Bamboo Beach Restaurant, Langkawi



Ampunnnnnn... gambo setahun yang lepas baru nak up.. ngehngeh... ni masa aku duty kat LIMA 2013. aku bukan apa.. sebab tengok kat nuffnang ramai yang dok search pasal tempat makan best di Langkawi... aku memang ada buat entry pasal tu. ada 8 tempat makan dalam list aku. boleh tengok kat link kat bawah nih.


so, belek² gambo, rupanya ada satu lagi tempat makan yang belum aku review. nak review pon macam tak patut jer. dah lupa pon rasa dia sedap ke tidak. tapi komfem la sedap sebab ni antara tempat makan femes kat langkawi kot!


restoran ni terletak di Kampung Penarak. aku pon tak tau kat mana. dah orang bawak, kita ikut je la. huhuhu....


air tengah surut... tu restoran sebelah. restoran cina rasanya...


 ini ler kedainya...


 ni awal lagi... orang pon tak ramai lagi. aku ingat lagi masa LIMA dulu langkawi memang panas lit-lit habaq hang... maybe masa ni dalam kui 5 lebih kot.


 geng² kami ja dok konker kedai masa tu. 


antara yang dimakan dah telah selamat jadi darah daging :-






p/s : pendek kata, kalau mai langkawi singgah la kedai makan ni ya! :p



Rezeki PPA1M



Rezeki Allah tu datang dalam pelbagai bentuk. Rezeki kami dapat beli Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M). Alhamdulillah....




p/s : tengah pikir lagi nak terima ke tak.. coz harga dia untuk sebuah apartment boleh tahan mahaiiii.... huh! takde terdesak nak carik umah pon, coz dah ada umah sendiri kat Nilai. now sewakan kat student USIM. tapi untuk investment, why not? tengok la camne. ada sape kat sini dapat jugak? 



Hotel Review | New York Hotel Johor Bahru



Review ker?? erkkkk? tepek gambo je kot! ngeee~ lagi pun dah lama aku pegi hotel ni.. dalam bulan februari kot. pegi pon sebab temankan laki outstesen. tak pegi mana pon. laki pegi keje, kami anak-beranak dok terbungkang kat hotel. benda dah lama, so dah lupa dah nak review ape. nak puji or komplen pape pasal hotel ni pon dah tak ingat... hahahaha... so, layan gambo je la ek. 

anak dah dua. so, tak boleh nak amik bilik katil satu jer.. tak muat. incik suami tempah bilik deluxe family. harga dalam RM250.00. ada katil single n king. 


sofa pon ado.


meja tulis ke meja solek ni?? 2 in 1 la ni kot!


tv pesyen lama..


cam biasa... complimentary~


ini benda pertama si hadif terjah dulu...


sabun mandi, syampo... etc


jom tengok swimming pool pulak... heaven sebab takde orang..


yang tak bestnya, pool dalam building. pastu kecik jer.. pastu takde pool untuk budak.


air panas~


ini pemandangan bila keluar dari bilik hotel. bertingkek² ko.. bilik kami ni tingkat 20 rasanya.


pemandangan bandaraya JB dari bilik.


otw balik tu harus singgah JPO dulu kan? tapi yang mampu beli pon kat padini n vincci jer. hahahaha. oh, tengok tu! hadif purak² tido. ermmm....

Hessa Nur Zahraa | 5 Bulan




uih.. sekejab jer masa. tup² anak dara mak ni dah 5 bulan. bulan depan dah bole start makan. Alhamdulillah, membesar dengan jayanya.... gedebab!

Milestone Hessa :
- berat terkini 6.84 kg. naik sikit jer. masa 4 bulan berat hessa 6.7 kg. sian anak mak ni. dah seminggu kot hessa ceri-beri. asal minum susu jer mesti nak membuang. so, semalam pegi check up tak dapat nak cocok 5 bulan coz ceri-beri.
- dah boleh meniarap. asal letak je nak meniarap. tapi lepas tu mengamuk sebab tak pandai nak terlentang balik.. hahaha
- masih lagi fully BF. Alhamdulillah. aku tak buat stok pon. pemalas amat. aku pam hari ni stok untuk esok. sabo je la.. harap tak berkurang lah. tsktsk
- suka main ayaq liuq. kepala aku ni tak lama lagi botak la. hahaha
- lagi? nanti la nak pikir. :p


Weekend Joyride At Putrajaya Equestrian Park



dah lama tau pasal joy ride kat Equestrian Park nih. hari² dok nampak banner kat tepi jalan. petang semalam baru sempat terjah.. itu pon sebab hadif dari pagi dok berzikir kat telinga aku ajak pegi situ. haih.


 seronok ya awak ibu bawak datang sini. nasib la sekangkang kera je Equestrian Park ni dengan umah.


 tak abis² dengan peace dia.


satu pusingan ride RM5 yer. memang la tak puas coz secoet je kawasan dia pusing tu. kalau budak die kasi kuda kecik tu. kalau orang besaq boleh naik kuda hitam tu yer.


 petang semalam boleh tahan ramai gak orang yang bawak anak pegi situ.


lepas naik satu pusingan yang tak sampai 5 minit tu, aku paksa hadif snap gambo dulu. ini pon jenuh suh die jangan buat peace! ape ke best nya buat tanda peace tu? tak macho la bang!


ala-ala haiii... gedixnye ko bang!!!!

sesape yang nak bawak anak datang sini, sila la yer.. every weekend! 



Kami dapat Kakak Ipar, yeay!



Alhamdulillah.. hari Jumaat lepas abang aku dah selamat jadi suami orang.. lega la dia lepas ni takde la orang dok tanya bila nak kawin? mesti tensen je bila orang asyik tanya. iye dak? muahahahha... oh ya, majlis belah pompuan buat kat Batu Pahat yer.. kami pegi sana ari khamis. hari sabtu lepas abis resepsi baru balik putrajaya.

Selamat Pengantin Baru Nazwan ♥ Aini

my family.... tak cukup korum lagi ni. ramai tak masuk frame!

yeay!! kami dah ada kakak ipar...



ramai sedara-mara dari kedah join ikut rombongan... terima kasih semuaaa....

hantaran :

p/s : nanti aku update gambo majlis resepsi pulak yer... tema dia english wedding giteww...


posted from Bloggeroid