Cerita Hadif Sunat / Berkhatan / Masuk Jawi



Seminggu lebih tak update belog! fuhhh-fuhhh! tiup habuk skit.. :p

Semalam baru masok opis. last week cuti direct seminggu. balik kampong temankan hadif berpantang. senang skit bila ada mak ayah kite tolong monitor sama. pengalaman pertama khatankan anak kan? serammm jugak kalau nak jaga sendiri. huhuhu.. lagi pon kan cuti sekolah? ni la masa nak bermanjaaaa ngan tokyah n opah kat kampong. 


aku mintak mak aku booking slot berkhatan kat klinik sepupu ayah aku kat Kamunting sana... Bayaran RM150. Sehari sebelum bersunat tu, kena pegi amik ubat sebab sejam sebelum bersunat kena makan ubat tahan sakit.


sebelum tu, pagi² lagi aku dah ajak adik² aku bawak hadif berendam kat sungai kampong aku tu.. rendam sampai kecut kekdahnya. kuikui


hadif dulu penakot amat mandi sungai... now dah ok. dok kampong seminggu ni, ada la 3 kali kot dia pi mandi sungai. sebelum bersunat sekali, then pas bersunat 2 kali pi mandi~


tapi still takot² nak mandi kat tempat dalam skit

dalam kui 4 petang kami dah tunggu kat klinik dah... hadif orang last yang sunat haitu. hadif cool je masa ni.. tapi boleh pulak budak yang giliran sebelum hadif melalak satu klinik. habisss semua kaum kerabat diangkut masuk dalam.. aduhai.. terus nampak cuak muka hadif.

mak yang sereemm.... aku memang tak berani nak tengok prosedur berkhatan tu... aku tengok masa doktor bagi bius tu jea.. pastu memang pusing belakang. lagi pon masa tu tengah dokong cik hessa. so, tak best la klu hessa tengok kan? takut dia trauma pulak. huhuhu~


yeay! relax je abam hadif lepas sunat... dalam 15 minit gitu je kot proses tu.. tak sakit katanya... tapi lepas ubat bius habis, menitik jugak air mata dia. dok ngadu sakit.sakit... adesss

ni aku share sikit info pasal lepas bersunat :-


- ubat bius tu aku rasa sekejab je tahan. sebab dalam kereta nak balik umah hadif dah nangis² cakap sakit. 


- doktor jahit jer. takde balut² luka. lagi elok kot coz cepat luka kering. 



- jangan bagi kena air. hadif kencing aku basuh ujung² jew... mandi pon tak 3 hari. huhu.. just lap-lap badan sajok.

- Benang jahit luka tu akan reput sendiri.


 - ayah aku cakap kena kurang minum air. sebab nanti asyik nak kencing jer n anu bengkak? aku pon lupa sudah...



- hari ke-4 pergi klinik balik sebab doktor nak tengok kesan luka.

- hari ke-5 dah bawak hadif rendam dalam sungai... ngeeee~ bagus sebab nanti kuping² yang melekat tu semua hilang. 

hari ke-4, lepas bawak pegi klinik, singgah kedai 2 hinggit kat kamunting jab. beli lego murah² untuk dak hadif. beli mainan utk dak hessa skali... jangan tak tau, sepanjang seminggu dok kampung ni, sebakul dah lego dok beli.. yang lego shell tu jangan cakap laa... asal singgah shell kena beli. curang skejab dengan petronas nak beli lego shell punya pasal. hadoiii...

ni gambar hari ke-5. makteh-pakteh yang bawak hadif rendam sungai. aku tak ikut masa ni.. boleh pulak makteh die suh bogel jer kat sungai tu... suh kuping tu cepat hilang katanya.. adoyaiii.... abam hadif oiii... hang tu dah sunat! dah teruna dah. malu laaaa...

bawak anak² jenjalan pusing kampong ngan motor.. padi tengah menghijau.. turun jab snap gambo buat kenangan... view sangat cantik!

okey. itu jer kot... bubye



6 comments:

eima said...

seminggu je ek dah baik ... adoi la ... takutnye aku ....
anak aku tu tatau la mcmana ... seram dah ni ... fahim tgu besar sikt la ... kot tak menangis ..nk amik darah sbb demam pun die menagis sungguh

syawalsimpsons said...

sweet je tgk mek hessa ni...lepas sunat, nampak hadif dah beso yee

Chekgu Azrine said...

Good boy hadif...dah nmpk mcm abg2 sgt dah..hehehe

Norma NML said...

Bestnya mandi sungai...bdk2 skrg semuanya berani..rilek je..masa anak akk dulu siap dpt sijil x menangis..hihi

http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.my/2012/12/alhamdulillahanak-ummi-dah-jadi-anak.html

Lea Ismail said...

hehehe.elok je b*g*l tu k kat sungai. hehehe. dah ada anak teruna kamu. hehehe

Julia Abdul said...

seriuosly, cantiknya kampung awak K...siap ada sungai :)