Shopping Baju Pregnant!



Alhamdulillah.. haini dah masuk 6 bulan pegnen adik baby.. perut pon tak besar sangat. macam hadif dulu. kecik jer... last month masa cek up JM ada tegur suh pakai baju longgar skit. muahahaha... aku still pakai baju kurung lagi pegi opis. sebab malas nak iron skirt blouse bagai. huhuhu.. tapi sebab minggu ni ada cek up, laju² ajak cik suami pegi carik baju pegnen. hahaha. kang kena tegur lagi.. :b

baju maternity masa ngandungkan hadif dulu semua tak muat kot! ye la, dulu saiz S/M. skang ni dah saiz L/XL. harus la kena carik baju baru.. ngeee~ haitu penah sevey baju n skirt pegnen kat JJ Equin Park n JJ Balakong.. sedih kot - takde baju/skirt lawa.. stok lama je semua....

so, semalam alang² bukak puasa umah MIL kat Gombak, terus ajak hubby pegi JJ Wangsa Maju (Alpha Angle) dengan harapan banyak la stok baju pegnen. hhuhuhu..........

sampai sana terus carik brand scarlet maternity. tuju tang diskaun 70% dulu. hahahah.. ye la, bak kata Nad, ada lebih kurang 3-4 bulan je lagi nak pakai baju tu kan? so, kite beli yang murah² sajok... ngeeee~


 dapat la 5 lai baju kat situ.. harga selai after less RM11.70 - RM17.70. gilerr murah khen??


Sabtu malam singgah Jom Beli Barang Raya kat Perbadanan Putrajaya. tengok kat booth Modernmum ada sale. so, rembat blouse 2 lai n skirt selai. harga dari RM30-RM50.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/jualan-barangan-dari-kilang-di-putrajaya-bermula-jumaat-ini-18963?cpkat booth Modernmum


tambah 2 lai lagi baju hadif untuk raya. murah² sajok.

so, baju-bajan untuk raya dah setel kot! dah! stop membeli yer. cukup² sudah! korang dah setel semua ker?


Shopping Baju dan Kasut Raya - Baju Anak lagi Mahal dari Baju Mak Pak!



Aku ni boleh dikatakan kedekut jugak la.. soping tu memang aku suka! tapi beli barang yang mampu milik lah.. takde la beli baju mahal². kalau beli baju sendiri pon, klu boleh carik hat paling murah.. kalau nampak ada sale 70-80% memang terjah yang tu dulu. huhuhuh.. klu beli baju anak pon kalau boleh tak mau la hat mahai sangat.. bawah RM50 pon dah kira mahai.. kalau dapat bawah RM20 lagi bagus.. muahahaha :b

semalam pegi Parkson carik baju raya Hadif. last week ada dok jenjalan usha baju raya tuk hadif. dah berkenan dah baju tu... so semalam kan gaji - terus je ajak hubby pegi sana.

ni yang baju aku berkenan tuh. terus suh hadif try test. tapi tak beli pon yang ni.


yang ni apak die berkenan... harga dalam RM70. huh! bagi aku yang kedekuit ni dah mahai dah tu. tapi sebab nak anak nampak kacak di hari raya kan? terus je beli tak pikir dah.. klu baju sendiri mau nye pikir 2-3 kali nak beli ke tidak... :b


so ini je la hasil rembatan dekat parkson semalam. tak dan nak cuci mata coz apak die nak cepat. seluar jeans budak pon ngalahkan harga slua dewasa. huh!


 
yang ni pulak beli masa soping kat Sogo bulan lepas. oh kalau nak tau, aku ni memang suka brand polo. nampak hensem je klu hadif pakai baju brand nih. :b

cadangnya esok-esok nak terjah Metrojaya Sale PICC nak carik lagi baju hadif. tapi kite carik hat murah² dah la yer sayang.. klu ada baju-sluar harga bawah RM20 lagi bagus. hahahah... banyak lagi nak guna duit nih. nak bayar tempah kuih raya, nak tukar duit raya, nak balik kampung beraya lagi, etc.


beli jugak selipar raya basahan utk hadif.. mak die dapat selipar bodyglove sajok. jadi laa.. hahahaha...

pastu singgah Converse carik kasut raya hadif. lama dah niat nak beli kasut ni. pastu hadif pulak asyik dok mintak nak kasut ada tali. nak pakai stokin katanya.. so henjut je la.. setahun sekali je khen?

nak beli kaler merah or kaler cun² skit. tapi semua takde saiz. ini je la satu²nya yang muat.. patern lain pon ada tapi lagi mahai... cecah ratusan ringgit. takpe la nak oiii.. ini pon ok jugak. nampak stylo jugak. harga kasut ni tambah 10 sen lagi cukup seratus.. kasut raya mak jugak tak beli lagi.. sobss...


lepas bayar tak sabar² terus nak pakai.. pastu jalan bukan main eksyen lagi... macam die sorang je ada kasut baru.. aku n hubby dok gelak je tengok die. huhuhuh... 

korang dah siap beli ke semua baju raya???


