Sup Ikan Merah



masak sup ikan merah untuk berbuka 2 hari lepas.... resepi yang sangat sempoi dan cepat dimasak!

p/s : malas nak menaip petang² gini.... :p


Sup Ikan Merah



Bahan bahan:
Ikan  merah
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
Kayu manis, bunga lawang dan pelaga
Lada hitam biji - tumbuk



Cara cara:
Tumis bawang merah dan bawang putih serta halia yang dihiris bersama kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi. 

Kemudian masukkan air secukupnya. Biarkan air menggelegak sebelum dimasukkan ikan. Akhirnya masukkan lada hitam dan garam secukupnya. 



.

4 comments:

Nafira usof said...

sedapnyeee!
boleh cuba nih.. tq~

Nana said...

adui sedapnye
aku aritu bli ikan merah
konon nak buat sup la
skali amrul suh wat kari

eima said...

wahhh nk try la nanti aku tak penah lagi buat sup ikan .. pas ni boleh bg anak2 mkn ..sbb anak suka mkn ikan2

lieyalatif said...

uihhhh sedap nie...lieya kalo masak nie, lawan plak ngan sayur yg bercili mcm bendi goreng cili ke...terung goreng cili keeeee...nasi bagi banjir2 ngan kuah sup....sedaaaaaaaaaap!!