Kerang Bakar Pemanggang Ajaib



ni menu bukak pose semalam. sempoi² jer.. hubby pesan masak 1 lauk, 1 sayur. cukup lah. masak bebanyak kang tak termakan pulak.... meh nak share resepi kerang bakar nih. mudah sajok. aku masak guna pemanggang ajaib.


Bahan A
1 kg kerang

Bahan B (kisar)
4-6 ulas bwg merah
2-3 ulas bwg putih
sedikit halia
2 sudu ketumbar
2 sudu jintan manis
2 sudu jintan putih
2 batang serai

Cara²:
- basuh kerang sehingga bersih, ditos seketika. 
- masukkan kerang ke dalam pemanggang ajaib. kemudian masukkan bahan yg dikisar dan tambah sedikit garam
- tutup pemanggang dan dibiarkan 7-10 minit



Resepi sos kerang bakar

5 biji cili merah dikisar
5 biji cili padi - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
3 sudu makan gula/ secukup rasa
2 sudu makan cuka
1/2 sudu teh garam/ secukup rasa
sedikit bahan perasa
1 sudu makan tepung jagung dibancuh dengan 1/2 cawan air

Masak semua bahan-bahan diatas sehingga pekat dan sebati. (sentiasa kacau)


Selamat Mencuba!!!


4 comments:

Sidratul Muntaha said...

kerang owh kerang kenapa engkau sedap
macamna aku tak sedap sbb dimasak elok..
wei wiwiwiiwwiiw

Nafira usof said...

sedapnyeeeee...
tak pernah lagi masak kerang dlm magic pan.
relalu rebus pakai periuk jer. hehehe
boleh cuba nanti~ tq.

eima said...

Sedapnye fav aku tu....tp aku xde pemangganv tu tgh blk langkawi ni ld beli

Cik Puan Eka said...

sedapnyaaa kerang bakar ni kak.

Terliur kiteee