George Alexander Louis



The Royal baby has been named George Alexander Louis, and will be known as His Royal Highness Prince George of Cambridge.

lawa betui la Kate nih.. kan bagus klu aku pon glowing camni sehari lepas bersalin... muahahahah... berangan!


Relax jer dorang ni tayang² muka baby khen?? tak de pon nak rahsia².. tak macam stengah artis barat tu, siap jual gambar anak lagi... eksklusif la sangattt khen? eh artis mesia pon ade ape sorok muka baby! :b


Bonus Raya Kakitangan Kerajaan RM500




Alhamdulillah....


Published with Blogger-droid v2.0.10

Anak Prince William Dan Kate Middleton



Tahniah kepada pasangan diraja ni kerana telah mendapat seorang putera. Kate Middleton telah selamat melahirkan bayi lelaki pada 22 Julai 2013 jam 4:24 pm waktu tempatan.

“He’s got a good pair of lungs on him, that’s for sure,” he said of his son. “He’s a big boy, he’s quite heavy. We’re still working on a name so we’ll have that as soon as we can.” Would it be George? The Duke laughed. “Wait and see, wait and see …”


lambaian ratu.... gojes betui Kate nih. tak nampak cam baru lepas besalin.. klu kita time ni dah berkain batik + tshirt besaq, sanggul tinggi, pilis penuh kat dahi.. muahahaha...


Metrojaya Warehouse Sale PICC 2013



Metrojaya Warehouse Sale at Putrajaya International Convention Center
24 - 28 July 2013
11am - 9pm

well, seperti biasa, setiap tahun tanpa gagal - Metrojaya Warehouse Sale PICC kembali lagi!!!! ekekeke...

setiap tahun pon aku terjah nak carik baju raya kekdahnya... dah nama warga Putrajaya khen? pastu umah dekat giler kot dengan PICC, kentut pon dengo.. muahahaha...

sale die pon ok la... boleh la. harga boleh tahan. banyak jugak pilihan baju. kalau tanya persiapan raya, takat ni baju raya dah ade.. pakai balik baju silver masa wedding adik ipar last month.. jimat gitew.. tak yah membazir la khen? beli baju melayu banyak² pon pakai 2 kali setahun jer - raya puasa/raya haji. hewhew. just nak beli baju raya hadif aje. klu ada jual baju maternity aku rembat. klu takde beli kat jusco je la. huhuhu.

oh, ni entry aku yang lepas² masa terjah sale nih. 

 

Sale ni pon time gaji.. so pakat² terjah la ek... :p


Gas Petronas Home Delivery (GPHD)



semalam dapat surat dari petronas.. ingatkan surat ape, rupanya appreciation letter sebab selalu order gas petronas kat depa. 

siap dapat kad mesra yang baru lagi tu...

aku kalau gas habis memang call petronas je. senang keje. tak sampai 1 jam komfem gas dah sampai depan umah.. haitu penah skali order gas kat kompeni yang memang dok buat delivery area putrajaya... lambat kot die sampai. dah la time tu aku puasa ganti. nak masak bagai kan? aku tanya la budak tu kenapa lambat dik? jawapan die menyakitkan hati betui. tau la banyak umah ko nak anta gas, tapi hati customer kena jaga jugak. so start dari tu memang aku order dari petronas terus. cepat dan mesra! yang penting dapat point dalam kad mesra hokey! i loike...


siap dapat fridge magnet lagi.. gambar 3 orang abang macho gitew.. ko hadooo? ngeeee~


Menu Iftar 6 & 7 Ramadhan



nak share ngan korang lauk-pauk yang aku masak untuk bukak pose. mana tau leh bagi inspirasi untuk korang khen?? :b masa mula² pose haitu memang aku tak masak pon coz incik suami outstesen. memang hari² makan lauk beli je la. tapi since suami dah ade kat umah ni, harus turun ke dapur ler.. ala, bukan masak beriya pon. satu jenis lauk dan satu jenis sayur. itu pon dah lebih dari cukup.


Menu Iftar 7 Ramadhan

Ayam masak serai... boleh tengok resepi kat SINI yer.



