Gambar Raya 2013



wokeh.. baru sempat transfer gambo pagi tadi... ni gambar raya dari official photog yer... muahahaha.. siap ada gambo rasmi lagi... kekeke.. snap pon guna timer jer. letak kamera atas meja. hahaha... kang tak cukup ahli plak klu salah sorang yang snapkan...

well, seperti biasa cam taon² lepas, raya pertama mestila kat kampung aku... kuasa veto gitew.. laki sayang bini khen?? :b

taon ni Alhamdulillah, semua adik-badik dapat kumpul skali.. lagi pun yang kawin baru 2 orang.. aku tiap² taon memang raya kat belah aku... makteh hadif jer yang gilir² raya ngan laki die...


keluarga saya~

muka memasing dah belemoih sakan.. snap gambar ni pon dah petang. dalam kui 6 camtu... ye la, pepagi lepas smayang raya tu adik² bujang aku memang tak lekat kat umah dah.. merayau sampai mana ntah.. nak tunggu semua skali ada baru nak tangkap gambo.. dalam kui 6 baru semua ada kat umah. ada yang siap tukar baju dah.. skali ngan bapak aku kena paksa pakai balik baju raya.. hahaha... sabo je la..


3 + 1   ^____^



Kaki Novel



 novel terbaru yang aku beli.. :b

tak tau la apsal skang ni jadi giler betul baca novel... yang pasti sejak pegnen ni lah... suka sangat! bak kata CikMot, klu pegnen baby girl memang gitu. die dlu pon camtu jugak hantu novel time pegnen iris.. hewhew... tengkiu ye cikmot sebab pinjamkan novel² ko yang menggunung tuh.. dalam sehari pon aku boleh abiskan satu novel.. fuhhh... laki aku kekadang bising jugak sebab nampak aku khayal sangat kot! mengelamun lebih! amik feel konon jadi heroin dalam novel tu... :b


Published with Blogger-droid v2.0.10

Adik Baby #27 weeks ~ Boy ke Girl???



 semalam pegi scan 3D/4D dengan Jezzlyn kat Poliklinik Annisa, Seri Kembangan. Alhamdulillah... baby semua okey. tak sabar nak push je ni. InsyaAllah. heheheh....

tengok gambo baby je la ek... semalam time scan baby tengah tido.. susah betui mau kejut. tak nak bangun jugak. haih. klu scan tak nampak muka klinik tak caj yer. free sajok. total untuk 3d/4d scan adalah RM120.
.
 tengok tu.. tido je kejenye adik baby nih.. :b


 ikut idung mak ke idung bapak nih? ngeeee~


 menguap pulak...

so, mesti korang nak tanya boboy ke gegirl kan???? soalan wajib! :b
korang nilaikan la sendiri yek...




















































 B or G?

sepanjang scan smlm memang mengangkang je keje adik baby nih... malu mak tau dengan jezzlyn tu.. huhuhuhu... :b



Muzium Lilin Pertama di Malaysia




PEMAJU hartanah I-Bhd memperkenalkan muzium lilin interaktif pertama di Malaysia yang dipenuhi patung lilin bintang terkenal dunia, dan dijangka akan menarik 30,000 pengunjung setiap bulan selepas ianya mula dibuka kepada orang ramai, esok.

Muzium dengan tema permaidani merah seperti di anugerah berprestij Oscar itu mempamerkan 100 patung lilin personaliti terkenal mengikut enam tema iaitu Ikon Dunia, Selebriti, Bintang Sukan, Buku Rekod Dunia, Bintang Kafe dan Interaktif.

Antara patung lilin yang dipamerkan di muzium itu adalah Perdana Menteri Malaysia pertama Tunku Abdul Rahman, pelakon Bruce Lee, pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei, pelakon Hollywood Daniel Craig dan Angelina Jolie serta ramai lagi.

Muzium seluas 30,000 kaki persegi itu turut dilengkapi kafeteria untuk pengunjung berehat serta kedai cenderahati. Sempena pembukaan muzium tersebut, i-City menawarkan harga tiket promosi, iaitu pakej keluarga RM180 bagi dua orang dewasa dan dua orang kanak-kanak.


Harga tiket biasa bagi dewasa adalah RM100 seorang dan RM50 seorang bagi kanak-kanak manakala bagi pemegang MyKad, harga tiket adalah RM80 bagi dewasa dan RM40 bagi kanak-kanak.  

