Sahur : Ayam Masak Kicap



Sahur pagi tadi makan ayam masak kicap.. masak malam tadi siap². kes malas bangun awai kelentang-kelentung pepagi buta. huhuhu... dah lama tak buat, teringin pulak. 


aku suka ayam masak kicap camni. ayam die kite perap dulu. tak payah goreng... resepi ni aku amik dari blogger farradhelina... die pon dah lama tak update belog. huhuhu...


Bahan²nya :
  • Ayam
  • kicap pekat
  • kicap manis
  • sos tiram
  • *bawang besar
  • *bawang putih
  • *halia
  • # cili api + cili masak dihiris @ dicampak je sebiji2, cili masak hiris lah ;)
  • *buah pelaga
  • *bunga lawang
  • *kayu manis
  • # asam jawa
  • # garam + perasa
  • # serbuk lada hitam @ lada sulah
  • tepung jagung (nak kuah pekat, letak lah)
  • air

Cara-cara nya :
  1. perap ayam seketika bersama kicap pekat,kicap manis & sos tiram.
  2. panaskan 3-4 sudu minyak, masukkan ayam perap tadi.
  3. masak sehingga ayam empuk
  4. masukkan bahan bertanda *
  5. gaul rata, tambah sedikit air,ikut suka lah nk kuah byk ke sikit
  6. kemudian masukkan bahan bertanda #
  7. gaul rata lagi, kalau nk kuah likat pekat, masukkan bancuhan tepung jagung.
  8. siap! jom makan! :)



5 comments:

syawalsimpsons said...

pergghhh cili besaq wooo

Nieyl said...

eh..eh..same la menu kite pagi tadi..:)

eima said...

dah lama tak masak ayam ... last ari tu kari ayam awal posa ....

la ni 2-3 hari asek masak lemak je ... pg lemak udang ..ai mkn sambal bilis je ... tak selera nk mkn masak lemak ...

Nad MamaZN said...

klu kite buat ayam masak kicap mmg ayam tak digoreng dulu
malas haha!

lieyalatif said...

bagus gak cara ni kan so tak yah kite buang masa goreng dulu ayam tu..... minyak pun jimat heheeheh