Review Hotel Progo, Bandung



Wokeh... meh aku nak review pasal tempat penginapan kitorang masa cuti² Bandung. kami stay kat Hotel Progo selama 4 hari. untuk booking hotel nih, aku just suh company supir tu yang uruskan semua. dorang yang booking n siap bayarkan deposit dulu.. baikkkk kan? mulanya aku suh die book Hotel Kenangan. konon dekat dengan Pasar Baru lah. senang ler jalan kaki je dari hotel. tapi penuh la pulak. so, aku cakap kat company tu booking la mana² hotel tapi yang murah lah.. muahahaha.. murah tu kena mention yer.. kang die book hotel mahai pulak. dah ler kua pagi balik malam kan? rugi je amik hotel mahai :b

 hotel bajet je ni, tapi service die ok. puas hati. ramai orang mesia stay sini~


tapi yang paling best sebab hotel ni sangat strategik. dekat giler dengan Jalan Riau - penuh dengan factory outlet! FO Jalan Riau tu belakang hotel jer.. jalan kaki jer pegi sopim kat FO tuh.

wokey.. jom tengok bilik pulak.

aku amik Family Room (Triple A) - ada 1 katil queen + 1 katil single. bilik die sedang² je la.. ada la ruang nak solat depan katil tuh.


then, tambah extra bed sajok. die caj rp 100000. dalam RM32


ada almari, meja, tv. paling best tv dia ada sampai 70 channel tuh... fuhhhh..... tapi yang heran takde pulak die bagi channel indon. semua omputih. hewhew...


aku dah siap bawak adapter untuk soket bulat tuh. rupanya ade jer soket kaki tiga. senang keje mengecas. huhuhu.


bilik air die ok-ok je la... yang penting bersih.


shower die kekadang panas kekadang sejuk. tapi ada instruction kat dinding tu kena tunggu 10 minit baru shower tu panas.. kuasa ahh nak nunggu sampai 10 minit lam bilik ayaq. huhu


setiap hari dorang akan bagi 4 botol air mineral.


harga bilik Hotel Progo

harga bilik aku termasuk extra bed dalam RM166 (weekdays) / RM180 (weekend)
bilik paling murah kat sini dalam RM80 camtu.


ni bilik² kat floor aku. kami kat tingkat 1. hotel ni ada lif yer.


cermin besar kat luar bilik~


ni taman kat depan bilik tingkat bawah skali.


cafe.

sarapan kat Hotel Progo ni ada la 2-3 jenis. ada nasi kuning, kueytiaw goreng, bihun goreng, bubur nasi, roti, etc. tiap² hari die tukar menu la. 


aku tengok mak aku berselera je die makan... sedap pulak tu katanya...


aku?? jangan harap la.. roti sapu jem stoberi je aku lalu nak makan. tiap² hari makan roti jer. amik food lain makan satu sudu jer dah tak bleh blah. memang tak leh masuk tekak wei.... boleh kurus aku klu dok Bandung. tak semua food leh masuk ngan selera makyong aku nih.


hotel ni punya receptionist memang terbaik. lembut n sopan jer. very helpful.


lobi kecik n sempoi... hotel ni ada free wifi yer.. tapi lam bilik tak dapat ler pulak. kena pi lobi or cafe je la klu nak bertenet. huhuh..

overall, aku puas hati dengan hotel nih.. service pun okey. bajet ciput tak payah nak banyak songeh la khen? muahaha.. dan yang penting susana hotel pun aman damai tenteram. jauh dari bunyi bising. sederet ngan hotel banyak je kedai² makan. belakang hotel ada FO Jalan Riau pulak tuh.. nak gi mana² jalan kaki sajok. klu datang Bandung lagi, boleh repeat dok hotel nih.



6 comments:

eima said...

hmm murah la tu utk family triple kan ...

mama_umar_maryam said...

pnh gak survey2 hotel progo nih..tp klu brekfes kt indon nih mesti ade kopok kan? hehehe

Nana said...

Rege otel cam standed msia gak kan

Eyda Mazliza said...

salam kak...nk tnya, mcm mana nk book hotel progo ni?

shamsiah sam said...

SALAM KAK, MACAM MANA NAK BOOK HOTEL PROGO NI?

SAYA NAK PERGI LAGI 2 BULAN

shamsiah sam said...

salam kak, boleh advise mcm mana nak book hotel progo ni?