Nasi Tomato Mudah dan Sedap



my first attempt Nasi Tomato! hoooyehhh.. malangnya nasik tu lembik sikit. ngeh ngeh ngeh. but nevermind. sedap jer aku makan. hadif pon makan bertambah.3 kali kot dia tambah. makan nasi kosong pulak tu. takde lauk. muehehehehe.


deco takmau kalah! nak bagi orang puasa makan kan? harussss la terbaekkkk!! :p

Meh nak share resepi... senang je noks buat nasi tomato ni rupanya. tapi kena pandai balance air tu la.. klu tak jadi cam aku ni haaa... nasi lembik sikit. 

ni aku guna resepi Mat Gebu.

BAHAN-BAHANNYA :-)

4 cawan besar basmathi, cuci dan rendam 30 minit (cm guna Basmathi Moghul)
5 cawan air rebusan ayam
3/4 cawan susu sejat
1 biji bawang besar*
1 inci halia*
3 ulas bawang putih*
2 biji tomato merah*(*dikisar halus)
1/2 camca besar tomato puree
2 camca besar tomato sos
1 helai daun pandan, disimpul
2 camca besar penuh minyak sapi
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

BAHAN HIASAN :-)
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Kismis secukupnya
Bawang goreng secukupnya
 


  1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan bahan tumis dan daun pandan, tumis hingga harum, tambah bahan kisar halus dan masak hingga terbit minyak. Tambah sos tomato dan tomato puree, kacau rata dan masak sekejap. Masukkan beras, gaul rata dan goreng selama 1 minit sambil terus dikacau. Matikan api.
  2. Masukkan beras ke dalam rice cooker, tuang air rebusan ayam dan susu sejat. Tambah garam secukup rasa dan masak seperti biasa hingga nasi kering. Taburkan kismis dan sedikit bawang goreng atas nasi. Biar hingga nasi betul2 masak. 
  3. Matikan suis periuk nasi (tujuan untuk mengelakkan nasi terlalu berkerak), gemburkan nasi dengan chop stick. Taburkan hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama acar dan rendang ayam.

Selamat Mencuba!!!

p/s : lepas ni incik suami request nak makan nasi hujan panas pulak! hamboiiiii......



8 comments:

Sidratul Muntaha said...

terbaeklah
dulu masa belajar masak nasi tomato ni memang lembik sokmo
lama2 pakai rice cooker je
setel
tak sauh mana janji rampeh2 tu dah ade dlm botol or jar..
on sisi, panaskan minyak
campak2 sudah..

Nieyl said...

wah~pandai nyer..
Nasi lembik ckit je tuh..
yg penting menjadi n sedapp..kan..kan..:)

syawalsimpsons said...

senang kan..saya baru pertama kali buat hari selasa aritu

eima said...

ayam masak merah tu cam ne plak resepi nye .... peeerrggghh hebat ....terer tu slalunye nk mkn ni MIL aku yg masak

lovelywa said...

perghh deco memang terbaekk!! hehe

Nad MamaZN said...

weewittt
clap! clap! clap!

Falsya said...

huiyoooo..moleh try nie...hehe

Nana said...

heheh aku buat aritu risau tak masak
agak2 je air dia
seb baik jadi
pasni nk kena blaja nasi arab plak laki dah request soh blaja hehehe