Yang Pertama untuk Tahun ni~



poyo jer kan nak blur destinasi tu! ekekekeke...

kesian.... dah nak masuk bulan oktober baru nak pegi jalan².. huhuhu...

ala... kalau korang pembaca setia belog ni mesti tau destinasi tu kalau aku sebut nak pegi 'balik kampung'. tiap² tahon mesti pergi... tak pernah jemu. LOL.

kali ni kita try aktiviti lain pulak. sopim² tolak tepi!


.

Shopping Shawl Murah di Bangi Gateway Shopping Complex



kalau sebut shopping complex kat Bangi, mana je kan? yang slalu aku pegi pon Warta jer... PKNS jarang² sangat pegi sana... now dah ada sopping complex baru bukak - Bangi Gateway, Seksyen 15. haitu lepas makan nasi beriani gam, terus singgah sini. nak tengok apa yang ado.


Bangi Gateway - parking masih free. lepas ni x tau la.. tu dah nampak palang tu.. huhuhu...


banyak jugak kedai dalam nih... restoran pon banyak. bersusun... MPH ada. jaya grocer ada.


macam² ado... tapi rasanya banyak lagi kedai kosong. 


tapi kedai ni yang aku terjah dulu... banyak ohhh shawl n tudung dalam ni... murah² plak tu..


banyak pilihan. macam² jenis dok ada.. rambang mata.


kerongsang pon ada... so lepas ni klu nak cari tudung mai sini la kot... ngeee~


Be Strong Syimma....



2 hari lepas dapat berita adik n kakak kepada gelfren adik aku meninggal. berita tu dah kua paper semalam.... 

 Inna Lillah Wa Inna Lillahi Rajiun. Al Fatihah.


cerita sebenar.....  mereka hanya diinterview oleh wartawan kosmo. Akhbar lain info kurang tepat. 


dan macam biasa ada la keyboard warrior kat sini... tak prihatin langsung kat keluarga mangsa. cer family korang yang kena?? haih.

arwah Nana tu baru 11 tahun kot. belum baligh pon lagi... moga syurga tempatmu dik..
kenapa parent tak jaga???? ko mesti baca headline je kan? tak baca isi cerita???? arwah kakak mangsa tu umurnya dah 27 tahun kot. kita tak tahu apa yang jadik dalam kolam tu. so jangan nak buat tuduhan sukati... cam ni la orang kita, asik nak mengeji aje...

buat adik syimma, be strong girl... terima semua ni dengan redha...



Random Photos




Morning yuolls....

Hari Isnin mood mengarang belom mai... so, tempek gambo je la erk sambil letak caption sikit². ngeeee~ kita layannnnnnnn............


Lunch Jumaat lepas kat SR area opis. malas nak terjah Alamanda... 1st time try stewed aussie beef steak. memang seketul daging dia bagi. jenuh nak telan. hewhewhew


amboii... sukanya cik hessa dapat makan eskrim... 


outing hari sabtu lepas..... malas masak, so kita makan kat luar..... ngeee~


klu teringin makan nasi beriani gam, kami memang selalu terjah kedai ni... Restoran Anje Nasi Beriani Gam Johor dekat Seksyen 15 Bangi.


dah tau port nak carik shawl/tudung/kerongsang murah².. boleh terjah Bangi Gateway yer..


akhirnya hari Ahad kui 3 pagi abam hadif selamat sampai umah... adik hessa pon terbangun. cam boleh bau je abam die dah balik... bukan main sengih lagi nampak abam die...


semalam bawak abam hadif jenjalan tgk aeroplane kat KLIA2. aku up gambo lam erl ni kat fb, eima manja tanya aku nak pi mana? tak pi mana pon weh. saja jenjalan klia2 jer.... mana tau ada rezeki nak naik kapaltebang ujung taon ni kan?? :p taon ni kami tak pegi bercuti kat mana lagi. sedihhh nok. sobss...


sale kat vincci KLIA2. 2 pasang RM70. harus la mak rembat... kate vincci Alamanda tgh renovate kan???

Like a Boss!



Haini nak citer pasal abam hadif yang daku pos ke kampung sana sempena cuti skolah. ngeeee~

hari² adik aku update aktiviti hadif kat kampong. kekadang wasap gambo. hadif pon rajin call aku. dalam sehari tu kadang smpai 5 kali die call. habis la kredit makteh. muahahahha... 

meh aku up gambo² abam hadif yang dilayan bagaikan putera raja kat sana. makan bersuap yuolls... hehehe....

ni hari 1st sampai kampung. sedih je muka. baru lepas nangis rindu kat ibu... ni sepupu die tengah layan. dok pujuk suh makan... hai la.. nasib ada orang nak melayan kerenah kau ni ye abam!

okey, tengok lauk atas meja buat aku lapar pulak!


ngengade ko kan abam!


ni gambar semalam. lepas keluar dari zoo depa singgah makan dulu...


ni sepupu kembar aku yang rajin dok melayan... suka la hadif kan? makan bersuap sokmo!

pssssttt : hari ahad baru hadif balik sini... rinduuuuuuuuuuunya!