Sayur Bening Bayam


Menu Iftar 6 Ramadhan

ikan kembung masak singgang


sayur kangkung takde belacan. huhuh...

simple je kan? tapi InsyaAllah kenyang dan menyelerakan.... ngeeee~


WW ~ Membazir itu Amalan Syaitooon



 "Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."

[Surah al-Israa : 27]


Kari Kepala Ikan Bawal



Petang² nih meh nak share resepi kari kepala ikan... kot la boleh bagi idea kat korang nak masak untuk bukak puasa ni kan? tapi seriyesly kalau masak benda bersantan camni time puasa memang aku tak boleh nak main agak² ape rasanya. huhuuh... terlebih masin ker, tawar ke - pasrah je ler...

kari kepala ikan ni aku masak sebelum puasa haitu. 1st time buat kari ikan bawal. sedap gilaaa ikan ni klu buat kari. suami makan tak bunyik dah. kusyuk jer.. hahahah.. klu pegi eonbig Alamanda pastu ada ikan bawal or siakap murah² memang aku beli. selalunya harga ikan sekor RM4.90 camtu.

Bahan-Bahan
1 kepala ikan bawal
bawang merah
bawang putih
daun kari
1 sudu kecil halba campur
1 sudu besar cili kering kisar
santan pekat
1 paket rempah kari ikan Babas
garam
air asam jawa
.
Bahan Kisar
1 biji bawang besar
3-4 biji bawang merah
4 biji bawang putih

Bahan Mayang
1 labu bawang besar dimayang halus
3 biji bawang putih
Cara Memasak
- Panaskan minyak dalam periuk dan tumis semua bahan kisar dan bahan mayang bersama halba campur serta daun kari .
- Masukkan cili kisar tadi dan kacau hingga cili masak .
- Letak rempah kari dalam mangkuk dan campurkan sedikit air dan kacau. kemudian tumis dalam periuk . Rempah kari sentiasa dikacau supaya tak hangit. Biar rempah masak dan terbit minyak.

- Bila rempah dah masak boleh masukkan santan dan kacau. jika kuah terlalu pekat masukkan sedikit air dan kacau sebentar. pastu masukkan air asam jawa. then masukkan kepala ikan tadi kemudian kacau . Biarkan hingga kuah mendidih kemudian  letak garam. perasakan ikut tekak masing². :b

p/s : tetiba hari ni teringin nak masak ikan singgang. huhuhu


Lunch di Warung Bunian~



Minggu last before puasa haitu sempat lunch dengan geng² opis kat Warung Bunian. dah banyak kali plan nak pegi tapi tak terpegi... penah call untuk booking dulu, lama dah.. call dalam kui 11 pagi camtu kot. tapi dah penuh yuolls... fully booked gitew. huhuuhhu.. giler kuat betul penangan warung bunian nih... so, nak tak nak sebelum puasa harus terjah jugak lah. kang kempunan. :b

warung ni just ada breakfast n lunch je yer.. aku penah pegi sarapan kat sini dgn hubby. boleh tengok entry nih. memang sedap nasi lemak n roti canai die... untuk lunch pulak tiap² hari menu bertukar. menu masakan kampung gitu. memang rasa macam mak² kite masak! mabeles!! harga adalah RM13/head.


macam kami pegi haitu ada udang galah masak lemak, ikan keli goreng, ayam berlada, sayur taugeh n sambal belacan. air pulak order satu jug jus asamboi.


udang galah ni paling best! 5 orang makan, setiap orang dapat la 2-3 ekor. ok la tu.


ikan keli goreng


ayam goreng berlada.

menu die memang macam menu kite masak kat umah kan? memang puas hati. lepas raya ni ingat nak terjah lagi. huwahuwahuwa....


On Going~

 .

Alhamdulillah... rezeki Ramadhan... ada 5 BE tengah running untuk bulan Julai nih...

BE KL Sogo bawah skali tu baru dapat semalam. dah naik singgit. ok la tu... ngeee~
.
klu ikut total earnings tu dah boleh cash out dah bulan ni... tunggu ujung bulan lah.. hehehe...

.
p/s : yeay! incik suami dah balik! takde la sahur n berbuka sowang² lagi..... ♥

.

