Tema Baju Raya!



Assalamualaikum.....

ade ker yang keje lagi nih?? ke ramai dah yang balik kampong?? aku still keje lagi haini.. maklum la raya kat key ell jer... huuuwaaaa..... raya ke-2 baru balik kampung aku... 

Meh nak tayang tema baju raya aku sepanjang 5 taon nih... ini je gambo yang ado.. taon² sebelum ni takde gambo. aku pon dah tak ingat tema kaler apa... muehehehe... 


 2010 - pink


 2011 - merah


2012 - peach


2013 - silver


2014 - biru
anak² je la pakai biru.. mak die pakai gold. apak die lagi la.. langsung tak beli lagi baju raya setakat ni. hahahaha

Dikesempatan ini aku nak ucapkan 
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN 
kepada semua kawan bloggers dan readers blog aku.... 0-0 yer... peace.


Menu Berbuka Sepanjang Ramadhan



wokey... nak share menu berbuka yang sempat aku masak masa berbuka... masak yang simple² jer... yang penting cepat dan mudah! rasanya takat ni baru 2 kali kot iftar kat luar.... ada jugak pegi param beli lauk-pauk time malas nak masak.. huhuhu...


1st time masak nasik tomato


ayam berlado


kerang bakar


kari ikan kembung


sambal daging


udang harimau masak lemak cili padi


sambal udang


ikan tenggiri masin


udang masak lemak cili padi


ikan bakar berempah


sup ikan merah


ayam masak kicap


ikan bakar

p/s : sekejab jer rasa... tinggal bape hari lagi nak raya...



Udang Harimau Masak Lemak Cili Padi




semalam aku masak udang harimau lemak cili padi untuk berbuka. sedapnyer lahai.... hari ni dapor tutup la kot, hari gaji khen? ingat nak makan luar la sambil cari barang raya yang tak setel lagi. huhuhu..


Resepi Udang Masak Lemak Cili Padi

Bahan
Cili padi
Kunyit hidup
Santan
Asam keping
Daun kunyit, tomato buah
Garam


1. Blend cili padi dan kunyit hidup. 
2. Masak santan dengan bahan kisar hingga mendidih, masukkan udang, daun kunyit, asam keping, garam dan serbuk perasa. 





Siti Nurhaliza Couture by JAKEL | Baju Raya Mak!



tadi dah tunjuk baju raya anak.. tema biru gitew.. now nak tayang baju raya aku pulak! lari tema hokey! ini la padahnya beli baju raya last minute... mata mak berkenan kaler gold pulak. hahahaha... nasib ler tak sedondon di pagi raya.. bukan wajib pon sedondon khen? :p

Siti Nurhaliza Couture by JAKEL

beli kat Jakel Bangi sebelah Warta tuh... niat mmg nak beli kaler biru... tapi hati mak ni menggedik-gedik nakkkkk jugak kaler gold.. nasib ler.... huhu.


Baju Raya anak²



Kat ENTRY ni aku ada suh teka apa kaler baju raya cik Hessa kan?


sape teka betul aku bagi duit raya RM10. hehehe..

so... baju raya anak² taon ni adalah warna :-







































































BIRU!!!


menyengih cik hessa pakai baju raya...

dan ada dua orang yang teka dengan betul. tahniah kepada nama² di bawah.


sila emelkan no akaun anda kepada miss_kebab0520@yahoo.com. kalau boleh bagi no akaun cimb yer... tq


aku tempah baju melayu untuk hadif n anak buah aku, baby wahnan.. sedondon la deme bertiga raya nih. 


Sahur : Ayam Masak Kicap



Sahur pagi tadi makan ayam masak kicap.. masak malam tadi siap². kes malas bangun awai kelentang-kelentung pepagi buta. huhuhu... dah lama tak buat, teringin pulak. 


aku suka ayam masak kicap camni. ayam die kite perap dulu. tak payah goreng... resepi ni aku amik dari blogger farradhelina... die pon dah lama tak update belog. huhuhu...


