Demam~



Cik Hessa demam pulak. aku perasan kui 1 pagi hari kamis smalam sebab die muntah². asal menetek je, mesti muntah. jenuh mak kumpul kain kotor nak lap muntah.. huhuhu..

pergi doktor, kena masuk ubat kat bontot. pastu kena amik neb. doc cakap demam nak tumbuh gigi. hewhewhew. lagi satu aku syak sebab aku kena keracunan hari selasa tu. aku makan ubat n minum air garam. hessa kan still fully bf. kot sbb aku keracunan n effect ubat tu kot die muntah² sama. 

kesian die... kena bungkus kepala dengan air asam jawa... huhuhu...

haini anta hessa kat taska... pepagi lagi die dah poo², badan pon kurang panas dari semalam. so pasrah la anta. lagi pon bulan ni aku dah amik cuti 6 hari. huuuwaaaaa.... nasib cuti banyak lagi.. :p


Wordless Wednesday~~



satu sudah roboh! muahahaha~

Fakta : budak ni sangat-sangat-sangat malasss gosok gigi dan suka makan gula-gula. balik dari skolah wajib singgah kedai beli gula². haih.


Gajet Baru ~ Spectra M1



Dalam merealisasikan impian aku nak breastfeed cik Hessa sampai 2 tahun - InsyaAllah, aku tukar pam lagi buat kali ke tiga. ngeeee~ sebelum ni pakai pam murah² jer.. 1st aku guna unimom mezzo. ni pump manual. penat kot nak pam. lenguh tangan aku... lepas tu kawan aku baik hati pinjamkan pam die brand snowbear. best sangat pam ni.. aku suka jer.. tapi suction dia tak berapa kuat. klu pam tu kena lama sikit la baru penuh botol. then baru aku buat keputusan beli spectra M1. sebelum tu aku try M1 member opis. macam best jer.. laju jer susu keluar, cepat je penuh 1 botol. so, terus je order...

apa yang best Spectra M1 nih?
- ni pam keluaran terbaru spectra dan hot selling
- rechargable battery. senang nak pam kat mana²
- ringan dan kecik
- ada massage mode
- ada 5 level suction. best!!
- etc



saya suka Spectra M1 ♥


MyKid Baru~



Start dari Ogos taon lepas JPN dah hentikan pengeluaran Mykid. so, baru bulan April baru ni dorang on kan balik... 2 hari lepas baru sempat pegi buatkan mykid untuk cik hessa. susah la wei takde mykid. nak gi klinik kena usung surat beranak gedabak tu. haih.

mykid yang baru ni ada perbezaan sikit. ada tambahan nama ibu kat belakang mykid. dulu punya takde. 


so, sesape yang belum buat mykid untuk anak sila la buat yer... klu buat kat Putrajaya 1 jam dah boleh siap!!


Hadiah untuk Diri Sendiri sempena Anak 6 Bulan~



gambar terbaru Hessa....

anak dah masuk umur 6 bulan lebih... so apa hadiah yang relevan tuh? 






































taraaaaaaaaaa................


Philips Mini-Blender

aku hadiahkan diri sendiri dengan benda ni... moga rajinlah sediakan solid food untuk dak Hessa tiap hari. chaiiiyokkkk!!!

p/s : sebelum orang tanya, meh nak bagitau. philips mini-blender ni harga dia masa promo RM119. beli kat tesco. sekian. :p


Diploma in Breastfeeding~



Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah........

haini genap usia anak daraku 6 bulan... membesar dengan sihatnya... sepanjang 6 bulan ni anak dara ibu sangat la good girl.. demam pon sekali jer.. itu pon satu malam... pagi tu dah sihat cam biasa... cuma skang ni tengah musim batuk n selsema.. hadif pon sama... :-(

Hessa - since born until now...


dan inilah stok susu yang hari² aku bawak pegi taska.. semua skali 6 botol.. 1 botol lagi aku perah tiap² pagi kui 6.30 pagi camtu... letak dalam beg. nanti sampai taska terus minum.

dan dengan ini aku anugerahkan diri aku sendiri dengan

DIPLOMA IN BREASTFEEDING!!!!

hahahahaha... aci tak???? :p


Beli Novel di PBAKL 2014



eceli, aku ni bukan jenis ulat buku kot. tak kisah la apa² jenis bahan bacaan pon... memang payah la nak tengok aku beli.. beli n baca buku pon sebab terpaksa nak exam je kot. :p

tapi sejak aku pegnenkan si Hessa, aku punya feel nak baca novel bukan main mencanak lagi! macam mengidam tau. hari² mau. tapi baca novel cinta je la... satu hari, satu novel! tapi tak sangka pulak sampai skang pon aku dok minat beli n baca novel. ingatkan lepas beranak hilang la feel tu.. kekeke

skang dah banyak koleksi novel aku start kumpul dari mengandung taon lepas. pantang ada novel baru kua mesti nak beli. boleh kata mphonline tu aku bukak hari². nak tengok kot² mph ada buat sale. hahahah. gila! pastu aku dok follow writer kat group² fb. memang mengikuti hal ehwal semasa pasal novel betui!

so, berbalik pada Pesta Buku kat PWTC yang berakhir semalam... aku sempat terjah tau last week! sungguh la aku tak percaya... pesta buku? dis is so not me.. sangat-sangat-bukan-diriku.. tapi percayalah.. taon ni aku berjaya jejak kaki ke sana buat pertama kali, hokey?? ingatkan kegilaan aku kat novel cinta ni dah habis bila dah bersalin. rupanya makin parah.. sebab apa? sebab rajin sangat beli novel tapi tak ada masa nak baca... ye la, ada anak kecik ni, perhatian kat die jer.. tapi mak tak kisah okey, asalkan novel mak nak tu dah ada depan mata. HAHAHAHA

masa kat pesta buku tu, aku sempat beli 9 bijik novel. tak larat nak pikul buku banyak² hoi. dah la naik turun train sampai putrajaya nih. fuh!


okey... ni kat booth IKP. publisher feberet aku... tengah nak mintak autograf kat writer.


wif my feberet writer, Hani Fazuha


ni antara novel² yang jadi harta karun kat opis. tak berani nak bawak balik umah. takut laki bising. dalam almari kat umah pon dah penuh novel aku. yang ni biar la tinggal kat opis. kena cover line baik punya. huhuhuhu... yang ni pon ada yang belom sempat aku baca. aku sempat tengok ending jer. huhuhu..


p/s : incik suami, sila la bertabah dengan hobiku nan satu ini yer... membaca jambatan ilmu okey! mihahahaha