(sumber : http://www.sinarharian.com.my/muzium-lilin-pertama-dibuka-1.191999)
  
http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.188524.1375232324!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_490/image.jpg
 
http://www.utusan.com.my/pix/2013/0621/Utusan_Malaysia/Korporat/ko_03.1.jpg

p/s : bagi aku harga tiket adalah MAHAL. tak pegi pon takpe... hohoho...

Gambar Raya~



layan gambar raya ni dulu yerk.. snap guna henpon jer. gambor dalam kamera tak sempat nak transfer lagi... nengok ler nanti. huhuuh... time ni pegi beraya kat umah sedara kat kampung sebelah. kampung tu memang kawasan bendang. cantik sangat!

 3 beradik. aku paling tua dan paling pendek. huwaaaa~~


 hadif dah tukar uniform time ni. pakai baju biasa tapi sebab nak pegi beraya aku paksa suh pakai baju melayu balik. itu pon die tanak butang. panas katanya.. hai la...


 26 minggu suda. so far semua ok. HB je low. T___T berat pon tak naik banyak. syukurrr. klu tak jenuh nak kuwuss balik.

p/s : haini ada jamuan raya kat opis. makan.makan.makan. yeay!!!


Wordless Wednesday | Lemang Tepung




 
Wajib di Hari Raya~~


Published with Blogger-droid v2.0.10

Bekalan dari kampung~



Haiiii korang..... Selamat hari rayer.... Dah ada yang masok opis ker??? Aku otw balik key ell. Skang baru kua tol taiping. Harap2 tak jam lah.

Cam biasa klu balik kampung mesti ada bekalan mak bagi utk bawak balik. Durian dah tak banyak. So tak dapat la nak tapaw. Huhuhu.

Iftar.Iftar.Iftar


Haini update secara pantas... dok kat opis pon tak senang duduk dah nih.. lambat betui rasa jam bergerak... haini aku halfday - mau balik kampung suda... yipppieee!!!

Meh nak tayang antara juadah berbuka aku sempena bulan Ramadhan nih... aku ni takde la tiap² hari masak.  tengok mood jugak. klu rasa malas aku beli je lauk kat param sana... makan luar pon 3-4 kali je kot..


haitu hubby ajak makan luar... menu pertama yang aku pikir adalah ayam penyek wong solo... lama dah tak pekena.. nikmat betui! bukak pose lite² dlu kat umah. dalam 8 lebih baru gi wong solo bangi.


abang aku tetiba nak datang bukak pose skali kat umah.. so, sempat ler masak sup ayam, ikan masak berlada n ayam paprik... then beli murtabak n ciken wings kat param.


ari sabtu baru ni family belah hubby bukak pose ramai² kat umah makteh sungai merab... meriah betui rasa cam raya.. penuh meja ngan lauk pauk. belum masuk kuih-muih lagi... kenyang sampai sendat perut. muahahaa...


hadif tetiba teringin makan pizza pulak... haiila anak.. over betui! mak die yang pegnen nih takde pon ngidam nak makan macam². huhuhu... so hubby tapaw makan kat umah sajok.


makan la kami 3 beranak.. itu pon tak terabis.. sendat suda pewut. huhuhu...


p/s : Selamat Hari Raya yuolls.... pada yang balik kampung haini cam aku, semoga selamat sampai ke destinasi....


Published with Blogger-droid v2.0.10

Buka Puasa di Nando's Alamanda



hohoho.... malas betui nak update blog... bertambah lemau bila pi opis senyap sunyi.. dah ramai yang start cuti raya.. T__T. aku balik kampung esok petang. amik halfday je la esok.

wokey, haitu ada pegi bukak pose kat Nando's Alamanda. dalam kui 5.30 pm camtu gi sana. cadangnya nak makan kenny rogers. tapi fullhouse la pulak. ramai dah yang booking.. so try dekat Nando's pulak.. ada lagi kosong tapi katanya kui 6.30 pm dah kena ada kat table. klu tak tempat tu die kasi kat orang lain lol.


amik set buka puasa nih... harga RM56 untuk dua orang.

ni la setnya. siap ada desert kek lagi.. ala, lebih kurang cam kek batik jer.. huhuhu

set spicy rice untuk incik suami...

aku amik set mediterranean rice


then dapat free packet raya.. dalam tu ada baucer RM5 setiap sampul. ok la.. lepas raya kita pi makan nando's lagi.. ngeeee~

nyway, aku amik kesempatan ni nak ucap Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat readers blog nih.. maaf zahir batin. 0-0 la kite yer... :b hati² di jalan raya... biar lambat asal selamat. ingatlah orang yang tersayang ♥