Bahan²nya :
  • Ayam
  • kicap pekat
  • kicap manis
  • sos tiram
  • *bawang besar
  • *bawang putih
  • *halia
  • # cili api + cili masak dihiris @ dicampak je sebiji2, cili masak hiris lah ;)
  • *buah pelaga
  • *bunga lawang
  • *kayu manis
  • # asam jawa
  • # garam + perasa
  • # serbuk lada hitam @ lada sulah
  • tepung jagung (nak kuah pekat, letak lah)
  • air

Cara-cara nya :
  1. perap ayam seketika bersama kicap pekat,kicap manis & sos tiram.
  2. panaskan 3-4 sudu minyak, masukkan ayam perap tadi.
  3. masak sehingga ayam empuk
  4. masukkan bahan bertanda *
  5. gaul rata, tambah sedikit air,ikut suka lah nk kuah byk ke sikit
  6. kemudian masukkan bahan bertanda #
  7. gaul rata lagi, kalau nk kuah likat pekat, masukkan bancuhan tepung jagung.
  8. siap! jom makan! :)



Sup Ikan Merah



masak sup ikan merah untuk berbuka 2 hari lepas.... resepi yang sangat sempoi dan cepat dimasak!

p/s : malas nak menaip petang² gini.... :p


Sup Ikan Merah



Bahan bahan:
Ikan  merah
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
Kayu manis, bunga lawang dan pelaga
Lada hitam biji - tumbuk



Cara cara:
Tumis bawang merah dan bawang putih serta halia yang dihiris bersama kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi. 

Kemudian masukkan air secukupnya. Biarkan air menggelegak sebelum dimasukkan ikan. Akhirnya masukkan lada hitam dan garam secukupnya. 



.

Baju Raya!!!



cer teka kaler apa?? sape orang pertama teka betui dapat duit raya RM10!!!



Nasi Tomato Mudah dan Sedap



my first attempt Nasi Tomato! hoooyehhh.. malangnya nasik tu lembik sikit. ngeh ngeh ngeh. but nevermind. sedap jer aku makan. hadif pon makan bertambah.3 kali kot dia tambah. makan nasi kosong pulak tu. takde lauk. muehehehehe.


deco takmau kalah! nak bagi orang puasa makan kan? harussss la terbaekkkk!! :p

Meh nak share resepi... senang je noks buat nasi tomato ni rupanya. tapi kena pandai balance air tu la.. klu tak jadi cam aku ni haaa... nasi lembik sikit. 

ni aku guna resepi Mat Gebu.

BAHAN-BAHANNYA :-)

4 cawan besar basmathi, cuci dan rendam 30 minit (cm guna Basmathi Moghul)
5 cawan air rebusan ayam
3/4 cawan susu sejat
1 biji bawang besar*
1 inci halia*
3 ulas bawang putih*
2 biji tomato merah*(*dikisar halus)
1/2 camca besar tomato puree
2 camca besar tomato sos
1 helai daun pandan, disimpul
2 camca besar penuh minyak sapi
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

BAHAN HIASAN :-)
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Kismis secukupnya
Bawang goreng secukupnya
 


  1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan bahan tumis dan daun pandan, tumis hingga harum, tambah bahan kisar halus dan masak hingga terbit minyak. Tambah sos tomato dan tomato puree, kacau rata dan masak sekejap. Masukkan beras, gaul rata dan goreng selama 1 minit sambil terus dikacau. Matikan api.
  2. Masukkan beras ke dalam rice cooker, tuang air rebusan ayam dan susu sejat. Tambah garam secukup rasa dan masak seperti biasa hingga nasi kering. Taburkan kismis dan sedikit bawang goreng atas nasi. Biar hingga nasi betul2 masak. 
  3. Matikan suis periuk nasi (tujuan untuk mengelakkan nasi terlalu berkerak), gemburkan nasi dengan chop stick. Taburkan hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama acar dan rendang ayam.

Selamat Mencuba!!!

p/s : lepas ni incik suami request nak makan nasi hujan panas pulak! hamboiiiii......



Kerang Bakar Pemanggang Ajaib



ni menu bukak pose semalam. sempoi² jer.. hubby pesan masak 1 lauk, 1 sayur. cukup lah. masak bebanyak kang tak termakan pulak.... meh nak share resepi kerang bakar nih. mudah sajok. aku masak guna pemanggang ajaib.


Bahan A
1 kg kerang

Bahan B (kisar)
4-6 ulas bwg merah
2-3 ulas bwg putih
sedikit halia
2 sudu ketumbar
2 sudu jintan manis
2 sudu jintan putih
2 batang serai

Cara²:
- basuh kerang sehingga bersih, ditos seketika. 
- masukkan kerang ke dalam pemanggang ajaib. kemudian masukkan bahan yg dikisar dan tambah sedikit garam
- tutup pemanggang dan dibiarkan 7-10 minit



Resepi sos kerang bakar

5 biji cili merah dikisar
5 biji cili padi - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
3 sudu makan gula/ secukup rasa
2 sudu makan cuka
1/2 sudu teh garam/ secukup rasa
sedikit bahan perasa
1 sudu makan tepung jagung dibancuh dengan 1/2 cawan air

Masak semua bahan-bahan diatas sehingga pekat dan sebati. (sentiasa kacau)


Selamat Mencuba!!!


