Page Kami Benci Bini Mat Yo



Semua orang tau kot ape crita paling hotzz skang nih! bukak je fesbuk, itu la cerita yang buat penuh wall aku pon. huhhu.. aku dah tengok video tu, n rasa cam wth?? tsktsk... malas nak komen pape. tunggu dan lihat je la ape yang jadi seterusnya...

page ni pon skejab je dah 64K orang like. tsktsk


dan gambar ni bagi aku memang betul² kelakar. senyum sengih je aku tengok. :b


p/s : satu lagi berita baru dengar,
betui ke harga minyak naik lagi????????????


Gila Shopping Online!



Kegilaan soping online datang balik.... muahahaha... klu dulu aku gila soping kat thepoplook beli blouse n dress. pastu gila beli tudung paridah kat group FB... then bila dah pegnen kegilaan tu dah kureng dah... ingat dah stop la kan?

tapi since bulan Julai, gila tu dah datang balik! muahahaha... datang penyakit gila soping kat MPHOnline pulak.adehhh.... boleh kata dalam sebulan tu 2-3 kali jugak soping kat sini. skali beli bukan sebijik novel, tapi 2-3 bijik. huhuhu.. so dalam sebulan ada la 5-6 novel yang dirembat. nasib la mphonline slalu buat sale. jimat banyak dah kat situ dari beli kat kedai. dah skang ni aku jadi pengunjung setia mphonline dah. hari² nak datang melawat tgk novel² diskaun. tsktsk.

buku² terlaris ni dah selamat jadi koleksi. semuanya terbaik!!! sila beli!

dan sejak berjinak baca novel nih, aku dah ada pon penulis feberet aku. paling aku suka ofcoz Melur Jelita. terbaikkkk kot semua novel² dia. lain dari yang lain. bukan pasal cinta semata. then aku suka Evelyn Rose n Rin Ahmad. pagi tadi pon sempat beli novel lagi. minggu depan la kot sampai. huhuh..

p/s : cuti hujung minggu ni dah ada 2 novel untuk dikhatam. tak keluar rumah la nampaknya. huhuhu... lagi pon skang dah tak larat nak berjalan. malas! hari rabu haitu kua jugak la pegi Manjaku Bangi beli barang baby. klu ikut hati memang nak landing atas katil je manjang. huhuhu...



Rombongan Cendekiawan Educare ke Aquaria KLCC



hari Sabtu lepas Hadif ikut skool trip ke Aquaria KLCC. aku dah penah bawak hadif pegi Aquaria last year, tapi pengalaman die ofkos tak sama kan klu pegi dengan cikgu n kawan². so, dengan rela hati aku ok jer hadif ikut rombongan tu. kena bayar RM50.

dalam kui 8.15 pagi aku dah terpacak kat depan skolah. bila bas dah datang ingatkan boleh terus gerak. sekali satu parent ni hantar anak die lambat kot! dekat sejam gak tunggu anak dia.. tsk tsk. sabar je la. tak pikir orang langsung! elok je anak dia sampai, bas terus je gerak. dah la dengan aku tak makan dan tak mandi lagi. kena berdiri terpacak tunggu bas lagi.. hampesss....

gambar² kat bawah ni cikgu hadif yang wazap aku. sorang cikgu kena jaga 3 orang murid camtu.. 

hadif siap request nak duduk ngan danish naufal dalam bas. ke main hepy muka dia.





dekat kui 6 pm jugak sampai Putrajaya. lepas pegi Aquaria dorang lepak kat Taman Tasik Titiwangsa. balik tu ingatkan si hadif excited la nak cite pasal trip tu. tapi knowing hadif, takde maknanya die nak cerita. klu balik dari skolah tu aku tanya hari ni makan apa? belajar apa? mintak maaf la die nak jawab... buat muka bosan lagi ada.... anak oh anak. sabar je la...

sampai umah jer terus cite karton dicariknya. aku tanya pon die malas nak jawab. hurmmm... tapi aku tau mesti die enjoy sangat! pengalaman pertama tu dapat naik bas nadi putra.. huhuhuh...


**************************

aku tak penah tepek gambar² masa kami 3 beranak pegi Aquaria last year.. ada satu entry je aku buat. tu pon pendek je entrynya.. so, alang² haini terlebih rajin haini, aku nak jugak tepek kat sini gambar tu.











ni harga tiket yang aku amik dari website Aquaria. cam dah naik harga jerr... taon lepas pegi harga lain... naik RM3 camtu.


dan aku tak tau la relevan ke tak lagi cara ni. last year tak silap aku harga tiket RM35. then aku tunjuk pas kerja gomen dapat la RM28. so tak sure boleh guna ke tak lagi pas kerja tu untuk dapat diskaun. korang try la erk tanya kat kaunter tu boleh dapat diskaun ke tak. huhuhu....


Published with Blogger-droid v2.0.10

School Trip to Aquaria KLCC





Abang Hadif ada lawatan ke Aquaria haini. Gerak dari skolah tadi kui 9 lebih camtu. Ikut jadual patutnya kui 3.30 ptg tadi da balik tp baru mesej cikgu hadif depa kt kl lagi. Huhuhu. Kui 6 pm jugak la agaknya sampai putrajaya. Tak sabar tunggu anak balik. Mesti excited die bercerita nanti. ;-)


Published with Blogger-droid v2.0.10

Gila Novel!




