Cash Out Nuffnang kali ke-13




Alhamdulillah... dalam dok malas update belog pon masih ada rezeki cash out nuffy...
TQ nuffnang ♥








Salam Ramadhan Al Mubarak 1435H



Assalamualaikum........

Buat kawan² dan readers blog ni, saya dan keluarga mengucapkan selamat berpuasa. Semoga mendapat keberkatan dan segala amalan diterima Allah SWT.

p/s : minta ampun yer kalau ada terkasar bahasa terasa hati... 0-0 peace




Newborn Baby - Wahnan Alham



excited ohhh dapat anak sedara bawu. makteh, adik aku dah selamat melahirkan baby boy pada 10 Jun lepas. ni 1st untuk side aku. last month pon dapat 1st anak sedara side lakiku... berturut2 dapat anak buah. alhamdulillah... mesti meriah raya taon ni... mak dah ada 3 cucus. taon depan bulan jan lagi sorang, anak abang aku. InsyaAllah. bunting pelamin gitew pengantin bawu... ngeee~

Assalamualaikum Wahnan... abam hadif datang melawat ni...

Wahnan Alham bermaksud mudah mendapat ilham~



Tempah Baju Raya untuk Baby Hessa



pejam-celik-pejam-celik ujung bulan ni dah start puasa. dah masok bulan Ramadhan... puasa ada lagi tak ganti nih. adoiiiyaiii...

sebut puasa, mesti kalut pikir pasal baju raya. aku pon sama la. lagi pulak sejak ada anak dara ni khen? bukan main rambang mata beli baju untuk hessa. huhuhu... 

peplum baby ni aku beli online jer. tak tau nak pakai raya ke berapa sebab tak decide lagi taon ni tema kaler apa. huhuhu... beli baju siap je lah nanti. tak sempat dah nak anta tailor pon...

last month ada balik kampung. so, aku amik peluang tu tempah baju kurung hessa + baju melayu hadif. yang ni pakai masa raya ke 6. sebab masa tu kami buat kenduri sambut menantu + open house raya. tema peach-oren.

tempah kat kampung murah banyak. baju kurung dewasa baru RM25. murah kan? lagi pun yang jahit tu merangkap mak sedara aku jugak. huhuhu...



 mencabar nak amik ukuran dak hessa ni. kita nak ukur, die pon sibuk nak buat kerja jugak. dok tak diam. huhuhu...


 abang malu² kucing masa tokndak amik ukuran dia...


Psssttt : Raya taon ni tema apa yang hot???



Solid Food untuk Baby Hessa



Aku start bagi Hessa makan masa umur dia ngam 6 bulan. dan sampai ke hari ni nak masuk 7 bulan pon Hessa still fully BF. Alhamdulillah...

dulu masa zaman hadif aku ngelat sikit nak buat solid food ni. lagi pun masa tu anta kat umah pengasuh. so semua pengasuh yang buatkan. aku lenggang mak limah jer. huhuh.. klu kat umah aku bagi nestum. jarang² la aku buatkan bubur. kurang pengetahuan + cetek ilmu betui masa dulu. tsktsktsk. so dis time aku dah berazam nak bagi yang terbaik untuk Hessa. klu boleh nak elakkan makanan dalam tin tuh. nak bagi hessa makan air tangan aku jer.. doakan yer :)


Makanan pejal pertama Hessa adalah puri epal.

 
1st time cik hessa makan. aku ingat lagi berkerut² muka dia makan puri epal ni. masam kot. tapi aku rasa cam manis² buah + masam skit.


abam hadif pon sibuk nak menyuap adik makan...


 2nd day aku bagi hessa makan bubur kosong + susu badan. beras tu aku basuh + keringkan + sangai + blend. cara macam ni aku rasa lebih jimat masa nak masak pepagi tuh. 


 seronok tengok anak makan.

 then hari² seterusnya aku try pelbagaikan food hessa....

 carrot + labu yang siap kukus dan blend. pastu simpan lam peti ais. 


 puri betik. sedap dan manis.


bubur nasik + kacang pis


bubur nasi + ikan bilis + carrot

ikan bilis tu pon aku basuh + goreng + blend untuk buat stok. nak masak just amik sesudu dan campur dalam bubur. memang jimat masa. aku tak frozen kan semua food tu. aku buat agak² tahan untuk 2-3 hari sajok. nak pastikan hanya yang fresh untuk cik hessa. tapi kena rajin + kental sikit la. huhuhu. harap² bertahanlah kerajinan aku ni....


Rollerblade untuk Hadif!



Sempena cuti skolah ni yuolls bawak anak² pegi mana??? setakat ni aku takde plan pape lagi.. mood bercuti belum mai. lagi pon hessa asyik demam on off jer. nak kua jenjalan pon tak selesa. kesian kat dia.

hadif pon takde merengek nak pegi jenjalan. time cuti ni hari² die ikut aku pi opis. suh dok taska sekali ngan hessa die tak mau! terpaksa jugak la bawak pegi opis. huhuuhu.

hari kamis lepas entah apa mimpi incik hubby die belikan hadif rollerblade. rasanya hadif takde mintak pon. tapi eksaited la budak tu bila dapat rollerblade. kemain lagi try test dalam umah. hari sabtu baru sempat bawak die pegi test.

 masa ni bawak hadif test drive kat area go-kart. hari pertama dah boleh belen badan. jatuh pon sekali-sekala jer. good job son. kalau ibu main pon belum tentu leh imbang badan. komfem baru nak gerak dah jatuh cam nangka busuk. huhuhu...


masa ni still takut² nak bergerak... muka pon moody jer.. hahaha...


petang tu pulak lepak kat dataran putrajaya. kat situ kan klu cuti memang meriah. ramai jer yang bawak anak² lepak. kat sini pon ramai yang main rollerblade, skateboard etc.

so far masa hari ke dua hadif dah terer skit. dah laju die skate. haini pon pas balik keje ajak ibu teman die skate lagi... ye la anak. kesian jugak kat die time cuti ni takde benda nak buat. huhuhu