Resepi Ikan Bakar Berempah



Dah lama aku tak share resepi kat belog nih.. aku check balik last entry pasal masak-memasak ni masa puasa taon lepas. hewhewhew... nampak sangat lepas bersalin aura ke dapur tu dah kureng.... mana taknya, asal aku hilang jer, menjerit la dak hessa tu... nak melekap ketat kat die jer.. sabauuuu je ler...

ikan kembung bakar berempah ni aku masak untuk bukak puasa malam tadi... masak guna pemanggang ajaib. nasib menjadi ko! 1st time buat! rasa pon boleh tahan... muehehe... puji diri sendiri gitew...

aku guna ikan kembung jer... buat ngam 3 ekor. ikut korang la nak guna ikan apa pon... siakap boleh, jenahak pon boleh.

nak resepi? sila copy paste kat bawah yer. aku pon amik resepi orang. ngeee~

Bahan² ikan bakar berempah
ikan - ikut la nak ikan apa pon boleh. berapa ekor
cili giling (ikut kepedasan yang korang suka)
1/2 labu bawang besar - blend
1 ulas bawang putih - blend
1/2 inci halia - blend
1 s/b rempah kari ikan 
Air asam jawa
Garam dan gula
minyak untuk tumis
Daun pisang 
Aluminium foil

- Ikan dibersihkan dengan air asam/asam gelugor untuk menghilangkan rasa hanyir.
- Tumis semua bahan kisar bersama cili giling dan rempah kari hingga garing, masukkan air asam jawa, garam, gula secukup rasa, sesuaikan rasa masin, masam dan manis.
- lapik 2-3 helai daun pisang, letakkan ikan yang telah digaul dengan separuh bahan yang telah ditumis tadi, tutup dengan daun pisang(macam bungkus la ikan tu, so wap tak keluar). Masak pada api sederhana hingga ikan masak.


Resepi kredit HERE


Cara Asingkan Telur Putih Dan Kuning Dengan CEPAT!


Cool way to separate egg yolk!



senang gilos! sbelum ni terkial² la aku nak asingkan. adeh....




Hessa Demam | berubat di Darussyifa Bangi



Last 2 weeks Hessa start demam tak elok². dalam 10 hari jugak. demam dia on-off. dalam dok aktif, tiba² suhu dia mencanak naik!! risau betui. slalunya time malam la suhu dia naik. dalam 3 kali jugak amik darah. takde denggi. cuma ada infection sikit. taktau la dah bape kali aku dok ulang-alik klinik presint 3 tu. doktor tu pon dah kenal. 2 kali die refer aku g hospital.

kesian budak demam ni!

ada satu hari tu, pengasuh hessa kat taska suh aku pegi Darusshifa Bangi... try rawatan ni pulak.. so, hari ke-8 hessa demam tu aku pegi sana. amik half-day petang tu, terus shot ke Darusshifa.

tempat menunggu untuk berubat~

masa aku pegi tu, ada lebih kurang 10 orang patients. tukang rawat pon masa tu ramai jugak. so takde la lama sangat kena tunggu. bayaran untuk rawatan ni adalah seikhlas hati. kat meja pendaftaran tu ada satu tabung, letak la berapa RM yang korang ikhlas. 

Yang rawat Hessa tu Ustazah. dia cakap maybe nak kena campak.. die suh minum air kelapa 3 hari berturut, kalau ada keluar bintik, memang campaklah! tapi kalau takde keluar bintik, InsyaAllah nanti sihat lah.

besok tu pulak aku pegi klinik presint 3 lagi sebab hessa still demam. doc refer aku pegi hospital sebab darah baby ada infection. dia tak puas hati sebab masa 1st time aku pegi hospital tu pihak hospital tak bekalkan antibiotik so that demam still tak elok. dorang just amik nab n x-tray. memang die paksa aku admitkan si hessa jugak²!! so, ke hospital la aku buat kali ke-dua. tapi doctor taknak admit, die bagi ubat antibiotik yang kuat sikit...

tak silap aku, lepas 2 hari camtu Hessa getting better. Alhamdulillah.... cuma skang tengah batuk + selsema. memang banyak pengalaman + pengajaran aku dapat sepanjang hessa demam lama nih.. 


my precious~


Pusat Rawatan Darussyifa' Pusat 
No. 5, Jalan 1/7D, 43650 Bandar Baru Bangi,Selangor Darul Ehsan.


peta ke Darusshifa Bangi.. dekat area pasar malam tu...


Tuan Guru Dr. Haron Din hanya merawat pada hari SELASA sahaja.