Sg. Dua Char Koay Teow Telur Ayam dibasuh



balik dari soping ikan masin kat Tanjung Dawai, kami dalam 6 bijik kete terus gerak ke Perai coz malam tu menginap kat hotel area situ. otw ke hotel singgah Sg. Dua Char Koay teow Cawangan Kg. Jawa - tepi hiway tuh. hubby yang beriya ajak makan kat sini. lagi pun die yang nak belanja makan :b

 telur ayam dibasuh katanya~

 hari tu tukang amik order cakap ada dua menu jerk - char kuey tiaw dan nasi goreng udang sajok yang ado.. tak kisah la asal boleh rasa ckt die yang dikatakan sedap lagi femes tu khen? before dis masa bercuti kat Penang bulan Februari haitu penah makan Sani char kuey tiaw. sedap jugak!


Sg. Dua Char Koay Teow Telur Ayam dibasuh.
kuah melimpah ruah. memang sedap! satu pinggan tak cukup noks.


 nasi goreng udang pon sedap. tapi aku tak tahan die punye pedas. makan sikit² sajok.

so far puas hati makan kat sini. food sedap, servis laju. total makan malam tu dalam RM160++. dalam 20 orang jugak yang makan.



Shopping Hasil Laut di Tanjung Dawai, Sungai Petani



Last week kan wedding adik ipar aku belah pengantin laki kat Sungai Petani sana.. so lepas kenduri tu kami pakat² terjah Tanjung Dawai nak soping hasil laut. kan dah nak puasa, masing² nak cari ikan masin. pembuka selera time sahur katanya.... eceli aku memang tak tau pape pasal Tanjung Dawai ni. huhuh.. 1st time kot sampai sini. makcik² aku la kecoh ajak pegi sana. so ikut jer ler..

Tanjung Dawai ni macam perkampungan nelayan. so, memang banyak la hasil laut jual kat sini - ikan masin, sotong kering, belacan, ikan bilis, keropok, etc. harga pun murah dan yang penting masih segar.


 stop kat kedai tepi jalan ni usha apa yang patut.... tanya pakcik peniaga kat situ katanya barang kat kedai² tepi jalan ni lagi murah coz kedai sendiri, dan hasil laut pun buat sendiri. kalau beli kat kompleks/arked tu mahal sikit coz kedai kena sewa. so tak salah tempat la kami soping kat sini. huhuhu...


 3 pek RM10. macam² ada boleh campur.


 beli ikan masin belanak ni buat stok sahur.. feberet nih..


Arked Tanjung Dawai. berderet kedai kat atas tu. aku tak turun. tunggu dalam kete. malas dah nak bejalan. lagi pun dah beli apa yang perlu kat kedai tepi jalan tu. sama aje yang dijual pon. harga je lain kot.
 
 
 sementara tunggu makcik² sambung soping, hubby bawak hadif lepak kat jeti tanjung dawai. oh dari jeti ni boleh naik bot ke Pantai Merdeka yer.. tambang RM2. perjalanan pon dalam 3-4 minit sajok.

 
Published with Blogger-droid v2.0.10

1 Ramadhan



Alhamdulillah... dah kui 3 lebih pon.. perut masih bertahan. takde bunyik² pun. klu hari biasa jangan harap la... baru pas lunch, perut mintak isi lagik. tsktsk... cuma tak tahan ekon opis sejukkkk sangat! baby dalam perut ni pun cam memahami ibu die puasa :b. sabo yer baby, tinggal bape jam lagi.. nanti kite makan yer....

 ni gambo bile ntah aku tepek balik sebab nak bagitau lebih kurang gini la aku sahur tadi. cuma tambah ikan bilis goreng jer.. ini pun bagi aku dah menyelerakan.. ye la.. dah la sahur sorang². hubby outstesen. sobsobss... 

malam tadi dah ajar hadif niat puasa untuk sebulan. pagi tadi masa die tido aku dah bagi susu. laju je die minum. tapi aku rasa hadif kat skool tak puasa pon. takpe la, kecik lagi taknak paksa. ramai parents slalu focus suh anak puasa dari 4/5 taon siap bagi reward klu puasa penuh tapi tak tekankan suh solat. acaner?


rezeki 1 Ramadhan. dapat kurma free. Alhamdulillah...

haini ingat nak masak sambal sardin je la.. pastu goreng ikan masin yang beli kat Tanjung Dawai last week.. nak singgah param malas la pulak. tak sempat lagi nak beli barang dapo. last week kan pegi Kedah adik ipar kawin, pastu singgah kampung makan durian. isnin baru balik Putrajaya then malam tu hubby kena outstesen. so, makan je la apo yang ado. huhuhu


Marhaban Ya Ramadhan...