Ok. Dah tahap addicted sudah! Semalam baru sampai 4 lagi novel yg aku beli tru mphonline. Diskaun 30% beb. Berbaloi². Klu before dis asik nak pinjam novel orang je kan, now teringin plak nak kumpul buat koleksi sendiri. Baca la sampai lebam. Huhuhu. Pas beranak ntah² dah tak de masa nak bukak novel. Dok kelek anak manjang. Ye dop? harap² la baby lam perut ni bila besar esok rajin membaca cam omaknye. dok pulun baca novel je sepanjang 2nd pregnancy nih. huhuhu


Published with Blogger-droid v2.0.10

Live ~ Cheringin Hills Janda Baik





Now dekat Janda Baik. Tengah meriki tempat untuk meeting opis/family day bulan Disember ni. Tapi aku tak leh join la. Tak abis pantang lagi time tu. Huhuhu. So dapat datang haini pon kira ok la.


Published with Blogger-droid v2.0.10

Air Asia 1 Million Free Seats 2014




1 juta Free Seats Air Asia datang lagiiiii............ (konon :b)

aku dah try usha tadi... ok la.. kira murah jugak la promo tu even tak jumpa pon yang free seats tu... huhuhu... tadi tengok tiket pegi balik ke Kota Kinabalu RM52 pergi-balik. pegi Bandung RM96 pegi balik. kira murah la tu.... tapi tak boleh decide nak pegi ke tak.. ye la.. selagi tak beranak nih, tak berani nak buat plan pape.. lagi pun next year abang aku n adik ipar nak kawin. pastu kalendar cuti skolah 2014 pon tak ada lagi.. anak dah skolah kan? susah skit nak skip² skool cam skang. huhuhuh....

sape jumpe tiket murah lagi? cer citer destinasi ape!


Backyard Monsters Dinosaurs Putrajaya



Last week sempat terjah Backyard Monsters Dinosaurs kat Marina Putrajaya (Pusat Maritim Putrajaya). sebelah je dengan Hotel Pullman tu... dekat aje pon dengan umah... sekentut sajok. :b lagi pun dah janji ngan hadif nak bawak die pegi tengok dinosaurs....

aku ajak adik aku temankan.. dah tak larat nak berjalan sangat, adik aku ada boleh la dia layan hadif berlari pusing tempat pameran tu...


Harga tiket dewasa - RM10
Harga tiket kanak² - RM6
pintu masuk pameran


kafe pon ada kalau nak minum². kecik je la pon.



tempat pameran ni die buat dalam dewan. kecik je aku rasa. sekejab je jalan dah habis pusing semua. rasa cam, eh?? dah abis? LOL. macam mahal jerk bayar RM10 tuh.. huhuhu... tapi ok la pameran ni. not bad. real la jugak sebab ada sound effect dinosaurs tu dan binatang tu boleh gerak² kepala n ekor lagi... pastu kesian jugak kat budak² kecik sebab terkejut kot dengar bunyi binatang tuh. siap menangis pon ada. huhuhu...

p/s : Pameran ni start 31 Ogos 2013 dan berakhir pada 28 Februari 2014.. lama gila. taon depan baru abis pameran ni. huhuhu


Chicken Pox




hari selasa cam biasa anta hadif pegi skool.. then baru perasan ada bintik² merah kat dahi dia.. pastu aku tunjuk kat cikgu hadif. cikgu die pon dok belek-telek badan hadif... pastu cikgu tu cakap sah kena ciken pox. sebabnya budak kelas hadif ramai jugak yang kena. memang sah! memang dah berjangkit. hohoho...

lepas tu terus bawak hadif pegi klinik.. aku tanya takpe ke saya tengah pegnen nih takut berjangkit skali. MA tu cakap nak buat macamana. dah anak. tawakal je la.. huhuhu... 

haini mak mertua tolong jagakan hadif kat umah. daun semambu pon dah amik. dah mandikan dengan daun tu start semalam. selalu berapa hari ek klu kena ciken pox ni? next week hadif ada lawatan skool kat Aquaria. kesian pulak die klu tak dapat ikut. tiap² hari die sebut nak pegi sana. excited nak pegi naik bas ngan kengkawan. padahal aku dah penah bawak pon die pegi sana. huhuhu...


Sukan Tahunan Cendekiawan Educare 2013





Penat ohh.... Balik dari sukan skool hadif tadi terus bungkang. Padahal bukan tunggu sampai abis event pon. Kui 11 pagi dah cabut lepas abis games hadif. Huhuhu... Hadif sampai skang x bangun tido lagi. Penat sangat kot! :-P


Published with Blogger-droid v2.0.10

Jamuan Raya DCA~



aiyakkk... malas betui nak update belog skang nih.. takde mood, takde idea, takde bahan. hewhew... klu dapat update seminggu skali pon dah okey sangat! :b

dalam henpon aku ni ada la gambo jamuan raya opis last week. so boleh la aku update kat sini. pastu gambo tu leh kasi delete trus. huhuhu...


Majlis Ramah Mesra Aidilfitri dan Kemerdekaan.. merdeka raya gitew....


slalu buat kat dewan bawah opis jer...


makyong² nampak biru hari tu.... akak sebelah aku tu tengah kira hari nak belah perut jer.. masuk ni dah 4 kali czer... huhuhu... moga semua selamat yer kak! :-)


gerai sektor aku.. deco simple² sajok...


gerai kami jamu spageti haitu. sedap nokss....


pastu buat ribena laici... ramai pakat serbu air nih. maklum la air mahai.. huhuhu...


gerai ni menang gerai tercantik. siap pintu gerbang bagai :b


aku makan satey banyak gila haitu...


nasi kerabu ni pon sedap...


kambing bakar ni pon mabeles. tak liat n sedap sangattt... beratur panjang orang que tau. kesekejapan je licin... gerai pertama yang tutup kedai sebab sold out.. muahahaha...

sebab banyak sangat makan, pastu makan pulak macam²... tahan la azab sakit perut malam tu.. huhuhuh...