah..hehe

~aSHa~ said...

harap perniagaan dia bertambah maju dan nanti boleh la besarkan dan tambah cawangan..suka org melayu berjaya

Tedi said...

dah pergi jugak, Master kata tak berbaloi beratur, hahaha.
Itu Master kata, kawan2 jangan terpedaya dgn dakyah Master tu.

Puteri Satu said...

akak suka.. klu letak lagi banyak gula merah tu lagi sedaapp... rasa nak g mintak tambah jek ngan akak tuh...hohoho..

g lunch hour.. tak de orang pun.. clear...

eima said...

laki aku kate taksedap...hew hew