Alhamdulillah... diberi kesempatan bertemu lagi bulan Ramadhan tahun ni... semoga diberi kesenangan dan kesihatan yang baik untuk puasa full taon ni.. dulu masa pegnenkan hadif aku tinggal puasa 2 hari rasanya. huhuhu... harap taon ni dapat la puasa penuh.. InsyaAllah....

kepada teman² belog n readers, aku mohon maaf di atas kesalahan dan tutur kata... ampunnnn.... Selamat menunaikan ibadah puasa untuk semua....

p/s : hari pertama ramadhan kena sahur n bukak puasa sensorang.. incik suami outstesen seminggu... redha je la.. T____T

Cheque Ke-10 Nuffnang OTW


hip hip hooorayyyy!

kali ni dapat RM147.57. ok la tu khen? :b

ohh.... esok aku cuti sampai la Isnin.. nak ke Sungai Petani - wedding adik ipar belah laki. then balik kampung coz Batu Kurau skang musim durian.. yeay!!!! pulun makan before puasa :b


Checkup 20 weeks

 

Pagi tadi pegi monthly checkup. now dah 20 minggu. Alhamdulillah... Lama btui kat klinik tadi. setel semua pegi jumpa doc untuk scan pulak. naik lenguh bontot mak ni ha.. penat duduk. huhuhu...

tak berapa nak clear sangat lah scan kali ni... takpe, nanti kite pegi wat scan 4d. ahaks

dok tunggu jugak kot doktor nak bagitau gender baby ke ape kan. tapi doc cakap 'ala... tak nampak la anu die. baby kepit ngan paha' huhuuh..

Monsters University



hari rabu last week lepas balik keje bawak Hadif pegi tengok wayang kat Alamanda. tayangan kui 4.50 pm, tapi kui 5.15 baru kami masuk. cite baru je start. okey la tue. pergi berdua jer dengan dak hadif, ayah outstesen tak balik lagi... tak tahan dah telinga mak ni ha anak asyik merungut nak tengok cite raksasa biru. hewhewhew.

cite die okey la, not bad. tapi yang tak bestnye kat alamanda ada tayangan 3d jer. sakit mata mak ni ha pakai spek... kadang pakai kadang bukak. tak best ar. tak puas! yang si hadif langsung tanak pakai. komfem ler tak clear skrin tu kan?


pegi eonbig ada sale susu dak hadif ni ha. siap sekali ngan free gift. gagah beli jugak la kotak besar punya sebab nak free gift tu. huhuhu.. eh, hadif still isap botol lagi yer.. tak kisah la klu ada orang cakap dah besar pon isap botol lagi. ada aku kisah? anak aku bukan anak ko! :b asalkan die nak minum susu. atlis khasiat susu tu masuk dalam badan die. dah la jenis tak mau makan nasik sangat. satu minggu satu kotak. so sebulan memang 4 kotak susu untuk dak hadif. huhuhu... kalau hari skolah minum susu time balik skool n time nak tido. tapi hari cuti mau 4-5 botol die minum. huhuhu...


ni ha free gift susu tu.. mak yang beriya nak beli.. anak cool jerk. muahahaha....


sling bag monster university untuk anak.. mula² jer die semangat ke hulu ke hilir ngan beg nih.. lama-lama peram je la kat dalam bilik tu sampai berhabuk. uhuks :b


Wedding Umairah & Aizuddin



hohoho.. lepas lunch baru nak update.. monday blues lol :b

Alhamdulillah, dah setel pon wedding adik ipar kat Gombak hari Sabtu lepas... semuanya berjalan lancar... minggu ni wedding belah pengantin lelaki pulak kat Sungai Petani sana.. so, Jumaat ni aku cuti lah coz nak gerak ke Kedah pagi tu... hari sabtu wedding nye, then after wedding check in hotel kat Penang coz family in law nak jenjalan ke Penang katanya...

so, layan gambo je la yer.. malas nak taip baru pas lunch la katakan.. ngantuk :b

Selamat pengantin baru Hadif.. eh mana pengantin pempuannye? ngeeeee~


aku tak sempat snap pon gambo pengantin. ini pon hadif yang tangkapkan. huhuhu


tema adalah silver + pink belacan yer... pengantin pakai kaler pink belacan, so family members pakai silver lah.. dan ini la jugak baju raya kami anak-beranak. huhuhu...


dah nampak sikit kan perut aku??? tak tau la raya ni muat lagi ke tak baju nih... takut senteng kat depan jer.. huhuhu...


tokma n tokba hadif aka maklang hubby. hadif memang manjaaaaa sangat ngan dorang.


3 generasi - atok, pakngah n hadif.. ayah hadif takde masa ni, pegi mana ntah.. huhuhu...


hantaran dari pihak perempuan...

so now boleh focus on puasa, raya n baby. heheheh.....