Splash Time @ Kolam Renang Awam Presint 6 Putrajaya



Last week 2 kali kot bawak hadif n hessa swimming kat kolam renang Presint 6. selalunya bawak pegi pool kat Pusat Maritim tuh... suka pegi situ sebab berbumbung. takde la panas sangat. tapi mahal sikit la kena bayar - RM5. klu kolam biasa ni dewasa RM2, kanak² RM1 sajok. pool untuk kanak² pon ada 3 bijik dari sedalam buku lali smpai ke paras pinggang.

last week cuaca cantik jer... redup. tak panas. sesuai sangat swimming kat open pool nih.


ni jadual waktu operasi kolam renang presint 6


1st time cik hessa mandi pool. mengamuk die pakai baby neck float. tak selesa kot...


mula-mula takot lagi.....


lepas dapat main tepuk² air, suka la dia..


ohoiiii... seksisnya hessa....


rindu kat abam hadif nun jauh di kampung.........


dengan kak aliya anak cik lynn...


mandi ramai² baru meriah.... abam hadif skang dah tak takut air, memang tak reti dok diam la dia. kejab² main kolam kecik. pastu lari kolam besar pulak. nasib kak aliya ada rajin melayan...


suka sangat dia... 


kolam ni cetek jer.. so sesuai ler untuk baby..


abam hadif yang tak takot air dah.... kolam takat ni pon die redah jerr...


tengok la taon depan kot ingat nak anta die pegi kelas swimming. die pon willing to go... so boleh la kot!


Congo Bar




i need sumting sweet nak legakan hati duka lara nih... congo bar ni sedap ohh. makan sambil pejam mata menikmati kemanisannya. *poyo.

 rindu abam hadif. sobsss... Alhamdulillah, hadif dah selamat sampai kampung. adik aku cakap, sampai jer terus cari sepupu² dia nak main sama². haiii la anak!



Huuuwaaaa....



sobssss.......... sretttttt *lap hingus.

mak dah rindu nih... acaner? 

pagi tadi kui 7.30 pakteh dah amik hadif nak bawak balik kampong. cuti sekolah kan? lagi pon tak tau nak transitkan hadif kat mana. kat taska hessa dorang takmau amik transit pulak. slalu nenek gombak yang jaga klu cuti skolah. tapi nenek tak sihat pulak. so, aku rasa baik aku anta hadif balik kampung. duduk ngan opah n tokyah. spend time dengan dorang masa cuti ni. 


petang semalam excited nau hadif packing baju. siap kira 10 lai baju nak bawak balik. 

pagi tadi aku call nak cakap ngan die. tapi makteh cakap hadif tanak cakap... pastu makteh call balik sambil gelak². dia cakap anak teruna aku tu dah meleleh-leleh ayaq mata.... huuuwaaa... mak kat opis ni lagi tak senang duduk. rinduuuuu kat hadif!!!!

sabarlah wahai hati..... seminggu jek!

p/s : acaner la cuti hujung taon ni... sebulan lebih tu cuti skool. takkan nak pos kampung lagi?? huuuwaaaa


JJCM : Rumah Makan Cibiuk Bangi



Dah lama teringin nak makan kat Cibiuk nih... ramai yang cakap sedap! lagi sedap dari Wong Solo katanya... aku n hubby memang penggemar WS. haitu incik suami ajak pegi wong solo, terus aku suggest makan kat sini... saja nak try boleh celen tak WS. huhuhu...

ni suasana dalam kedai. besar, selasa, ada ekon, pendek kata sangat cozy.



menu yang diorder - nasi paket ayam bakar cobek dan nasi bakar pulen komplit. hamboiiii nama! hahahaha... 

tapi memang puas hati... die punya side dish dalam set tu memang banyak..



ayam bakar dia sedap!


ulam² ni boleh amik sendiri. selfservice katanya... amik la bapa banyak hang boleh makan!


pisang keju ni aku tapaw bawak balik.

overall, puas hati kot makan kat sini. boleh repeat balik. hubby pon suka sebab pedasss... dia suka la! tapi aku la tak berapa nak menikmati food kat sini. hessa takmau duduk diam... susah betui nak makan.... tak kira. kena mai balik makan kat sini!

total semua makan + air = RM48.50

p/s : sape yang nak mai sini, Rumah Makan Cibuk terletak di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi.


First Time!



meraung ko mandi kolam!

HAHAHAHA


FREE Drypers Backpack




hoooyeh! dah dapat jugak! kecik comel je beg ni. tapi boleh la ni. benda free kan?

cargas betui drypers. tak sampai 2 minggu pon register dah dapat beg. tq drypers walaupun hessa pakai brand lain. ngeee~

sape nak beg camni boleh register kat sini yerk http://www.drypers.com.my/


Jenjalan ke Perlis



Selamat Pagi semua............

lemau tak haini??? aku tersangatttt la lemau. penat atas kereta tak abis lagi hoiii... jumaat malam balik kampung. sampai umah mak dalam kui 1 pagi.. sabtu esok tu pepagi kui 9 dah kua rumah gerak ke Perlis pulak.. pastu petang smlm balik Putrajaya pulak. sampai umah dalam kui 9 malam... fuhhh.... penat sangat + kematu montot. :p

tujuan utama pergi perlis sebab nak anta barang² adik aku kat asrama unimap. sebelum tu singgah kulim kejab sebab nak amik barang² dia kat sana. sebelum ni adik aku praktikal kat kulim sana. 

 kami pegi padang besaq pon dah kui 5 petang. sebelum tu singgah melawat sedara dulu kat chuping... then gerak pegi padang. niat dari awai nak beli cadang patchwork. tapi ya ampun. kat KL murah lagi... huh!

hari sabtu haitu hessa genap 10 bulan.... gigi sebatang pon tak tumbuh lagi.. orang kata klu gigi tak dak lagi maknanya cepat boleh jalan. harap² camtu ler..  hehehe...


sebab dah kui 5 kan, malas nak round dalam arked tu... kita cuci mata kedai kat luar sajok.


berkenan ngan bakul ni. mak aku borong sampai 4 bakul. huhuhu


calculator kat kedai ni sangat rare hokey. besaq gila!! hahaha...


p/s : last aku pegi Padang Besar rasanya 8 taon lepas. lama gilaa....