Hadif Jumpa Inspektor Sani aka Zizan Razak



Cuti sekolah ni aku anta Hadif pegi Kem Al quran kat sekolah dia... ustaz-ustazah KAFA dorang buat Kem ni 3 minggu... taon lepas pon aku anta pegi kem ni jugak. atlis terisi jugak masa dengan aktiviti berfaedah dari dok umah tengok tv 24 jam. huhuhu~

Kem habis kui 5.00 ptg camtu... so, semalam plan dengan cik lynn bawak budak² main kat taman depan PICC tu. cik lynn pon anta anak² die pegi Kem tu. kebetulan cuaca petang semalam cantikkk sangat... selalunya asal petang je mesti hujan kat putrajaya nih.


mek hessa yang baru pandai naik buai... ibu nak tolong ayun pon tak kasi. lol


si hessa ni bila nampak kakak aleeya, abam hadif pon dia buat tak tau. sentap abam die bila adik takmo dia dukung.. huhuhu~


5 sekawan~ kawan baik² yer takmo gadoh²...

lepas penat main playground, pastu main baling² batu masuk tasik pulak. adoiii.... sampai dua budak kecik ni pon terikut jugak baling² batu.... budak² syiok main lagi, tapi tekak mak ni dah haus.. terus paksa rela depa pi minum kat kedai makan 1Malaysia kat situ...

masa otw nak ke kedai makan tu memang dah perasan ade retis kat situ.. biasa la situ memang tempat shooting pon. buat tak tau je la sebab artis sendu jer. ngeee~

masa dok tengah makan tu, tetiba mak perasan abam zizan lalu tepi... terus cakap kat hadif. terus excited budak² nih... ye lah, si hadif tu mmg big fan si inspektor sani. filem polis evo dah tengok kat wayang. kat astro first pon beli jugak.. tengok cite tu non-stop. dok ulang-ulang smpai lebam.. adoyaiii... tapi bagus, tak rugi mak beli. huhuhu


bila ajak hadif bergambo ngan zizang die malu... so, mak la kena approach zizang dulu cakap budak² ni nak bergambo... mulanya aku yang nak snap. tapi assistant si zizan ni baik hati suh aku masuk frame skali... so. ok la... tapi... nampak tak sape paling excited? muahahaha..

balik tu semangat hadif cite ngan apak die... pastu siap cakap nak bagitau kawan² dekat Kem. aduhaiii... excited bebeno...

aku cakap, dulu masa hadif kecik pon penah tangkap gambo dengan inspektor khai.. terus die suh aku carik gambo tu... nasib ada dalam insta. 

pastu hadif pelik, tak nampak cam inspektor khai pon? nape rambut dia gitu? LOL. gambaq lama la sayang.. inspektor khai pon tak wujud lagi.. ahaks..


p/s : esok balik kampong yeay! mak cuti seminggu yuolls... habiskan cuti yang ado. huhuhu.. lagi pon nak sunatkan si hadif hari sabtu nih~


3 comments:

Yaya Azura said...

seronok abang dapat jumpa zizan.
anak yaya minat dgn ins. khai..
sampai nak tukar nama jadi khai :)

syawalsimpsons said...

wahhh seronoknya jumpe zizang ni

eima said...

hadif ok ke wei ....
zizang ok ... klu artis sendu lain mmg bo layan la hahaha